omniture

Kongres Mudah Alih India COAI dan Aegis Graham Bell Awards Iktiraf IRIS MobiLytix[TM] Comviva sebagai 'Penyelesaian Telekomunikasi Inovatif' Terbaik Tahunan

Comviva
2018-11-01 22:11 301

NEW DELHI, 1 November 2018 /PRNewswire/ --

Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobiliti, hari ini mengumumkan ia telah meraih pengiktirafan daripada Kongres Mudah Alih India dan Aegis Graham Bell Award di bawah kategori 'Penyelesaian Telekomunikasi Inovatif' untuk penyelesaian IRIS MobiLytix™.

generated by system

Kongres Mudah Alih India 2018 dianjurkan bersama-sama oleh Jabatan Telekomunikasi (DoT), India dan Persatuan-persatuan Pengendali Selular India (COAI) buat kali kedua di India. Pemenang-pemenang menerima ucapan tahniah daripada Shri Manoj Sinha, Yang Berhormat Menteri Negeri (Tugas Bebas) untuk Komunikasi dan Menteri Negeri untuk Kereta Api, Kerajaan India pada hari Jumaat, 26 Oktober dalam majlis penyampaian anugerah yang gilang gemilang di New Delhi.

IRIS MobiLytix™ memacu pertumbuhan pendapatan dan keuntungan dengan mewujudkan penyelarasan antara peruncit dan pelanggan penyedia perkhidmatan komunikasi apabila menjual tambah nilai prabayar dan berkas perkhidmatan. IRIS memanfaatkan maklumat mendalam tentang pelanggan dan saluran digandingkan dengan keupayaan pelaksanaan waktu nyata bagi mencipta peluang yang saling menguntungkan. Para pelanggan menerima tawaran peribadi yang disesuaikan mengikut keperluan mereka dan peruncit diberi ganjaran dengan komisen tambahan / mata bagi setiap jualan yang berjaya.

Mengulas tentang acara tersebut, Manoranjan 'Mao' Mohapatra, Ketua Pegawai Eksekutif di Comviva, berkata, "Kami berbesar hati kerana Comviva telah memenangi anugerah ini mengatasi persaingan sengit daripada peserta-peserta lain. Kemenangan ini mengesahkan kedudukan kepimpinan kukuh kami dalam industri ini apabila melibatkan usaha untuk memacu inovasi. Ia turut mengesahkan kebolehan kami untuk menampung keperluan dan kehendak pasaran setempat dengan penyelesaian mantap. Kami akan terus melabur dalam teknologi-teknologi sedemikian dan menyediakan penyelesaian mengikut kehendak pasaran yang berbeza."

Mengulas tentang acara tersebut, Amit Sanyal, Naib Presiden & Ketua Eksekutif - Penyelesaian Nilai Pengguna di Comviva berkata, "Kami berasa gembira kerana memenangi anugerah ini yang merupakan pengiktirafan kepada kebolehan MobiLytixTM untuk beradaptasi dan mendorong inovasi mengikut trend dan keperluan baharu dalam pasaran. Dalam dunia digital hari ini, organisasi-organisasi mempunyai himpunan data yang besar yang dapat dimanfaatkan bagi menyediakan komunikasi pelanggan yang amat kontekstual dan diperibadikan. Kami berasa amat gembira dengan peluang-peluang berkenaan dan terus meningkatkan platform MobiLytix™ kami dengan keupayaan pembelajaran mesin serta AI baharu yang dapat membantu memacu tahap penglibatan pelanggan dan pendapatan tambahan yang lebih tinggi."

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Perhubungan Awam & Komunikasi Korporat
Mahindra Comviva
Hubungi: +91-124-481-9000
Emel: pr@mahindracomviva.com

Source: Comviva
Keywords: Telecommunications Awards