omniture

Trina Solar sediakan 190MW penyelesaian PV TrinaPro kepada taman solar besar di Sepanyol

Trina Solar Limited
2018-11-02 16:00 468

CHANGZHOU, China, 2 November 2018 /PRNewswire/ -- Trina Solar Limited ("Trina Solar" atau "Syarikat"), penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka bagi tenaga solar, mengumumkan bahawa ia akan menyediakan 190megawat penyelesaian fotovolta (PV) bersepadunya, TrinaPro kepada Cobra untuk taman solar yang besar di Sepanyol.

ACS Group dan subsidiarinya Cobra, mengkhusus dalam infrastruktur tenaga siap guna, membangunkan projek EPC ini di Alcazar, wilayah Ciudad Real (Sepanyol), dengan jumlah kapasiti kuasa sebanyak 190MW. Projek ini dijangka siap menjelang akhir tahun 2019 dan bakal menjadi yang pertama daripada banyak projek TrinaPro di Eropah.

Trina Solar akan membekalkan penyelesaian PV TrinaPro bersepadunya yang terdiri daripada 560,000 unit modul sel separuh potong multihabluran TSM-PE14H selain 6,206 sistem pengesan paksi tunggal yang sepadan. Modul-modul berkecekapan tinggi ini akan dipasang pada sistem pengesan paksi tunggal Trina Solar, yang membolehkan modul-modul ini mengikuti matahari pada sudut optimum, seraya menerima cahaya matahari maksimum dan dapat menjana sehingga 25% kuasa tambahan dalam keadaan stabil.   

TrinaPro ialah penyelesaian PV pertama dengan kombinasi dioptimum antara modul solar yang utama dalam industri dan sistem pengesan solar canggih daripada Trina Solar. Sebagai penyelesaian bernilai tambah, TrinaPro direkayasa secara optimum dengan komponen premium dan penyepaduan sistem. Ia merupakan salah satu penyelesaian tenaga yang paling andal dalam industri untuk penghasilan tenaga tinggi.

Gonzalo de la Vina, Ketua Perniagaan Modul Eropah di Trina Solar berkata, "Kami berbesar hati kerana Cobra telah meletakkan kepercayaan mereka terhadap kualiti dan prestasi unggul produk-produk Trina Solar sekali lagi untuk projek baharu yang menarik ini di Sepanyol. Perjanjian jualan baharu ini untuk pembekalan 190MW ialah susulan daripada pesanan 167MW baru-baru ini untuk projek terbesar Eropah yang sedang dibangunkan di Murcia, Sepanyol."

De la Vina menambah, "Dengan memanfaatkan kuasa data dan mengoptimumkan reka bentuk pada seluruh sistem, kami dapat meningkatkan lagi tahap kecekapan keseluruhan. TrinaPro dapat meningkatkan output kuasa sistem sehingga 30%. Kami bangga kerana Trina Solar telah berkembang daripada pembekal produk kepada penyedia penyelesaian bernilai tambah, membawakan nilai lebih besar kepada pelanggan kami."

Gambar: Penyelesaian TrinaPro bersepadu yang berskala utiliti menampilkan modul PV Trina Solar yang meneraju industri dan sistem penjejakan paksi tunggal terbaik dalam kelasnya.  TrinaPro boleh meningkatkan kuasa pengeluaran sehingga 30%.

Pautan gambar: http://bit.ly/2OikFML

Sumber gambar: Trina Solar

Latar Belakang Trina Solar

Trina Solar ialah penyedia penyelesaian menyeluruh yang terkemuka di dunia bagi tenaga solar. Ditubuhkan pada tahun 1997, Trina Solar mengembangkan perniagaannya di lebih 100 negara dan wilayah. Trina Solar membangunkan modul fotovolta, sistem simpanan tenaga, sistem pintar dan O&M, dan menyediakan pelanggan dengan penyelesaian penyepaduan sistem proprietari untuk pembangunan projek, pembiayaan, reka bentuk dan pembinaan. Menjelang akhir tahun 2017, Trina Solar menghantar lebih 30 GW modul fotovolta ke seluruh dunia dan menghubungkan 2 GW projek solar kepada grid di seluruh dunia. Pada tahun 2018, syarikat tersebut melancarkan Trina IoT, satu jenama Internet Komunikasi Benda tenaga, serta komited untuk menjadi peneraju global dalam lapangan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.trinasolar.com.

Source: Trina Solar Limited
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities