omniture

Metrik Kewangan Dunia Tidak Mantap Dilapor dalam Kertas Kajian Dibentang di Yale University oleh Richmond Global Compass Fund

Richmond Global Compass
2018-11-06 00:17 841

NEW YORK, 6 November 2018 /PRNewswire/ --

Satu kertas kajian yang dibentangkan di Yale University melaporkan bahawa sistem klasifikasi sedia ada dunia kewangan, GICS, sememangnya tidak tepat, memandangkan ia mengabaikan faktor-faktor kelestarian yang penting. Pada satu sisi yang lain, sistem klasifikasi SICS yang diwujudkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Mampan (SASB) adalah tidak benar kerana ia memberi penekanan berlebihan pada metrik-metrik kelestarian berbanding metrik-metrik kewangan tradisional.

Ketua Pegawai Pelaburan Richmond Global Compass Fund Decio Nascimento membentangkan kertas kerja bertajuk "Klasifikasi Industri dan Piawaian Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)" dalam Simposium Inisiatif terhadap Kewangan Mampan Yale University 2018 berhubung Keadaan Piawaian Pendedahan ESG pada 2 November 2018.

Richmond Global Compass menyimpulkan bahawa dengan menyepadukan kedua-dua sistem dengan tindanan kumpulan industri SICS dengan kumpulan daripada GICS dapat mewujudkan sistem klasifikasi yang lebih tepat, iaitu sistem yang dapat mengurangkan korelasi antara sektor-sektor berbeza dengan ketara. Keputusan ini memberi impak memandangkan ia menunjukkan bahawa pergantungan sama ada pada sistem yang kurang bermutu memberikan gambaran yang salah tentang sesetengah faktor risiko dalam portfolio pengurus, dan dengan demikian, boleh menyebabkan pelanggaran kewajipan fidusiari.

Richmond Global Compass membentangkan data empirikal yang konklusif daripada kajian ini. Pertama, sistem klasifikasi GICS dan SICS diuji secara berasingan. Perlu dinyatakan bahawa Richmond Global Compass menunjukkan GICS adalah lebih baik berbanding SICS dalam mengklasifikasikan firma-firma dengan ciri-ciri yang sama secara serentak. Satu penjelasan yang diberikan ialah GICS kini digunakan untuk mengklasifikasikan lebih 95% pasaran modal, mengukuhkan lingkaran maklum balas antara sistem dan pengurus yang menggunakannya.

Seterusnya, firma ini membawa kajian berkenaan selangkah ke hadapan dan menyepadukan kedua-dua sistem dengan menggabungkan 11 sektor GICS dengan 10 sektor SICS bagi mewujudkan sistem klasifikasi baharu dengan 110 sektor berpotensi - sesetengah sektor merupakan set nol maka bilangan sektor sebenar adalah antara 30 dan 40. Kemudian, Compass menguji sistem klasifikasi ini sama seperti yang dilakukan untuk GICS dan SICS dan keputusannya mengagumkan: melalui pelbagai set data, seperti permodalan kecil dan besar S&P500, permodalan kecil dan besar S&P1500, dan permodalan kecil dan besar UK, 95% daripada sektor-sektor ini menyaksikan peningkatan dari segi korelasi antara-sektor. Dalam erti kata lain, syarikat-syarikat yang diklasifikasikan kepada sektor-sektor berbeza terbukti kurang berkaitan antara satu sama lain dari segi pergerakan harga saham. Di samping itu, dalam 95% sektor yang mempunyai peningkatan, purata magnitud peningkatan ialah 51%.

Richmond Global Compass percaya bahawa masih banyak usaha yang perlu dilakukan dalam segmen ini, namun demikian, kesimpulan kajian awal meyakinkan. Tatkala Compass mengembangkan platform pembelajaran mendalamnya, pengetahuan firma terhadap kematanan akan meningkat, malah sistem klasifikasi yang lebih kukuh yang mengimbangi semua metrik bahan kewangan dan bukan kewangan dapat dibangunkan. Pengurus yang menggunakan sistem klasifikasi yang lebih optimum akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang risiko-risiko yang terdapat dalam portfolio miliknya, yang akan terbukti penting khususnya semasa berlakunya kegawatan. Richmond Global Compass percaya bahawa pasaran-pasaran pastinya akan menerima pakai sistem klasifikasi yang ditambah baik yang akan memacu pasaran dan dunia menerusi hala tuju yang lebih lestari.

Untuk maklumat lanjut, layari https://rgcompass.com atau hubungi +1-212-350-0222.

Perhubungan Media: Charlotte Luer. +1-239-404-6785, cluer@ljhfm.com

Source: Richmond Global Compass
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research Trade show news