omniture

Diluluskan oleh UFI, AWE 2019 terus sampaikan hasil ketukangan dan kualiti

China Household Electrical Appliances Association
2018-11-06 10:49 350

SHANGHAI, 6 November 2018 / PRNewswire / - Dihoskan oleh China Household Electrical Appliances Association, AWE telah diluluskan oleh Global Association of Exhibition Industry sebagai Acara Antarabangsa yang Diluluskan UFI pada September 2018. Sebagai satu-satunya pameran wilayah Asia Pasifik dalam kategori perkakasan rumah dan elektronik pengguna, AWE diiktiraf oleh pihak berkuasa global ini kerana skala, sejarah, pengaruh global dan nilai komersialnya.

AWE UFI
AWE UFI

Ekspo Dunia Perkakasan & Elektronik (AWE) hanya mengambil masa selama 25 tahun untuk mengejar pameran global terkemuka yang mempunyai sejarah lebih daripada setengah abad. Tempoh ini sangat pantas. Sentiasa dipertingkat, AWE bergerak pantas, berubah daripada acara dua tahun sekali kepada acara tahunan, sambil memperluas portfolionya daripada perkakasan rumah kepada rangkuman lebih banyak bidang teknologi untuk menyaksikan perubahan teknologi dan meramalkan hala tuju industri.

Berada di persada global dengan pantas, AWE akan berganding bahu dengan AMK, German Modern Kitchen Association, untuk mengadakan pameran di bawah tema "Kehidupan Masa Depan" bersama dengan lebih daripada sepuluh anggota AMK sebagai satu kumpulan termasuk MHK, Kessebohmer, Hettich, Naber, Schott, Dein-Konfigurator, Vauth-Sagel, Ninka, Carat dan nobilia di AWE 2019.

Tatkala pasaran Cina berkembang pesat dan mengalami perubahan penting, pengguna Cina, terutamanya kelas menengah yang semakin meningkat, beralih daripada peralatan dapur individu tradisional kepada peralatan dapur mewah, ditempah khas, terbina dalam sebagai cara meningkatkan kualiti hidup. Boleh dikatakan bahawa dapur moden mempunyai potensi besar untuk berkembang di China. Menyediakan tahap pembuatan yang paling tinggi dalam ketuhar, pengukus, perkakasan dapur terbina dalam dan dapur bersepadu, perkakasan buatan Jerman menggabungkan fungsi dengan estetika, memenuhi permintaan pengguna China dengan cara yang sempurna.

Penyertaan para pembuat kabinet terkemuka Jerman dan pembuat perkakasan seperti nobilia di AWE 2019 bukan sahaja membuktikan keazaman mereka untuk berkembang di pasaran China dengan produk canggih dan teknologi termaju tetapi juga kedudukan AWE sebagai platform global bagi penggiat industri untuk membina pengalaman rumah yang berkualiti tinggi dan melaksanakan promosi strategik dengan senario, pengguna dan persekitaran interaktif yang ideal.
Sila tandakan tarikh ini dan pohonlah tiket percuma di awe.com.cn.

Thomas Wang
+86-10-67093609
Thomas@cheaa.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181105/2289249-1  

Kapsyen: AWE UFI

Source: China Household Electrical Appliances Association
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail