omniture

"Pakai Jeju" - Jadi Heroin Drama Korea dan Alami Keindahan Jeju dalam Hanbok

"Miya's Closet" bakal tawarkan penginapan dua malam percuma dan satu tiket pengalaman Hanbok 1-hari percuma untuk pengikut Instagram terpilih menerusi loteri Instagram.
Miya's Closet
2018-11-08 08:20 480

JEJU, Korea Selatan, 8 November 2018 /PRNewswire/ -- "Miya's Closet" (www.miyascloset.com), sebuah kedai sewa untuk pakaian tradisional Korea Hanbok di Pulau Jeju, Korea Selatan, mengumumkan pada 1 November bahawa ia kini menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk pelancong yang melawat Pulau Jeju dengan slogan "Pakai Jeju". Di samping itu, ia menawarkan program pakej termasuk inap desa, panduan memandu dan perkhidmatan foto profesional. Kedai ini terletak berhampiran lapangan terbang Jeju, dengan lokasi yang mudah diakses.

Pelancong mengambil gambar bersama pinkmuhly, rumput musim luruh Jeju.
Pelancong mengambil gambar bersama pinkmuhly, rumput musim luruh Jeju.

Miya wakil "Miya's Closet", yang telah menghabiskan 15 tahun dalam industri fesyen dengan syarikat-syarikat besar di Korea dan belajar di China, telah menemui keharmonian antara keindahan pemandangan alam Pulau Jeju dan pakaian Korea tradisional, Hanbok.

Tidak seperti gabungan Hanbok dengan gaya pakaian barat yang ditawarkan di beberapa kedai sewa di Seoul, "Miya's Closet" berpegang pada keaslian Hanbok dengan warna dan keindahan yang mempesonakan. Sebagai tambahan kepada Hanbok Korea tradisional yang dihasilkan oleh pereka Korea terkenal, "Miya's Closet" juga menyediakan Hanbok kasual moden yang mengungkapkan keindahan Pulau Jeju. Hanbok kasual moden ini diterima baik terutamanya oleh pelancong domestik Korea kerana ia bukan sahaja mudah untuk bergerak, tetapi juga dibuat dengan motif Pulau Jeju. Walau bagaimanapun, pelbagai Hanbok kanak-kanak disediakan untuk kanak-kanak yang melancong ke Jeju dengan ibu bapa mereka.

Miya berkata, "Kami ingin menyediakan pelbagai perkhidmatan untuk memberikan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada para pelancong. Dengan Hanbok yang muncul dalam drama Korea yang terkenal, Mr. Sunshine, pelancong asing yang melawat Pulau Jeju memberi perhatian yang meluas kepada saya. saya Agensi pelancongan asing juga menghubungi saya dan telah mencadangkan kerjasama. Saya dengan sukacitanya mengalu-alukan lebih ramai rakan warga Malaysia untuk melawat ke sini dan menjadi heroin drama Korea dengan keindahan Jeju."

"Miya's Closet" akan menawarkan penginapan dua malam percuma dan satu tiket pengalaman satu hari Hanbok percuma bagi pelancong yang merancang perjalanan ke Pulau Jeju. Selain itu, ia akan memberikan tiket sewa Hanbok percuma dan kupon diskaun 50% untuk pengikut Instagram yang dipilih oleh loteri melalui Instagram (www.instagram.com/_miyascloset_).

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.miyascloset.com  

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181106/2286545-1

Source: Miya's Closet
Keywords: Art Entertainment Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Travel New products/services