omniture

Quectel Umum Modul C-V2X Baharu Sokong Pemanduan Berautonomi Berasaskan Penyelesaian Cip Set C-V2X 9150 Qualcomm

Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
2018-11-08 08:49 893

SHANGHAI, 8 November 2018 /PRNewswire/ -- Quectel Wireless Solutions (Quectel), pembekal global yang terkemuka bagi modul-modul IoT hari ini mengumumkan pelancaran global bagi AG15 modul C-V2X gred automotif yang menyediakan penyelesaian cip set C-V2X 9150 Qualcomm® daripada Qualcomm Technologies, subsidiari Qualcomm Incorporated. Modul ini kini disampelkan untuk industri automotif bagi tujuan pembangunan produk-produk C-V2X komersial. Modul-modul AG15 C-V2X dikeluarkan mengikut keperluan piawaian sistem pengurusan kualiti IATF 16949:2016 untuk sektor automotif dan ia mematuhi proses-proses kualiti produk automotif sepenuhnya, termasuk APQP dan PPAP. Digandingkan dengan AG35 modul LTE gred automotif Quectel, AG15 Quectel direka untuk memenuhi keperluan ketersambungan telematik dan Kenderaan-kepada-Semua Benda (V2X) pada aplikasi-aplikasi automotif generasi seterusnya, seperti pemanduan berautonomi dan keselamatan jalan raya.

Siaran penuh disediakan di laman sesawang Pusat Berita Quectel di https://www.quectel.com/infocenter/news/406.htm .

Latar Belakang Quectel Wireless Solutions

Quectel Wireless Solutions ialah pembekal global yang utama bagi modul-modul LTE, LTE-A, LPWA, GSM/GPRS, UMTS/HSPA(+) dan GNSS. Sebagai pembangun teknologi IoT dan pembekal modul selular profesional, Quectel berupaya menyediakan perkhidmatan sehenti untuk modul-modul selular IoT. Produk-produk Quectel telahpun diaplikasikan secara meluas dalam bidang-bidang IoT/M2M termasuk pembayaran pintar, telematik dan pengangkutan, tenaga pintar, bandar pintar, keselamatan, get laluan tanpa wayar, industri, penjagaan kesihatan, pertanian dan pemantauan persekitaran. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang, halaman LinkedIn, Facebook dan Twitter Quectel.

Qualcomm ialah tanda dagangan Qualcomm Incorporated, didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain. Produk dan nama jenama lain mungkin merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Cip set C-V2X 9150 Qualcomm dan teknologi pengiraan pasti Qualcomm 3D ialah produk-produk daripada Qualcomm Technologies, Inc. dan/atau subsidiari-subsidiarinya.

Hubungi: media@quectel.com  

 

Source: Quectel Wireless Solutions Co., Ltd.
Keywords: Auto Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Transportation New products/services