omniture

AntWorks Diberi Kepercayaan Tingkatkan Penyelesaian Perangkaian dan Pemayaan Citrix

AntWorks
2018-11-08 13:21 334

SINGAPURA dan SANTA CLARA, California, 8 November 2018 /PRNewswire/ --

AntWorks hari ini mengumumkan ANTstein QueenBOT miliknya, iaitu platform pengautomatan proses robotik (RPA) yang menyediakan instrumen untuk mengautomasikan proses perniagaan yang bersifat berulang-ulang, membosankan dan melibatkan keputusan yang mengikut peraturan, telahpun disahkan sebagai Citrix Ready®. Program Citrix Ready dapat membantu pelanggan-pelanggan mengenal pasti penyelesaian pihak ketiga yang disyorkan untuk meningkatkan penyelesaian pemayaan, perangkaian dan pengkomputeran awan daripada Citrix Systems, Inc. ANTstein QueenBOT menyempurnakan proses pengesahan yang ketat bagi memastikan keserasian dengan Citrix Virtual Apps demi memberi keyakinan terhadap keserasian penyelesaian bersama.

Program Citrix Ready memudahkan pelanggan untuk mengenal pasti produk dan penyelesaian pelengkap yang dapat meningkatkan persekitaran Citrix. Pelanggan-pelanggan dapat berasa yakin kerana ANTstein QueenBOT berjaya melepasi beberapa ujian yang disediakan oleh Citrix dan dapat dipercayai untuk berfungsi secara berkesan dengan Citrix Virtual Apps bagi menyediakan pengautomatan lancar melibatkan persekitaran Citrix.

QueenBOT menyediakan ciri-ciri RPA dengan cara mudah yang akan membolehkan pengguna perniagaan mencipta Bot. Masa yang diambil untuk mencipta pengautomatan menggunakan QueenBOT hanya sedikit sahaja berbanding instrumen-instrumen lain dalam pasaran. QueenBOT menyediakan alat perakam jarak jauh intuitif bagi merekodkan tindakan pengguna dalam persekitaran Citrix menggunakan pelbagai pilihan bagi menyediakan keserbabolehan pengautomatan.

"Selaku ahli dalam program Citrix Ready, kami berupaya untuk menawarkan pelanggan dengan penyelesaian pintar yang menggabungkan ANTstein QueenBOT kami dengan Citrix Virtual Apps," kata Asheesh Mehra, Ketua Pegawai Eksekutif. "Penawaran ini jelas memperlihatkan rancangan kami untuk bekerjasama erat dengan rakan-rakan kongsi dipercayai, melalui ekosistem rakan kongsi Citrix Ready, demi memberikan pengalaman berkualiti tertinggi kepada pelanggan-pelanggan kami."

Perhubungan Media:
Dexter Villota
dexter.villota@ant.works
Naib Presiden
Perancangan Korporat

Source: AntWorks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications