omniture

Clavis Insight Sertai Firma-firma Analitik E-Dagang Terkemuka Lain Tubuhkan Edge by Ascential

Edge by Ascential
2018-11-09 03:31 1152

Clavis Insight, Brand View, One Click Retail dan PlanetRetail RNG bentuk asas untuk perniagaan data, pandangan dan khidmat nasihat dipacu e-dagang baharu yang utama dalam industri

SHANGHAI, 9 November 2018 /PRNewswire/ -- Bulan lalu, Ascential plc, sebuah syarikat pakar maklumat global, mengumumkan pelancaran Edge by Ascential, perkhidmatan data, pandangan dan nasihat generasi seterusnya yang dirumuskan dengan menggabungkan Clavis Insight, One Click Retail, PlanetRetail RNG dan Brand View untuk menyediakan penyelesaian yang diperlukan oleh pengeluar-pengeluar jenama global dan para penjual untuk berjaya dalam persekitaran runcit dipacu e-dagang hari ini.

Edge by Ascential menyediakan lebih 500 pelanggannya dengan penyelesaian data, wawasan dan khidmat nasihat dipacu e-dagang yang paling tepat dan boleh diambil tindakan dalam industri bagi mengukur prestasi dan pacuan jualan, menjadikannya sebagai penyedia terkemuka dalam industri seluruh dunia bagi analisis bahagian pasaran jualan e-dagang, analitik rak digital, penilaian harga dan promosi serta strategi-strategi pengoptimuman pasaran runcit. Edge by Ascential menggaji lebih 400 kakitangan di 10 pejabat merentas Amerika Utara, Eropah dan Asia.

"APAC ialah hab inovasi utama untuk Edge by Ascential dengan adanya ciri termaju beli belah dalam talian dan pelaburan penjual menerusi saluran dalam talian," ulas Declan Kearney, Pengarah Urusan dan Naib Presiden APAC, Edge by Ascential. "Kami akan terus menginovasi produk dan perkhidmatan Edge Digital Shelf kami serta menyediakan penyelesaian yang dipertingkat bagi membantu jenama-jenama mempercepatkan ketersediaan e-dagang mereka dan memanfaatkan data serta wawasan bagi mengoptimumkan prestasi mereka dalam pasaran omnisaluran hari ini."

Di APAC, Edge by Ascential menggaji pasukan pakar dalam Pembangunan Produk, Kejuruteraan, Perundingan, Operasi, Jualan dan Pemasaran. Rakan-rakan niaga APAC dengan jenama-jenama dalam 12 pasaran serantau terdiri daripada China, India, Jepun, Korea, Asia Tenggara, Australia dan New Zealand. Di China, pasukan dan pelanggan Edge menjalin kerjasama untuk mengoptimumkan Jualan Double 11, yang dijangka mencapai kutipan kurang daripada $25 bilion yang dijual melalui Alibaba tahun lalu disebabkan oleh pelaburan yang lebih rendah daripada Ali dan JD serta kelembapan ekonomi Cina.

Pelancaran ini diumumkan kepada pasaran Asia semasa Sidang Kemuncak Pemecut e-dagang APAC yang dianjurkan oleh Edge by Ascential pada bulan Oktober di Shanghai. Secara keseluruhan, seramai 130 ahli profesional e-dagang dan pemimpin industri menyertai pasukan APAC Edge bagi meneroka trend e-dagang, masa depan omnisaluran dan bertukar-tukar pelaksanaan e-dagang amalan terbaik. Para penceramah daripada jenama-jenama dan para penjual terkemuka termasuk Coca-Cola, General Mills, Mondelez, Pernod Ricard, Kimberly-Clark dan Walmart, turut berkongsi visi dan kajian kes mereka.

Baru-baru ini, syarikat melancarkan pejabat Singapura dan melantik Harshal Acharya sebagai Ketua Perunding APAC bagi meningkatkan pasukan kepimpinan selain mempercepatkan dan menambah baik penerimaan produk dan perkhidmatan Edge oleh pelanggan. Sebelum menyertai syarikat, Acharya merupakan pelanggan Clavis Insight di Johnson & Johnson, bertugas menerusi peranan kepimpinan strategi dan wawasan peringkat tempatan, serantau dan global.

Maklumat lanjut: www.ascentialedge.com .

-Tamat-

Latar Belakang Edge by Ascential

Dahulunya Brand View, Clavis Insight, One Click Retail dan PlanetRetail RNG, Edge by Ascential™ memberikan beberapa penyelesaian data, wawasan dan khidmat nasihat memacu jualan yang paling tepat dan boleh diambil tindakan dalam industri untuk jenama-jenama global serta para penjual yang ingin berjaya dalam dunia dipacu e-dagang hari ini.

 

Source: Edge by Ascential
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Publishing/Information Service Retail Corporate Expansion New products/services Data Analytics