omniture

Hertz melantik InterGlobe Air Transport sebagai Ejen Jualan Am eksklusif di India

Hertz Asia Pacific Pte Ltd
2018-11-09 12:07 385

SINGAPURA, 9 November 2018 /PRNewswire/ -- Hertz Global Holdings, Inc. (NYSE: HTZ) mengumumkan bahawa subsidiari milik penuhnya, The Hertz Corporation, melantik InterGlobe Air Transport Ltd (IGAT) sebagai Ejen Jualan Am (GSA) eksklusif di India.

IGAT akan menguruskan jualan ke luar negara bagi produk dan perkhidmatan Hertz serta jenama-jenama sewa kereta tambahannya, Dollar, Thrifty, ACE dan Firefly kepada rakan kongsi dagangan pelancongan domestik, pelanggan korporat dan pelancong-pelancong percutian. IGAT mempunyai pengalaman selama 29 tahun dalam industri pelancongan India, 12 pejabat jualan dan 80 kakitangan jualan. Usaha sama eksklusif ini dibentukan selepas kolaborasi yang berjaya di India antara dua syarikat pada satu tahun yang lalu .

Eoin MacNeill, Naib Presiden, Hertz Asia Pasifik, berkata: "Pasaran ke luar negara India memperlihatkan peluang yang besar untuk Hertz dan kami berasa amat sukacita untuk melanjutkan usaha sama dengan IGAT dan melantiknya sebagai ejen jualan. IGAT ialah pengendali yang berpengalaman, mengurus jaringan pengedaran pelancongan yang luas dan kumpulan pelanggan korporat yang ekstensif di seluruh India. IGAT idealnya untuk mengembangkan kehadiran jenama-jenama sewa kereta The Hertz Corporation di India serta menyediakan pelancong ke luar negara dengan pelbagai pilihan sewa kereta di seluruh dunia."

En. Siddhanta Sharma, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, InterGlobe Air Transport, menambah: "Kepakaran global dan kumpulan moden Hertz, bersama dengan jejak kukuh kami dalam seluruh pasaran India akan membantu kami membuat kemajuan yang besar kepada pelancong korporat dan pelancong percutian libur. Jaringan arif kami di India amat mengalu-alukan kolaborasi berterusan dengan pengusaha ternama dan terkenal oleh global seperti Hertz."

Menurut Research and Markets, pelancong ke luar negara India akan berkembang 10% CAGR menjelang tahun 2022, dan akan membantu pasaran pelancongan ke luar negara berkembang kepada hampir US$ 45 Bilion dalam tahun yang sama."

Di India, tempahan antarabangsa Hertz boleh dibuat melalui IGAT dengan menghubungi Tel: +91 11 4351 3225 atau emel: hertz@interglobe.com atau dalam talian: www.hertz.co.in

* Sumber: "India Outbound Tourism Market: Outbound Tourists, Purpose of Visit (Holiday, VFR (Visit Friends & Relatives), Business, Others), Tourists Spending and Forecast," Research and Markets, September 2017 dan siaran akhbar.

Latar Belakang The Hertz Corporation

The Hertz Corporation, subsidiari milik Hertz Global Holdings, Inc., mengendalikan jenama-jenama sewa kereta Hertz, Dollar, Thrifty dan Firefly kira-kira di 10,200 lokasi korporat dan pemegang francais di seluruh Amerika Utara, Eropah, Caribbean, Amerika Latin, Afrika, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand. The Hertz Corporation ialah salah sebuah syarikat sewa kenderaan terbesar di dunia, dan jenama Hertz ialah salah satu jenama paling diiktiraf di dunia. Inisiatif-inisiatif produk dan perkhidmatan seperti Ganjaran Hertz Gold Plus, Pilihan Terunggul, Carfirmations, Wi-Fi Mudah Alih dan kenderaan unik ditawarkan menerusi Koleksi Adrenalin, Impian, Hijau dan Prestij yang membezakan Hertz daripada persaingan. Selain itu, The Hertz Corporation memiliki syarikat peneraju pajakan kenderaan dan pengurusan armada Donlen, yang mengendalikan perniagaan perkongsian kereta Hertz 24/7 dalam pasaran-pasaran antarabangsa serta menjual kenderaan melalui Hertz Car Sales. Untuk maklumat lanjut tentang The Hertz Corporation, layari: www.hertz.com.

Latar Belakang InterGlobe Air Transport

InterGlobe Air Transport Ltd. (IGAT) ialah sebuah syarikat penerbangan dan syarikat pengurusan pelancongan yang terkemuka, menyediakan pelbagai kepakaran mencakupi penumpang dan jualan kargo. Diperbadankan pada tahun 1989 dan beribu pejabat di Gurugram, IGAT merupakan sebahagian daripada InterGlobe Enterprises dan mewakili lebih 10 syarikat penerbangan antarabangsa di India. Ia berada merentas 12 bandar di India dan mempunyai pejabat-pejabat luar negara di UK, UAE dan Qatar.

Untuk maklumat lanjut, ulasan atau imej, sila hubungi:

DAYLIGHT Agency
Tel: +61 2 8235 7600
Emel: hhall@daylightagency.com.au / zguest@daylightagency.com.au  

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180827/2221151-1LOGO 

 

Source: Hertz Asia Pacific Pte Ltd
Related Stocks:
NYSE:HTZ
Keywords: Airlines/Aviation Auto Transportation Travel Licensing/marketing agreements