omniture

Mengekod Masa Depan Baharu di "Jalan Sutera" Digital, Xi'an Anjur Festival Pengaturcara Global Kedua

Global Programmer’s Festival
2018-11-10 00:50 1262

XI'AN, China, 10 November 2018 /PRNewswire/ -- Menempatkan kira-kira 200,000 pengaturcara, Xi'an, ibu kota Wilayah Shaanxi China, menganjurkan Festival Pengaturcara Global ("Festival") kali kedua, dan mengalu-alukan peluang dan cabaran baharu yang dibawa oleh ekonomi digital.

Coding New Future on The Digital "Silk Road", Xi'an Hosts Second Global Programmers' Festival.
Coding New Future on The Digital "Silk Road", Xi'an Hosts Second Global Programmers' Festival.

Pemimpin-pemimpin industri, pengaturcara-pengaturcara terkemuka, pakar-pakar ternama dan para saintis dari seluruh dunia menyertai Festival selama 2 hari itu yang bertema "Mengekod Masyarakat". Sesi-sesi selari diadakan di Silicon Valley, Bangalore, Beijing dan Nanjing, yang mana pengaturcara-pengaturcara membincangkan tentang prospek "Xi'an digital" dan peranan perisian dalam membentuk masa depan.

Shangguan Jiqing, Timbalan Setiausaha Parti Perbandaran Xi'an dan Datuk Bandar Xi'an, menyebutkan bahawa ekonomi digital merupakan masa depan ekonomi dunia dan Xi'an merebut peluang bersejarah ini untuk meletakkannya sebagai pusat pembangunan kepada teknologi-teknologi yang akan memperkasa era baharu ini. "Hari ini, Xi'an mengekod masa depan baharu ekonomi digital kami menerusi algoritma serba baharu. Dengan penuh semangat dan keikhlasan, kami mengalu-alukan pengaturcara-pengaturcara elit dan pemimpin-pemimpin industri untuk berkunjung ke Xi'an dan membantu 'menaik taraf' 'sistem' kami dan membentuk masa depan yang lebih baik dan lebih kukuh," kata Shangguan.

"Laluan Kemasyhuran" pengaturcara turut diperkenalkan di Festival, termasuk cetakan tangan individu-individu yang membuat sumbangan penting kepada industri perisian Cina, termasuk Wang Yongmin, Yan Yuanchao, Gong Min, Qiu Bojun, Lei Jun dan ramai lagi.

Di samping itu, Xi'an melancarkan dua laporan di majlis perasmian Festival berkenaan, iaitu "Laluan Pembangunan Industri Perisian China" dan "Indeks Pembangunan Pemaklumatan Perindustrian Negara-negara 'Jalur dan Jalan'".

Dengan matlamat untuk menyepadukan teknologi maklumat dan pembangunan bandar, Xi'an mempercepatkan penubuhan ekosistem komprehensif untuk ekonomi digital. Bandar ini mengembangkan industri perisian dan IT bagi membina "Jalan Sutera" digital baharu pada skala lebih luas dengan pesat, seraya menarik perhatian pengaturcara-pengaturcara untuk bekerja di sini dan menjadikan Xi'an sebagai bandar perisian Cina utama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.codingthefuture.com/

Latar Belakang Festival Pengaturcara Global  

Festival Pengaturcara Global, dengan topik tetap "Mengekod Masa Depan" mengundang para pemimpin industri dan golongan elit teknologi dari dalam dan luar negara untuk berhimpun di Xi'an. Festival ini bertujuan untuk membangunkan bakat, pelaburan modal dan inovasi melalui beberapa forum dan pertandingan. Sebagai acara tahunan yang terkemuka dalam kalendar industri teknologi, ia menyediakan platform peringkat negara kepada pengaturcara-pengaturcara dari seluruh dunia untuk berkomunikasi, berkongsi idea, menginspirasi inovasi dan berkembang maju bersama-sama.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2294051-1

 

Source: Global Programmer’s Festival
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Trade show news