MADRID, 10 November 2018 /PRNewswire/ --
Johnnie Walker, Wiski Scotch Nombor 1 di dunia, hari ini membuka gedung runcit kemegahan berasaskan pengalaman yang pertama di Madrid.
Ruang baharu yang menarik itu, yang menjanjikan destinasi utama kepada para peminat Scotch serta mereka yang baru mencuba wiski, menjadi tuan rumah kepada pelbagai pengalaman imersif, termasuk kelas-kelas menikmati wiski dan sesi merasa yang direka bagi membantu orang ramai meneroka dunia Johnnie Walker dan Scotch.
Para pengunjung akan berpeluang memilih daripada koleksi istimewa wiski Johnnie Walker, membeli beberapa malt tunggal yang paling sukar diperolehi dan paling luar biasa yang yang digunakan untuk menghasilkan Johnnie Walker serta meninjau kolaborasi eksklusif edisi terhad yang disusun khas untuk gedung baharu ini.
Antara pengalaman yang ditawarkan ialah kawasan penganjuran interaktif yang membolehkan para tetamu mempelajari seni pembuatan koktel, meja merasa yang membolehkan mereka menyelami rasa secara mendalam yang merupakan unsur utama Johnnie Walker serta stesen personalisasi di mana orang ramai dapat memilih hadiah unik dan menambah belian ukiran dan label tempahan khas.
Gedung canggih ini menawarkan pengalaman maya seperti Discover Scotland through Johnnie Walker yang membolehkan para pengunjung mengenali Johnnie Walker dengan mengikuti lawatan ke empat pelosok Scotland, melihat Tanah Tinggi yang mengagumkan, daya tarikan Pulau-pulau, rimbunan kawasan Tanah Pamah dan rahsia Speyside, memuncak dalam rasa Johnnie Walker.
Terdapat juga tawaran bermusim, bersama-sama pakar koktel Johnnie Walker dalam kedai pada musim perayaan ini bagi menunjukkan cara untuk mengagumkan para tetamu anda dengan menggabungkan Johnnie Walker Gold Label Reserve beku dan rasa coklat Scotland buatan tangan yang memenangi anugerah selain menunjukkan koktel dan teknik yang akan mengubah minuman parti anda menjadi tarikan yang menakjubkan.
John Williams, Pengarah Jenama Global Johnnie Walker, berkata: "Kami sentiasa mencari cara-cara baharu untuk mengejutkan dan berhubung dengan pelanggan kami dan gedung kemegahan Johnnie Walker berasaskan pengalaman ini dapat merealisasikannya. Ia turut menambah rasa keseronokan dan penerokaan kepada aktiviti beli belah dan merupakan cara serba baharu untuk mengalami kepelbagaian dan kekayaan warisan Johnnie Walker."
Pelancaran pengalaman runcit baharu ini menyusul pengumuman pelaburan sebanyak £150 juta dalam pelancongan wiski Scotch oleh Diageo di seluruh Scotland - termasuk rancangan untuk membuka pusat pengalaman pengunjung Johnnie Walker baharu yang canggih di Edinburgh, sebagai sebahagian daripada program bersepadu terbesar yang pernah disaksikan dalam sektor pelancongan wiski Scotland serta merupakan pengumuman terbaharu daripada Johnnie Walker tatkala jenama ini bersiap sedia untuk meraikan ulang tahunnya yang ke-200 pada tahun 2020.
Catatan untuk Editor
Latar Belakang Johnnie Walker:
Johnnie Walker ialah jenama Wiski Scotch (IWSR) nombor satu di dunia, dinikmati oleh orang ramai di lebih 180 negara di seluruh dunia. Sejak zaman pengasasnya, John Walker, mereka yang mengadun wiski ini telah meningkatkan rasa dan kualitinya berbanding perkara lain.
Rangkaian wiski yang memenangi anugerah hari ini termasuk Johnnie Walker Red Label, Black Label, Double Black, Green Label, Gold Label Reserve, Aged 18 Years dan Blue Label. Kesemuanya menyumbang kepada lebih 18 juta kotak yang dijual setiap tahun (IWSR, 2017), menjadikan Johnnie Walker sebagai jenama Wiski Scotch paling dikenali di dunia.
Latar Belakang Diageo
Diageo ialah peneraju global bagi produk minuman beralkohol dengan koleksi jenama hebat termasuk wiski Johnnie Walker, Crown Royal, Bulleit dan Buchanan, vodka Smirnoff, Cîroc dan Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan Guinness.
Diageo tersenarai dalam Bursa Saham New York (DEO) dan Bursa Saham London (DGE), dan produk-produk kami dijual di lebih 180 negara di seluruh dunia. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan, jenama dan prestasi kami, sila kunjungi kami di http://www.diageo.com. Layari sumber minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, bagi mendapatkan maklumat, inisiatif dan cara untuk berkongsi amalan terbaik. Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana jua.