omniture

Suning umum perbelanjaan perolehan global EUR 15 bilion semasa CIIE

Suning Holdings Group
2018-11-10 02:22 1107

Suning adakan Sidang Kemuncak Rantaian Bekalan Global di Ekspo Import Antarabangsa China

SHANGHAI, 10 November 2018 /PRNewswire/ -- Suning Holdings Group ('Suning'), syarikat gergasi komersial yang menduduki tempat kedua antara 500 perusahaan bukan milik negara di China yang terkemuka, mengumumkan bahawa skala perolehan globalnya kini hampir mencecah EUR 15 bilion.

Sun Weimin, Timbalan Pengerusi Suning.com menyampaikan ucapan di sidang kemuncak tersebut
Sun Weimin, Timbalan Pengerusi Suning.com menyampaikan ucapan di sidang kemuncak tersebut

Pencapaian penting ini didedahkan semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) di Shanghai, iaitu ekspo bertema import pertama yang dianjurkan oleh kerajaan Cina minggu ini. Suning memilih acara berkenaan bagi menganjurkan 'Sidang Kemuncak Rantaian Bekalan Global Suning 2018' miliknya sendiri.

Acara Suning, diadakan pada 6 November lalu, menyaksikan tokoh-tokoh utama daripada industri peruncitan dan kerajaan membincangkan peluang-peluang yang dibawakan oleh langkah China untuk meningkatkan import luar negara. Negara ini diunjurkan untuk mengimport produk dan perkhidmatan bernilai lebih USD 10 trilion dalam tempoh lima tahun akan datang.

Suning merancang untuk mengimport barangan bernilai EUR 10 bilion tambahan pada tahun-tahun akan datang. Perniagaan ini meramalkan bahawa lebih 5,000 jenama luar negara akan diperkenalkan dalam pasaran domestik yang lumayan melalui platform runcit pintar Suning dan rantaian bekalan globalnya.

Zhang Jindong, Pengerusi Suning Holdings Group, berkata, "Membina hubungan strategik yang saling menguntungkan dan melengkapi berserta kepercayaan bersama dengan lebih ramai rakan niaga global merupakan laluan penting untuk pembangunan masa depan syarikat."

Suning mengukuhkan kedudukannya sebagai rakan kongsi terbaik bagi saluran runcit di China. Subsidiari runcit pintar kumpulan tersebut, Suning.com, tersenarai dalam Fortune Global 500 dan merupakan penjual O2O yang terbesar di China. Kini, ia mempunyai lebih 10,000 gedung di lebih 600 bandar dan awal tahun ini, ia tersenarai sebagai jenama paling bernilai di China dalam industri peruncitan, dengan nilai jenama mencecah RMB 230.628 bilion.

Sun Weimin, Timbalan Pengerusi Suning.com, memaklumkan kepada audiens, "Peningkatan penggunaan di China menjadi dorongan pertumbuhan baharu dalam pasaran pengguna global. Selepas 40 tahun mengalami reformasi, China terus membuka pasarannya, meningkatkan bekalan luar negara dan memenuhi trend penggunaan domestik yang semakin berkembang ini."

Suning membawa sepasukan 500 orang untuk pembelian dan penyumberan ke CIIE bagi meninjau peluang perkongsian dengan jenama-jenama luar negara dari Eropah, Jepun, Australia dan Amerika Utara. Tujuh daripada rakan kongsi sedia adanya menghadiri CIIE sebagai tetamu: Whirlpool, A.O. Smith, Rinnai, Noritz, ANCO, Ariston dan Metcash.

Suning turut membawa Football Club Internazionale Milano S.p.A., biasanya dikenali sebagai Inter, dan LAOX, salah sebuah syarikat beli belah bebas cukai yang terbesar di Jepun, untuk mengadakan pameran di CIIE. Sejak pemerolehan tahun 2016 oleh Suning, Inter memeterai perkongsian dengan beberapa jenama berpengaruh termasuk China Unicom, Beko serta Maotai dan kini menyasarkan untuk terlibat dengan lebih banyak jenama pengguna dan peminat dalam pasaran tempatan.

Para penyampai lain di Sidang Kemuncak Rantaian Bekalan Global Suning 2018 termasuk Jin Hong, Timbalan Menteri bagi Kementerian Majlis Pembangunan Perniagaan Perdagangan (China); Gonca Yilmaz Batur, Timbalan Menteri bagi Kementerian Perdagangan Turki; Nora K. Terrado, Timbalan Menteri bagi Kementerian Industri dan Perdagangan Filipina; Jorge O'Ryan, Pengarah Prochile; Ottenberg Karsten, Pengerusi Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif BSH Home Appliance; Rebecca Wang, Naib Presiden Nestle Great China; dan Robert Coviello, Pengarah Eksekutif Asia Bunge Limited.

Awal bulan ini, Suning.com mendedahkan bahawa ia telah menjana pendapatan pengendalian berjumlah RMB 172.97 bilion (USD 24.79 bilion) semasa tiga suku pertama tahun 2018, meningkat 31.15% berbanding tahun sebelumnya. Pendapatan tahunan Suning Group mencecah RMB 557.9 bilion (kira-kira EUR 69 bilion).

Latar Belakang Suning

Diasaskan pada tahun 1990, Suning ialah salah sebuah syarikat perusahaan komersial terkemuka di China yang mempunyai dua syarikat awam masing-masing di China dan Jepun. Pada tahun 2018, Suning Holding menduduki tempat kedua dalam kalangan 500 perusahaan bukan milik negara di China yang terkemuka dengan pendapatan tahunan mencecah 80.85 bilion USD (557.88 bilion RMB). Dengan misi "Menerajui Ekosistem merentas Industri dengan Mencipta Kualiti Kehidupan Elit buat Semua", Suning memperkukuh dan mengembangkan perniagaan utamanya melalui lapan industri vertikal: Suning.com, Logistik, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Hartanah, Sukan, Media & Hiburan dan Pelaburan, yang mana Suning.com berada dalam senarai Fortune Global 500 bagi tahun 2017 dan 2018. www.suningholdings.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181108/2294060-1

Source: Suning Holdings Group
Keywords: Banking/Financial Service Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news