omniture

GCL-SI dan DuPont Photovoltaic Solutions Tandatangani Perjanjian Kolaborasi Strategik Di CIIE

GCL-SI
2018-11-12 06:00 742

SHANGHAI, 12 November 2018 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. (SZ: 002506) (GCL-SI), penyedia penyelesaian sehenti yang terkemuka di dunia untuk projek solar, telah memeterai perjanjian kerjasama strategik dengan DuPont Photovoltaic Solutions (DuPont) semasa Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama di Shanghai. Dua syarikat ini akan berusaha untuk memajukan produk fotovolta (PV) melalui inovasi dan menjadikan penggunaan solar lebih mudah diakses di seluruh dunia.

GCL-SI and DuPont Photovoltaic Solutions Sign Strategic Collaboration Agreement At CIIE
GCL-SI and DuPont Photovoltaic Solutions Sign Strategic Collaboration Agreement At CIIE

"Kami amat berbesar hati untuk menjalin kerjasama mendalam ini dengan DuPont. Filem PVF DuPont™ Tedlar® sentiasa menjadi pilihan utama untuk modul kami dan saya yakin kerjasama kami akan meningkatkan kualiti, prestasi dan keandalan kami produk," kata Xin Luo, Pengerusi GCL-SI.

Oleh kerana permintaan global untuk sumber tenaga baharu terus berkembang, inovasi saintifik dalam industri PV sangat penting. Dalam tempoh lima dekad yang lalu, DuPont telah berada di barisan hadapan inovasi solar, menurut Eric Wang, Pengarah Komersial Global di DuPont Photovoltaic Solutions. "Kami sangat teruja untuk mempamerkan pencapaian inovatif kami di CIIE dan membina hubungan strategik dengan GCL-SI. Komitmen kami terhadap inovasi telah membantu kami mewujudkan bahan PV yang tahan lama dan memacu pertumbuhan mapan dalam industri PV."

Menurut Wang, lebih daripada separuh panel solar dunia yang dipasang sejak 1975 mempunyai bahan DuPont di dalamnya. Kepingan belakang berasaskan filem DuPontTM Tedlar® merupakan satu-satunya bahan kepingan belakang yang terbukti melindungi panel solar selama lebih daripada 30 tahun dalam semua keadaan cuaca dengan tujuan memaksimumkan ketahanan dan keandalan dan mengurangkan kecacatan sistem.

Pendapatan daripada pembuatan produk PV telah menurun dalam tahun-tahun kebelakangan ini, memandangkan pasaran telah dibanjiri dengan modul dan produk PV yang belum diuji atau yang tidak memenuhi piawaian industri yang paling sukar. Matlamat yang sama di seluruh industri PV adalah untuk meningkatkan pulangan pelaburan bagi 25 tahun yang lalu sambil mengurangkan kos keseluruhan. Ini bermaksud, kualiti bahan PV merupakan perkara penting. Bekerja dengan rakan-rakan kongsi seperti DuPont, GCL-SI bertujuan untuk menyediakan produk PV berkualiti tinggi dan penyelesaian holistik untuk sistem tenaga baharu. GCL-SI kini mempunyai enam pusat pembuatan untuk modul PV di seluruh dunia dengan jumlah output sebanyak 6 GW.

Latar Belakang Bahagian DowDuPont Specialty Products

DowDuPont Specialty Products, sebuah bahagian daripada DowDuPont (NYSE: DWDP), merupakan peneraju inovasi global dengan bahan, unsur dan penyelesaian berasaskan teknologi yang membantu mengubah industri dan kehidupan seharian. Kakitangan kami menggunakan sains dan kepakaran yang pelbagai untuk membantu pelanggan memajukan idea terbaik mereka dan menyampaikan inovasi penting dalam pasaran utama termasuk elektronik, pengangkutan, bangunan dan pembinaan, kesihatan dan kesejahteraan, keselamatan makanan dan pekerja. DowDuPont berhasrat untuk memisahkan Bahagian Specialty Products, yang akan dikenali sebagai DuPont, menjadi sebuah syarikat bebas yang didagangkan secara terbuka. Maklumat lanjut boleh didapati di www.dow-dupont.com.

Latar Belakang GCL-SI

GCL System Integration Technology Co., Ltd. (SZ: 002506) (GCL-SI), ialah sebahagian daripada GOLDEN CONCORD Group (GCL). GCL-SI menyampaikan sistem tenaga sehenti dan canggih yang bersepadu dan komited untuk menjadi syarikat tenaga solar terkemuka di dunia.

Source: GCL-SI
Related Stocks:
Shenzhen:002506
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts Trade show news