omniture

TIENS Group Lancar Peluasan Global Tembusi Peruncitan Baharu

TIENS
2018-11-13 04:00 984

TIANJIN, China, 13 November 2018 /PRNewswire/ -- Syarikat penjagaan kesihatan yang terkemuka, TIENS Group, mengumumkan peluasan global mereka ke dalam pasaran runcit baharu menerusi pembukaan Gedung Pengalaman TIENS unggulan baharu di China. Terletak di Taman Perindustrian Kesihatan Antarabangsa TIENS, gedung baharu ini menampilkan kombinasi antara pengalaman pengguna dalam talian dan luar talian melalui pendekatan yang ditingkatkan oleh teknologi terhadap perniagaan runcit dan pemasaran baharu.

Free the dreams! Tiens Group celebrates a new era step in the new retail business
Free the dreams! Tiens Group celebrates a new era step in the new retail business

PointsWin, aplikasi e-dompat serba baharu Tiens memainkan peranan penting dalam menghubungkan rangkaian pelanggan yang berasaskan rantaian blok. Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini untuk membeli dan memperoleh ganjaran di mana-mana perusahaan yang membawa sepanduk TIENS. Inovasi-inovasi ini sebagai satu lingkaran mendayakan gabungan antara peruncitan dalam talian dan luar talian yang berusaha dimanfaatkan oleh Kumpulan melalui kehadiran antarabangsa yang semakin berkembang.

TIENS menubuhkan 110 cawangan di seluruh dunia dan gedung baharu ini akan menjadi ikon strategi "Satu Tubuh, Berbilang Sayap" Kumpulan di peringkat global. Ini termasuk membangunkan ekosistem penjagaan kesihatan yang pelbagai dan bersepadu mencakupi peruncitan fizikal, e-dagang, TCM dan kemudahan perubatan, selain pendidikan, pelancongan, perhotelan dan pengalaman gaya hidup.

"Kami sentiasa memulakan usaha pembangunan dengan mengambil kira dunia dari perspektif global," kata Pengerusi TIENS Group Li Jinyuan. "Ini khususnya melibatkan kawasan-kawasan yang terlibat dalam inisiatif Satu Jalur Satu Jalan China," tambah beliau, dengan menyebutkan bahawa kebanyakan cawangan seluruh dunia TIENS berada dalam zon ini.

Gedung unggulan baharu ini akan menumpu pada pendekatan berpandukan pengalaman terhadap pemasaran dengan menawarkan persekitaran imersif yang mana pelanggan dapat meneroka dan menemui produk-produk kesihatan dan kecantikan asli.

"Pemasaran pengalaman ialah trend pembangunan perniagaan termaju. Kami menyasarkan untuk membawakan pelanggan kami dengan pengalaman intuitif melibatkan penjagaan yang teliti, perhatian penuh dan keindahan," kata ahli Lembaga dan Pengurus Besar E-Dagang, Chelsea Li (Li Yue Qi). "Gedung Pengalaman TIENS direka dengan nilai estetika akuatik yang mendamaikan dan menyulami suasana dengan lembut," beliau menyambung, dengan menambah bahawa "setiap pengalaman pengunjung umpama satu perjalanan penemuan dan kami mengaturkan produk-produk kami di seluruh gedung dengan teliti demi manfaat mereka."

Melalui pengalaman pelanggan yang mendalam dan imersif, perkembangan terkini ini membantu kumpulan ini mengubah konsep penggunaan jenama kepada pengalaman yang lebih diperibadikan. "Susun atur yang pelbagai dalam Gedung Pengalaman TIENS merupakan gambaran padu terhadap strategi global 'Satu Tubuh, Berbilang Sayap'," kata Peggy Liu (Liu Yu), Pengarah Pembangunan Operasi Pengalaman Kumpulan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke http://www.tiens.com/index.php?m=content&c=index&a=show&catid=32&id=85

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181109/2295327-1

 

Source: TIENS
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Health Care/Hospital Retail Corporate Expansion New products/services