omniture

WeDo Technologies Perkenal Pemangkin Pasaran Jaminan Perniagaan di TMF Asia

WeDo Technologies
2018-11-13 11:59 404

WASHINGTON, 13 November 2018/PRNewswire/ --

WeDo Technologies - peneraju dunia bagi jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan - akan mempamerkan Projek Pemangkin Pasaran Jaminan Perniagaan AI Terbuka di Digital Transformation Asia TM Forum, diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 13-15 November. Projek Pemangkin Pasaran Jaminan Perniagaan AI Terbuka TM Forum diperjuangkan oleh BT, Deutsche Telekom dan Orange, dengan WeDo Technologies menyediakan kepakaran dalam jaminan perniagaan, jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan.

generated by system

"Sewaktu perkhidmatan baharu dan teknologi sokongan diperkenalkan, WeDo Technologies menumpu untuk menangani cabaran-cabaran pengurusan risiko sedia ada yang timbul daripada perkhidmatan IoT, yang akan tersebar luas dengan kemunculan rangkaian 5G," ujar Carlos Marques, Pemasaran Produk dan Perhubungan Penganalisis WeDo Technologies. "Pemangkin ini membolehkan kami menginovasi bersama-sama dengan pengusaha pasaran yang lain, selain dengan beberapa pembawa yang terbesar di dunia dan membantu menyelesaikan cabaran-cabaran jaminan perniagaan yang bukan sekadar menumpu pada penilaian keuntungan, tetapi juga pada peningkatan pengalaman pelanggan akhir. Bermula dengan pencegahan penipuan langganan dan peningkatan ancaman akibat  identiti palsu, kepada penyediaan instrumen yang boleh digunakan oleh pembawa untuk mengenal pasti dan mengganjari pelanggan bernilai mereka, mahupun dengan mencegah kejutan-bil daripada perkhidmatan IoT baharu, kami semakin banyak melabur dalam teknologi yang diperlukan oleh penyedia perkhidmatan, demi mencapai kejayaan menerusi masa depan yang lebih menguntungkan dan selamat."

Di TMF Digital Transformation Asia, WeDo Technologies akan mendemonstrasikan inovasi teras dalam projek Pemangkin, iaitu Pasaran Jaminan Perniagaan AI Terbuka. Pasaran Jaminan Perniagaan AI Terbuka membolehkan Penyedia Perkhidmatan Digital memilih dan mengkonfigurasi perkhidmatan jaminan perniagaan dan vendor yang terbaik dalam kelasnya melalui pasaran ekosistem digital. Menerusi Pasaran Jaminan Perniagaan, Penyedia-penyedia Perkhidmatan Digital (DSP) bakal mempunyai kefleksibelan untuk memilih kawalan jaminan perniagaan yang menyediakan perlindungan lebih tinggi untuk setiap perkhidmatan baharu, mendayakan DSP untuk menjimatkan kos dan menghapuskan penipuan. Hal ini penting khususnya tatkala penerimaan 5G dan IoT semakin meningkat, seraya mewujudkan sumber aktiviti penipuan yang baharu dan berbeza.

Dalam Kumpulan Pengguna Benua Amerika WeDo, satu tinjauan yang dijalankan baru-baru ini menunjukkan bahawa IoT dan trafik IP dipilih sebagai masalah penipuan dan ketirisan hasil utama yang memberi kesan kepada DSP masa kini. Bagi menghadapi risiko-risiko ini, WeDo Technologies menyokong keperluan terhadap pengesanan penipuan dan perlindungan jaminan pendapatan termaju, dengan memanfaatkan keupayaan Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin.

Kemajuan AI dalam mengesan dan mencegah ketirisan hasil, selain aktiviti-aktiti penipuan merupakan topik-topik utama yang akan dibincangkan dalam Persidangan Kumpulan Pengguna WeDo akan datang pada 23-24 Januari 2019 di Kuala Lumpur, Malaysia. Menurut Cisco, trafik IP akan meningkat tiga kali ganda di Asia Pasifik mulai tahun 2015 hingga 2020, seraya menunjukkan kemunculan cabaran-cabaran jaminan pendapatan dan pengurusan penipuan yang perlu sedia dihadapi di rantau ini oleh DSP. Untuk mendaftar dalam Persidangan Kumpulan Pengguna WeDo Technologies sila kunjungi [https://www.wedotechnologies.com/en/events/]. 

Latar Belakang WeDo Technologies  
Ditubuhkan pada tahun 2001, WeDo Technologies ialah peneraju pasaran global untuk Jaminan Pendapatan dan Pengurusan Penipuan melalui penyelesaian perisian Pengurusan Risiko.

WeDo Technologies menyediakan perisian dan perundingan pakar kepada Pengendali Telekomunikasi dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi seluruh dunia. Kini, kami mempunyai lebih 200 pelanggan merentas 108 negara, dengan jaringan melibatkan lebih 600 pakar profesional berkemahiran tinggi. Pejabat-pejabat kami tersebar secara geografi di AS, Eropah, Asia Pasifik, Timur Tengah, Afrika, Amerika Tengah dan Amerika Selatan.  

Perisian WeDo Technologies menganalisis kuantiti data yang besar yang membolehkannya memantau, mengawal, mengurus dan mengoptimumkan proses, menjamin perlindungan pendapatan serta pengurangan risiko.

Dengan lebih 200 pelanggan, termasuk beberapa pelanggan daripada organisasi-organisasi cip biru yang terkemuka di dunia, WeDo Technologies telah lama diiktiraf sebagai penginovasi tetap dalam menjamin kejayaan pelanggannya sepanjang perjalanan transformasi yang berterusan.

WeDo Technologies. Ketahui Yang Tidak Diketahui.

http://www.wedotechnologies.com

Berita Terkini @WeDoNews

Hubungi

QUEXOR GROUP INC. 
Barbara Henris
bhenris@quexor.com 
Tel. Bimbit: +1(703)470-9446

Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat - WeDo Technologies
Inez Corrêa de Sá
inez.sa@wedotechnologies.com
Tel. Bimbit: +351-939-650-788

Source: WeDo Technologies
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Trade show news