omniture

Telefon Pintar Satelit X5-Touch Thuraya Amat Dinanti-nanti Dilancar di Kedai-kedai Kurang daripada Sebulan

Thuraya Satellite Telecommunications Company
2018-11-13 16:00 320

DUBAI, UAE, 13 November 2018/PRNewswire/ --

Thuraya Telecommunications Company, subsidiari Al Yah Satellite Communications Company (Yahsat), hari ini mengumumkan bahawa telefon pintar satelit pertama dunia, X5-Touch Thuraya bakal disediakan untuk tujuan pengedaran komersial dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:  https://www.multivu.com/players/uk/8445251-thuraya-x5-touch-smartphone-launches/

Sebagai yang pertama dalam industri, X5-Touch Thuraya beroperasi melalui Sistem Pengendalian Android dan mempunyai skrin sentuh HD penuh 5.2". Ia menyasarkan pengguna yang kerap bergerak masuk dan keluar daripada liputan daratan merentas pelbagai sektor pasaran termasuk misi kerajaan, projek tenaga, komunikasi perusahaan dan penempatan NGO. Telefon ini menawarkan fungsi ketersambungan yang pantas dan mudah ketika bergerak, di kawasan terpencil yang biasanya di luar capaian telefon pintar.

X5-Touch Thuraya dilengkapi dengan keupayaan dwimod dan dwi-SIM penuh berserta mod dwiaktifnya; ia berupaya membolehkan kedua-dua mod satelit dan GSM (2G, 3G, atau 4G) 'sentiasa aktif' secara serentak.

Shawkat Ahmed, Ketua Pegawai Komersial Thuraya berkata, "Selaku perintis untuk banyak produk yang pertama dalam industri satelit, kami berbangga kerana akhirnya dapat mengumumkan ketersediaan komersial telefon satelit android X5-Touch baharu daripada Thuraya." Beliau menambah, "X5-Touch mengesahkan lagi komitmen kami untuk menawarkan rakan-rakan kongsi kami dan para pengguna akhir dengan produk-produk terbaik yang disediakan serta nilai terbaik walau di mana mereka berada."

Dengan mengambil kira keperluan pengguna-pengguna yang paling mendesak daripada pihak kerajaan dan ketenteraan yang menggunakan perkhidmatan kami dalam keadaan yang mencabar dan terpencil, X5-Touch Thuraya didatangkan dengan paparan kaca Gorilla®. Ia merupakan telefon paling lasak dalam industri MSS dengan piawaian IP67 untuk perlindungan penuh daripada debu dan air selain mematuhi piawaian MIL.

Telefon ini mempunyai pelbagai ciri dan fungsi termaju dan yang paling penting ialah ciri-ciri keselamatannya seperti fungsi navigasi dan penjejakan canggih selain butang SOS terbina dalam. Spesifikasi lain merangkumi bateri berkapasiti tinggi untuk masa berbual dan tunggu sedia yang dilanjutkan, kamera depan dan belakang, Wi-Fi, Bluetooth serta NFC.

X5-Touch Thuraya turut memberi pengalaman yang unik dan interaktif kepada pelanggan dalam sektor kerajaan. Menerusi platform Android, terdapat pelbagai Aplikasi yang telahpun tersedia untuk berfungsi dalam telefon tersebut. Walau bagaimanapun, pembangun akan disediakan dengan akses mudah untuk membangunkan dan menyesuaikan Aplikasi demi keperluan pengguna. Hal ini melengkapi konsep "Bawa Aplikasi Anda Sendiri" (BYOA) yang mana pelanggan-pelanggan mendapat kelonggaran untuk memuat turun sebarang Aplikasi pilihan mereka, seraya menerobos paradigma dan merevolusikan cara telefon bimbit satelit digunakan.

https://mma.prnewswire.com/media/783154/Thuraya_Satellite_Telecommunications_Company_Logo.jpg

https://mma.prnewswire.com/media/783155/Thuraya_X5_Touch.jpg
Video: 
     https://www.multivu.com/players/uk/8445251-thuraya-x5-touch-smartphone-launches/

Source: Thuraya Satellite Telecommunications Company
Keywords: Internet Technology Telecommunications