omniture

Acara Terkemuka Dunia untuk Bahan Termaju bakal diadakan 5 - 7 Disember 2018 di Jepun

Reed Exhibitions Japan Ltd.
2018-11-13 18:45 494

TOKYO, 13 November 2018 /PRNewswire/ -- Reed Exhibitions Japan Ltd., penganjur pameran perdagangan yang terbesar di Jepun, bakal mengadakan "Minggu Bahan Fungsian Tinggi ke-9 [Tokyo]", acara yang terkemuka di dunia bagi bahan-bahan termaju mulai 5 - 7 Disember 2018 bertempat di Makuhari Messe, Jepun. (Diadakan pada setiap April di Tokyo Big Sight sehingga tahun lalu.)

Scene from the previous show
Scene from the previous show

Pameran berkenaan terdiri daripada 6 acara yang mengkhusus dalam Filem, Plastik, Logam, Seramik, Perekat/Penyambung dan Cat/Salutan Fungsian Tinggi. Tahun ini, acara serba baharu: "EKSPO CAT & SALUTAN Fungsian Tinggi" dilancarkan susulan permintaan daripada pengunjung dan pempamer. Di acara ini, bermula dengan agen mengecat/salutan, mesin salutan, peralatan analisis kepada peralatan pembuatan cat, semua jenis produk dan teknologi cat/salutan untuk kegunaan bangunan dan perindustrian akan dipamerkan.

"Minggu Bahan Fungsian Tinggi" telah meluaskan skalanya tahun demi tahun, dengan 940 pempamer akan mengadakan pameran tahun ini, iaitu lebih 180 pempamer berbanding pameran terdahulu. Di samping itu, "FINETECH JAPAN ke-28" untuk teknologi LCD/OLED/ sensor dan "Photonix 2018" untuk teknologi laser/fotonik akan diadakan di tempat pameran yang sama sebagai acara serentak. Secara keseluruhan daripada 8 acara ini, 1,260 pempamer dan 65,000 pengunjung dari 51 negara dijangka berhimpun di bawah satu bumbung.

Exhibitors Number
Exhibitors Number

Selari dengan pameran ini, sebanyak 90 sesi di Persidangan Teknikal akan diadakan sepanjang 3 hari. Sesi-sesi teknikal persidangan akan meliputi topik-topik seperti trend industri Jepun dan dunia, teknologi utama masa depan untuk bahan termaju, pembangunan bahan-bahan baharu dan sebagainya.

Lihat Program Persidangan

Hari ini, bahan termaju digunakan secara meluas dalam pelbagai lapangan seperti elektronik, automobil, aeroangkasa, pembinaan kapal, perubatan, bateri boleh cas, produk boleh diperbaharui, robotik, pembinaan dan sebagainya serta menjadi bahan-bahan yang amat diperlukan untuk inovasi masa depan. "Minggu Bahan Fungsian Tinggi" ialah platform terbaik untuk menemui & mempelajari tentang bahan paling termaju dan teknologi terkini di dunia. Golongan profesional industri daripada kalangan pengeluar bahan dan semua syarikat pengguna bahan seperti elektronik, automobil, peralatan perubatan, jentera perindustrian dan sebagainya disyorkan untuk mengunjungi pameran ini.

Untuk pendaftaran pengunjung atau butiran tentang acara, sila layari Laman Sesawang.

Business meetings at the show
Business meetings at the show

Minggu Bahan Fungsian Tinggi [Tokyo]
Tarikh: 5 - 7 Disember 2018
Tempat: Makuhari Messe, Jepun
Penganjur: Reed Exhibitions Japan Ltd. 
Bilangan Pempamer: 940
Bilangan Pengunjung: 65,000 (termasuk acara serentak)
Ketersediaan Acara: 6 acara seperti di bawah

EKSPO FILEM Fungsian Tinggi ke-9

[Pameran] Filem Fungsian, Filem Dekoratif, Bahan Anjal, Jentera Pembentukan/Penyalutan, Pemprosesan Sekunder, dsb.

EKSPO PLASTIK Fungsian Tinggi ke-7

[Pameran] Resin Fungsian, CFRP/CFRTP, Bahan Mentah, Pemprosesan Resin Aditif, Peralatan Penyebatian, dsb.

EKSPO LOGAM Fungsian Tinggi ke-5  

[Pameran] Keluli Tegangan Tinggi, Logam Ringan, Aloi Fungsian, Sistem Pemeriksaan, Peralatan Pemprosesan, dsb.

EKSPO SERAMIK Fungsian Tinggi ke-3

[Pameran] Seramik Fungsian, CMC (Komposit Matriks Seramik), Bahan Mentah Seramik, Teknologi Serbuk, Peratan Pembentukan/Pembakaran, dsb.

EKSPO LEKATAN & PENYAMBUNG ke-2

[Pameran] Teknologi Penyambung bagi Bahan Tak Serupa, Agen/Pita Perekat, Teknologi Kimpalan, Bahan Pengikat, Pemprosesan Permukaan, dsb.

EKSPO CAT & SALUTAN Fungsian Tinggi Pertama

[Pameran] Cat Fungsian, Peralatan Salutan, Agen Salutan, Peralatan Mengecat, Jig Mengecat, dsb.

Penganjur: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Pengurusan Acara Minggu Bahan Fungsian Tinggi
Emel: visitor-eng.material@reedexpo.co.jp

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181112/2294191-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181112/2294191-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181112/2294191-1-c

Source: Reed Exhibitions Japan Ltd.
Keywords: Chemical Computer/Electronics Mining/Metals Semiconductors Financial Technology