omniture

Global Entrepreneurship Monitor: Keusahawanan Wanita Berkembang Maju Seluruh Dunia, namun Sokongan Bersasaran Diperlukan

Global Entrepreneurship Monitor
2018-11-14 00:57 1131

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 14 November 2018 /PRNewswire/ --

Menjelang Hari Keusahawanan Wanita ini, data daripada Global Entrepreneurship Monitor (GEM) 2017/2018 menunjukkan bahawa keusahawanan wanita semakin meningkat dan kesetaraan jantina bertambah baik dan menekankan aspek-aspek tumpuan bagi meningkatkan sokongan kepada usahawan-usahawan wanita.

generated by system

Begitu banyak untuk diraikan sempena Hari Keusahawanan Wanita (19 November) ini, namun ia juga merupakan peluang untuk melihat bagaimana wanita dapat disokong dengan lebih baik demi mencapai kejayaan dalam perniagaan kecil-kecilan.

Menurut Global Entrepreneurship Monitor (GEM) 2017/18, kadar keusahawanan wanita meningkat sebanyak 6.6% apabila dibandingkan dengan set yang sama melibatkan 50 negara yang mengambil bahagian dalam tinjauan pada tahun 2016 dan 2017. Sebagai perbandingan, kadar lelaki meningkat sebanyak .7%. Terdahulu, laporan GEM 2017 menumpu pada wanita menekankan bahawa aktiviti keusahawanan wanita meningkat sebanyak 10% di seluruh dunia mulai tahun 2014 hingga 2016.

Kini memasuki tahun ke-19 berturut-turut, GEM memperoleh pengiktirafan yang luas sebagai kajian keusahawanan longitudinal paling berwibawa di dunia. Ia menawarkan pandangan bernilai untuk membimbing kajian masa depan dan proses membuat keputusan dasar selain reka bentuk intervensi yang dapat meningkatkan keusahawanan wanita.

Dapatan utama daripada laporan global 2017/18 termasuk: 

  • Kawasan berprestasi terbaik untuk keusahawanan wanita ialah Amerika Latin dan Caribbean dengan purata kadar Aktiviti Keusahawanan Keseluruhan (TEA) wanita sebanyak 16.7% diikuti dengan Amerika Utara pada 12.8%.
  • Eropah melaporkan purata penglibatan wanita terendah dalam aktiviti keusahawanan peringkat awal (6.1%).
  • Kesetaraan jantina adalah tertinggi di wilayah Amerika Latin dan Caribbean dengan 8 usahawan wanita kepada setiap 10 orang lelaki. Kesetaraan jantina adalah terendah di Eropah dengan 6 wanita bagi setiap 10 usahawan lelaki.
  • Kesetaraan jantina juga rendah di rantau Afrika (0.6) dan Amerika Utara (0.65) - wanita di wilayah-wilayah berkenaan adalah dua pertiga atau kurang berkemungkinan untuk terlibat dalam TEA seperti mana rakan sejawat lelaki mereka.
  • Tahap keusahawanan wanita menurun tatkala tahap pembangunan ekonomi meningkat. Kadar adalah tertinggi dalam kalangan wanita di negara-negara sedang membangun (13.3%) dan terendah di negara-negara maju (7%).
  • Wanita adalah 28% lebih berkemungkinan didorong oleh keperluan berbanding lelaki di negara-negara sedang membangun. Meskipun penyertaan wanita dalam keusahawanan adalah paling rendah di negara-negara dipacu inovasi, secara purata, mereka hanya 19% lebih berkemungkinan berbanding lelaki untuk didorong oleh keperluan.

Menurut Pengarah Eksekutif GEM Mike Herrington, usahawan wanita memberi sumbangan penting ke arah pertumbuhan dan kesejahteraan masyarakat mereka dan menawarkan mereka dengan sokongan lebih bersasaran yang akan membayar dividen untuk pembangunan ekonomi di mana-mana negara.

Namun demikian, beliau mengingatkan bahawa usahawan wanita di seluruh dunia adalah lebih berbeza dan bukannya serupa daripada segi demografi peribadi, sikap dan jenis perniagaan yang dijalankan oleh mereka dan inisiatif sokongan untuk usahawan wanita perlu disesuaikan dan dikhususkan bagi setiap ekonomi - dan bukannya mengambil pendekatan yang sesuai untuk semua keadaan.

"Nisbah penyertaan lelaki kepada wanita dalam aktiviti keusahawanan peringkat awal jauh berbeza merentas sampel keseluruhan negara-negara GEM, memperlihatkan perbezaan dari segi budaya dan keadaan berhubung penyertaan wanita dalam ekonomi tersebut," kata beliau.

"Data GEM menunjukkan bahawa tatkala tahap pembangunan dan pendidikan meningkat, penyertaan keusahawanan dalam kalangan wanita menurun dan jurang jantina semakin meningkat, namun demikian kadar pemberhentian perniagaan juga semakin perlahan. Meskipun kadar pemberhentian wanita melangkaui kadar pemberhentian lelaki di negara-negara sedang membangun, walaupun hanya kira-kira 10%, semakin sedikit wanita di  negara-negara yang maju telah meninggalkan perniagaan, dengan hanya dua pertiga kadar golongan lelaki."

Saranan dasar daripada laporan GEM 2017/18 ditujukan untuk meningkatkan keusahawanan wanita termasuk keperluan untuk mewujudkan lebih banyak jaringan sosial dan sokongan yang bertindak sebagai kumpulan bimbingan, perundingan atau khidmat nasihat bagi membantu usahawan-usahawan wanita, selain berusaha mengubah stereotaip yang mungkin menghalang para usahawan wanita di kawasan-kawasan tertentu.

Untuk memuat turun salinan Laporan GEM Global 2017/8 dengan butiran tentang statistik ekonomi-ekonomi individu dan purata serantau klik di sini.

Latar Belakang Global Entrepreneurship Monitor (GEM) 

Global Entrepreneurship Monitor (GEM) dimulakan pada tahun 1999 sebagai satu usaha sama antara Babson College dan London Business School. Bermula dengan 10 negara yang mengambil bahagian, projek tersebut diperluas bagi merangkumi 73 negara menerusi tinjauan tahun 2014. GEM adalah unik kerana, berbeza daripada kebanyakan set data keusahawanan yang mengukur firma-firma lebih baharu dan lebih kecil, GEM mengkaji tingkah laku individu berkaitan dengan memulakan dan mengurus perniagaan. Ikuti GEM melalui Twitter.

Dikeluarkan oleh Rothko bagi pihak Global Entrepreneurship Monitor. 

 

Source: Global Entrepreneurship Monitor
Keywords: Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Women-related news