omniture

Rantaian Konsortium Cina FISCO BCOS Muncul Julung Kali di Festival Teknologi Kewangan Singapura: Langkah Pertama Sahut Cabaran Global

FISCO BCOS
2018-11-14 01:49 615

Untuk maklumat lanjut tentang FISCO BCOS, sila rujuk siaran akhbar terdahulu kami

SHENZHEN, China dan SINGAPURA, 14 November 2018 /PRNewswire/ -- FISCO BCOS (seterusnya dirujuk sebagai BCOS), platform rantaian blok sumber terbuka, mengadakan pameran sulungnya di Festival Teknologi Kewangan Singapura hari ini. Platform infrastruktur rantaian blok kewangan yang dibangunkan oleh konsortium Cina yang terdiri daripada pelabur-pelabur Teknologi Kewangan bersiap sedia untuk menembusi pasaran global.

FISCO BCOS di Festival Teknologi Kewangan Singapura 2018
FISCO BCOS di Festival Teknologi Kewangan Singapura 2018

Empat rakan kongsi strategik BCOS, iaitu penyedia perkhidmatan awan Tencent Cloud, firma perunding global EY, penyedia perkhidmatan IT Forms Syntron dan penyedia perkhidmatan internet Anne.Inc, akan berkongsi aplikasi perniagaan terkini mereka dan pembangunan dalam rantaian blok di salah satu acara Teknologi Kewangan yang terbesar di dunia, bertempat di Singapura mulai 12 hingga 13 November.

Tencent Cloud menunjukkan bagaimana untuk membangunkan TBaaS (Tencent Blockchain sebagai satu Perkhidmatan) dengan BCOS, yang mana melaluinya, ia merintis beberapa aplikasi dalam sektor awam di China.

Forms Syntron yang tersenarai di Shenzhen memanfaatkan platform rantaian blok untuk menyediakan beberapa sistem pengeluaran kepada institusi-institusi kewangan. Semasa acara berkenaan, Forms Syntron mendemonstrasikan keteguhan BCOS dengan mempamerkan banyak aplikasinya dalam program kesetiaan bebas perantara, gadai janji, kewangan rantaian bekalan dan jaminan bank.

Anne.Inc berkongsi penyelesaian rantaian bloknya yang mencegah pelanggaran hak cipta di China. Menerusi kemajuan teknikal BCOS, syarikat berkenaan berjaya menawarkan perkhidmatan perdagangan depositori hak ciptanya kepada beberapa syarikat gergasi internet termasuk Google, Baidu, WeChat, Toutiao.com dan Sina Weibo.

EY ialah salah sebuah firma perunding utama dalam penyelidikan rantaian blok. Ia berkongsi pandangan tentang trend-trend teknologi, kepakaran teknikal dan aplikasi perniagaan dalam bidang rantaian blok.

Konsortium yang berpangkalan di Shenzhen ini turut mengumumkan hari ini bahawa, sebagai sebahagian daripada usaha-usaha untuk berkembang secara global, ia membuka keahlian pemerhatiannya kepada syarikat-syarikat asing. Langkah tersebut sebahagian besarnya mendapat sambutan daripada peserta-peserta yang mempunyai minat khusus untuk memanfaatkan teknologi rantaian blok bagi menawarkan penyelesaian perniagaan yang inovatif dalam bidang dan pasaran masing-masing.

Latar Belakang FISCO BCOS Blok Binaan Rantaian Konsortium Terbuka

FISCO BCOS dibangunkan oleh Pasukan Petugas (ahli-ahli pasukan terkemuka termasuk WeBank, Tencent dan Shenzhen Securities Communication, antara lain) Konsortium Shenzhen Rantaian Blok Kewangan (FISCO).

Rantaian Konsortium Terbuka ialah konsep yang pertama kali diperkenalkan oleh WeBank. Ia bukanlah rantaian blok tunggal, sebaliknya merupakan ekosistem aplikasi rantaian blok jenis baharu, satu set aplikasi rantaian blok yang bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan kepada orang awam.

FISCO BCOS ialah platform rantaian blok pertama yang dibangunkan khusus untuk memenuhi kehendak perkhidmatan daripada industri kewangan melalui penaiktarafan secara besar-besaran dalam reka bentuk platform, keselamatan dan sokongan kawal selia.

Untuk maklumat lanjut tentang BCOS dan kes penggunaan sebenar, klik di sini. 

Untuk menjejaki BCOS semasa penampilan sulung mereka di festival Teknologi Kewangan Singapura, ikuti akaun Twitter rasmi mereka @FiscoBcos.

Source: FISCO BCOS
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Trade show news Blockchain Financial Technology