omniture

Seraphim Solar Peroleh Perjanjian Bekalan 80 MW di Vietnam

Seraphim
2018-11-14 08:55 983

CHANGZHOU, China, 14 November 2018 /PRNewswire/ -- Jiangsu Seraphim Solar System Co., Ltd. ("Seraphim") baru-baru ini menandatangani perjanjian pembekalan penting baharu untuk dua projek PV berasingan yang berjumlah 80MW di Vietnam. Ladang-ladang Solar tersebut merupakan satu projek usaha sama antara AMI Renewables dari Vietnam dan AC Energy dari Filipina. Seraphim bersetuju untuk menyediakan modul PV bagi tarikh tempahan yang disasarkan pada lewat April 2019.

Projek pertama iaitu Projek Ladang Solar BMT 30MW akan dibina di Komuniti Ea Phe dan Krong Puk, Daerah Krong Pac, Wilayah Dak Lak; manakala projek kedua, Projek Ladang Solar KH 50MW, akan dibina di Komuniti Cam An Nam, Daerah Cam Lam, Wilayah Khanh Hoa. Kedua-dua projek akan dibina oleh ERS Energy Sdn Bhd, yang merupakan salah satu kontraktor EPC serantau yang terkemuka di Asia Tenggara, beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.

"Kami berbesar hati kerana menjadi satu-satunya pembekal modul untuk projek-projek unggulan ini," kata Polaris Li, Pengurus Besar Seraphim, "Ini merupakan projek pertama Seraphim di Vietnam dan banyak lagi akan menyusul. Kini, Vietnam merupakan pasaran PV terbesar di Asia Tenggara manakala prestasi Seraphim di sini akan menjadi penanda aras bagi membolehkan projek-projek masa depan mengukur kejayaan mereka."

"Kami berasa gembira dapat bekerjasama dengan Seraphim," kata Jonathan Kan, Pengarah Urusan ERS Energy Sdn Bhd. "Kami mengagumi profesionalisme dan kesanggupan mereka untuk berkongsi maklumat tentang pencapaian kritikal terlebih dahulu. Seraphim mempunyai lebih enam gigawatt dipasang di seluruh dunia dan kami percaya jalinan kerjasama ini merupakan formula kepada kejayaan di Vietnam," sambung beliau.

Latar Belakang Seraphim

Ditubuhkan pada tahun 2011, Seraphim telah meraih pencapaian yang mengagumkan dalam tempoh yang singkat. Seraphim memperoleh pengiktirafan Tahap-1 daripada BNEF, status Pengamal Terbaik daripada DNV GL dan kesetiaan daripada pelanggan-pelanggan yang mendesak di seluruh dunia. Dengan jumlah kapasiti sebanyak 3GW, Seraphim menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan global menerusi produk berkualiti tinggi dan perkhidmatan profesional. Setakat ini, lebih enam gigawatt produk Seraphim dipasang di lebih tiga puluh negara.

Latar Belakang ERS Energy

ERS Energy ialah sebuah syarikat tenaga solar memenangi anugerah yang dikenali khususnya untuk EPCC fotovolta (PV) solar dan penyepaduan sistem yang mempunyai keupayaan bermula dengan penggunaan solar berskala besar kepada sistem peruncitan pintar menerusi tenaga kerja profesional mereka dan pengalaman kapasiti solar terpasang yang pantas menghampiri paras 300MW. Ditubuhkan pada tahun 2009, ERS telah membina ladang solar terbesar Malaysia; terus meluaskan dan menyumbang kepada pembangunan tenaga solar boleh diperbaharui dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Source: Seraphim
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Contracts Licensing/marketing agreements