omniture

Crocs Bariskan Wajah Baharu untuk Tahun Ketiga Kempen "Come As You Are"

Zooey Deschanel dan Natalie Dormer Terajui Barisan Duta Jenama Global Crocs bagi tahun 2019
Crocs, Inc.
2018-11-14 10:20 400

NIWOT, Colorado, 14 November 2018 /PRNewswire/ -- Crocs, Inc. (NASDAQ: CROX), peneraju global bagi kasut kasual yang inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, hari ini mengumumkan barisan wajah baharu untuk tahun ketiga kempen pemasaran global "Come As You Are". Sejak tahun 2017, "Come As You Are" telah menginspirasikan berjuta-juta pengguna di seluruh dunia, membawa kepada peningkatan perkaitan, pertimbangan dan keinginan jenama.

Pelakon wanita, penyanyi-penggubah lagu dan pengarah yang memenangi anugerah Zooey Deschanel berserta pelakon wanita British Natalie Dormer, pelakon wanita, penari dan peragawati Cina Gina Jin, pelakon wanita Korea Selatan dan ahli kumpulan wanita gugudan, Kim Se-Jeong serta pelakon wanita dan peragawati Jepun Suzu Hirose akan ditampilkan dalam bahan-bahan pemasaran digital, sosial, cetak dan dalam kedai di pasaran-pasaran global yang utama bermula pada tahun 2019.

"Saya menyukai hakikat bahawa kita semua unik," kata Deschanel, seorang ibu kepada dua orang cahaya mata. "Apabila Crocs meminta saya untuk menjadi sebahagian daripada kempen 'Come As You Are', saya berasa teruja kerana berpeluang untuk menyertai jenama yang menyeronokkan dan berwarna warni, namun demikian, yang lebih penting, ialah mendapat peluang untuk menginspirasikan orang lain bagi menerima identiti mereka yang tersendiri."

Sepanjang kempen "Come As You Are" sepanjang tahun itu, duta-duta jenama baharu akan menggalakkan pengguna untuk mengisytiharkan bahawa mengekspresikan diri sendiri, berasa selesa dan bergaya adalah tidak saling eksklusif. Kempen ini akan menonjolkan Classic Clog ikonik, selain LiteRide™, inovasi terkini jenama dalam teknologi keselesaan dan koleksi sandal Crocs Serena dan Swiftwater™ yang popular.

"Sejak melancarkan 'Come As You Are' pada tahun 2017, Crocs menyaksikan minat jenama yang diperbaharui daripada pengguna seluruh dunia," kata Terence Reilly, Ketua Pegawai Pemasaran Crocs. "Kami berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh kempen ini, namun tidak sabar-sabar untuk melihat sejauh mana barisan pelakon yang berbakat, unik dan dapat mengekspresi diri menakrifkan semula apa yang diertikan untuk berasa selesa menjadi diri sendiri."

Diiktiraf menerusi penampilan beliau dalam beberapa francais TV dan filem global yang terbesar sepanjang zaman, termasuk Game of Thrones HBO dan The Hunger Games, Dormer akan memainkan peranan penting untuk jenama ini di Eropah.

"Saya pernah menyebutnya sebelum ini, namun demikian saya benar-benar percaya bahawa sekiranya anda tidak mencabar diri anda keluar dari keselesaan, anda tidak akan meningkat maju," kata Dormer. "Sama ada peranan yang saya lakonkan atau larian maraton yang saya ikuti, saya mencabar diri saya untuk keluar dari zon selesa saya. Atas sebab itulah pesanan 'Come As You Are' yang dikongsi oleh Crocs begitu penting buat saya."

Di China, pelakon wanita, penari dan peragawati Gina Jin amat dikenali kerana membintangi drama-drama televisyen Peacock King dan Seven Weapons manakala duta jenama Korea Kim Se-Jeong bergiat aktif sebagai penyanyi K-POP yang popular sejak kemunculan sulung yang rasmi sebagai ahli kumpulan gugudan pada tahun 2016. Baru-baru ini, beliau ditampilkan dalam pelbagai OST drama dan turut diiktiraf menerusi peranan beliau dalam Drama School 2017.

"Saya teruja untuk bekerjasama dengan jenama seperti Crocs yang menghargai ekspresi diri dan berbeza daripada biasa. Bagi saya, itulah hakikat sebenar pesanan 'Come As You Are'," kata Jin.

Kim Se-Jeong menambah: "Saya pernah bergelut dengan ketakutan untuk membuat kesilapan. Namun demikian, sekiranya anda tidak membuat kesilapan sekali sekala, anda tidak akan belajar apa-apa. 'Come As You Are' ialah platform yang dapat membantu orang ramai mengatasi ketakutan mereka dan belajar untuk berasa selesa menjadi diri sendiri."

Suzu Hirose, seorang pelakon wanita dan peragawati Jepun, dikenali menerusi peranan lakonan beliau dalam Our Little Sister dan Rage, serta melakonkan watak utama dalam filem-filem Chihayafuru. 

"Tiada apa yang lebih BAIK daripada menjadi diri sendiri," kata Hirose. "Biarpun saya dapat mengekspresikan diri sendiri melalui watak-watak berbeza di layar perak, mengekalkan satu kebaikan unik diri saya dalam kehidupan sebenar adalah intipati kempen 'Come As You Are'."

Crocs akan mengumumkan butiran lebih lanjut tentang evolusi "Come As You Are" pada awal tahun 2019.

Latar Belakang Crocs, Inc.

Crocs, Inc. (Nasdaq: CROX) ialah peneraju dunia bagi kasut kasual inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, menggabungkan antara keselesaan dan gaya dengan nilai yang diketahui dan disukai oleh pengguna. Setiap pasang kasut dalam koleksi Crocs mengandungi bahan Croslite™, iaitu teknologi kasut dibentuk yang proprietari, menyediakan keselesaan luar biasa dengan setiap langkah.

Pada tahun 2018, Crocs memperkukuh misinya agar "setiap orang berasa selesa menjadi diri mereka sendiri" menerusi tahun kedua kempen Come As You Are™ globalnya. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Crocs atau Come As You Are, sila layari www.crocs.com atau ikuti @Crocs melalui Facebook, Instagram dan Twitter.

Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181109/2295379-1LOGO

Source: Crocs, Inc.
Keywords: Advertising Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services