omniture

Memecah Rekod: Realme 2 Pro "Item Paling Laris Terjual" dalam Shopee 11.11 Big Sale! 2,500 unit Habis Terjual dalam 3 Jam!

Realme
2018-11-14 19:23 252
  • Realme 2 Pro merupakan "Item Paling Laris Terjual" antara semua item dalam Shopee 11.11 Big Sale
  • Realme catat rekod jualan baharu yang pernah dicapai untuk jualan pertama bagi jenama telefon pintar di Shopee
  • Pencapaian hebat memecah rekod jadikan Realme 2 Pro sebagai pilihan baharu jenama telefon pintar untuk belia di Malaysia

KUALA LUMPUR, Malaysia, 14 November 2018 /PRNewswire/ -- Selepas kejayaan pelancarannya pada 7 November, Realme, jenama telefon pintar baru muncul yang mengkhusus dalam menyediakan telefon pintar berkualiti tinggi, telah menjual sebanyak 2,500 unit Realme 2 Pro dalam tempoh hanya 3 jam, menjadi "Item Paling Laris Terjual" antara semua item dalam Shopee 11.11 Big Sale! Pencapaian luar biasa ini juga mencatatkan rekod baharu antara semua jualan pertama oleh jenama-jenama telefon pintar di Shopee, yang membuktikan bahawa walaupun baru dilancarkan selama 4 hari, telefon pintar 'lambang untuk orang muda' Realme merupakan pilihan baharu untuk golongan muda Malaysia yang tercari-cari telefon pintar tahap pertengahan yang dilengkapi dengan skrin penuh titisan embun, pemproses ultra responsif dan reka bentuk yang cantik, kesemuanya pada harga yang berpatutan.

2500 units Realme 2 Pro sold in 3 hours
2500 units Realme 2 Pro sold in 3 hours

"Kami berasa amat teruja kerana dapat melihat bagaimana Realme 2 Pro menerima sambutan hangat semasa acara jualan dalam talian pertamanya di Malaysia, dengan jualan hebat sebanyak 2,500 unit hanya dalam masa 3 jam sewaktu Shopee 11.11 Big Sale dan mencatatkan rekod baharu antara semua jualan pertama jenama-jenama telefon pintar dan menjadi "Item Paling Laris Terjual" antara jumlah jualan bagi semua item dalam Shopee 11.11 Big Sale. Permintaan sedemikian terhadap telefon pintar yang pantas, bergaya dan mesra poket dari segi harga benar-benar menunjukkan bahawa Realme mempunyai hala tuju yang betul. Ia juga merupakan pencapaian hebat buat julung kalinya untuk berkolaborasi dengan Shopee. Kami pastinya tidak sabar-sabar untuk meneruskan kejayaan ini melalui Shopee tidak lama lagi," kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama, Realme Malaysia.

"Kami berjaya mengadakan pelancaran yang amat membuahkan hasil bagi Realme 2 Pro melalui Shopee di Malaysia. Telefon tersebut menjadi "Item Paling Laris Terjual" dalam Shopee 11.11 Big Sale dan memecah rekod untuk prestasi jualan kali pertama tertinggi antara jenama-jenama telefon pintar di Shopee. Menerusi pencapaian yang diraih oleh kami hari ini, kami yakin bahawa Realme merupakan jenama yang muda dan baru muncul dalam pasaran telefon pintar. Sebagai platform e-dagang yang terkemuka di Malaysia dan rantau ini, kami berasa gembira dapat menjadi sebahagian daripada peristiwa bersejarah ini. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Realme dan menyatakan bahawa kami benar-benar berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan jenama yang begitu menarik dan kami mengharapkan perkongsian yang lebih bermakna dengan Realme pada masa akan datang," kata Calvin Teng, Pengurus Kategori, Shopee Malaysia.

Realme and Shopee deliver Realme 2 Pro to the lucky customer
Realme and Shopee deliver Realme 2 Pro to the lucky customer

Sehari selepas kejayaan Realme semasa Shopee 11.11 Big Sale, KC Har, Pengurus Produk, Realme Malaysia dan Calvin Teng, Pengurus Kategori, Shopee Malaysia secara peribadi telah menghantar sendiri Realme 2 Pro pertama kepada Cik Qi yang menetap di Kuala Lumpur. Pelanggan bertuah itu terkejut namun gembira menerima unit Realme 2 Pro beliau begitu cepat selepas membelinya melalui Shopee.

"Hebatnya! Saya berasa amat gembira menerima Realme 2 Pro saya dalam jangka waktu yang amat singkat dan saya tidak sabar-sabar untuk mencuba kesemua ciri hebatnya. Saya telah lama mendengar tentang Realme dan benar-benar teruja apabila ia akhirnya dilancarkan di Malaysia. Terima kasih Realme dan Shopee kerana menjadikan permulaan minggu saya begitu menarik!" kata Cik Qi.

Realme 2 Pro dilengkapi dengan sehingga 8GB RAM dan 128GB ROM serta menyokong perluasan kad mikroSD 256GB. Pilihan 4GB RAM + 64GB ROM dan 6GB RAM + 64GB ROM juga disediakan pada harga yang lebih berpatutan.

Realme 2 Pro mempunyai pemproses Qualcomm Snapdragon 660AIE yang menampilkan prestasi tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, Adreno 512 GPU dengan enjin AI terbina dalam demi pengalaman AI yang lancar dan seakan-akan sebenar. Peranti ini beroperasi menggunakan sistem Color OS 5.2 AI berasaskan Android 8.1 yang didatangkan dengan ciri-ciri yang lebih asas, dioptimumkan bagi memudahkan penggunaan harian.

Dengan skrin penuh titisan embun 6.3-inci dengan pandangan yang amat besar dan mengagumkan, Realme 2 Pro mempunyai nisbah skrin-kepada-badan sehingga 90.8%. Penutup belakangnya mempunyai laminasi keratan dengan 15 lapisan atom, dengan ukiran indah yang menonjolkan reka bentuk titisan embun yang mempunyai ciri yang memberikan rasa titisan embun yang telus.

Tawaran Istimewa melalui Shopee semasa Shopee 11.11 Big Sale:

  • 4GB RAM + 64GB ROM – RM 799 (Harga jualan biasa ialah RM 849)
  • 6GB RAM + 64GB ROM – RM 899 (Harga jualan biasa ialah RM 949)
  • 8GB RAM + 128GB ROM – RM 999 (Harga jualan biasa ialah RM 1,099)

Realme akan mengadakan satu lagi acara jualan untuk Realme 2 Pro di Shopee Malaysia pada 15 November, jam 9.00 pagi. Terus nantikan bagi mengetahui butiran lanjut tentang tawaran yang disediakan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Realme 2 Pro di Shopee, sila kunjungi pautan berikut: https://shopee.com.my/realme.os

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181112/2296675-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181112/2296675-1-b

Source: Realme
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Retail New products/services