BASEL, Switzerland, 15 November 2018 /PRNewswire/ --
Hari ini, Ascensia Diabetes Care, sebuah syarikat penjagaan diabetes yang terkemuka di peringkat global, melancarkan kempen mereka sempena Hari Diabetes Sedunia 2018 bagi meraikan peranan penting keluarga untuk mereka yang menghidap diabetes. Mereka menerbitkan 38 karya seni dalam talian yang menceritakan kisah-kisah bagaimana keluarga menyokong, menginspirasi dan memberi impak kepada individu yang menghidap diabetes selain berkaitan pengurusan keadaan mereka. Melalui karya-karya seni ini, Ascensia menyasarkan untuk menonjolkan peranan kritikal yang dimainkan oleh kaum keluarga dalam menemui, mencegah dan mengurus diabetes, meluaskan pesanan bagi tema rasmi sempena Hari Diabetes Sedunia.
Keluarga dan Diabetes dipilih oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) sebagai tema 2018-2019 untuk Hari Diabetes Sedunia. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap impak diabetes pada keluarga dan mempromosikan peranan penting yang dimainkan oleh mereka dalam pengurusan, penjagaan, pencegahan dan kesedaran tentang keadaan ini.
Bagi membantu IDF menonjolkan khususnya peranan penting keluarga dalam pengurusan diabetes, Ascensia meminta orang ramai dari seluruh dunia untuk menghantar potret keluarga mereka dan berkongsi kisah-kisah bagaimana mereka menyokong ahli-ahli keluarga mereka yang menghidap diabetes. Artis-artis profesional kemudiannya menambah lukisan garis kepada versi digital foto-foto ini bagi menceritakan kisah-kisah yang menginspirasikan ini.
Mulai hari ini, karya seni digital ini akan ditampilkan di saluran media sosial Facebook, Twitter dan Instagram Ascensia Diabetes Care sebagai cara untuk melibatkan orang ramai dan mengerah mereka bagi menyokong Hari Diabetes Sedunia 2018. Mencakupi 30 negara, keluarga-keluarga yang ditampilkan dalam kempen ini kesemuanya mempunyai kisah yang unik dan menginspirasikan dari segi bagaimana mereka memberi sokongan, bermula dengan membantu dengan tugasan harian berkaitan diabetes kepada memberi sokongan emosi bagi menggalakkan pemakanan yang sihat dan senaman. Galeri karya seni digital sepenuhnya turut disediakan di http://www.ascensia.com/wdd2018/.
Michael Kloss, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Ascensia Diabetes Care berkata: "Sokongan yang diberikan oleh kaum keluarga adalah amat penting untuk individu yang menghidap diabetes. Kami teruja untuk memberi sokongan kami kepada tema Hari Diabetes Sedunia tahun ini, yang menonjolkan peranan penting sesebuah keluarga dalam menemui, mencegah dan mengurus diabetes. Sebagai sebuah syarikat yang hanya menumpu pada diabetes, kami percaya bahawa penting untuk menekankan sokongan besar yang diberikan oleh kaum keluarga mereka yang menghidap diabetes dan bagaimana mereka meningkat maju bagi menyahut cabaran ini setiap hari."
Beliau menambah: "Begitu jelas daripada kisah-kisah yang telah dapat kami saksikan, betapa pentingnya keluarga buat mereka yang menghidap diabetes pada semua peringkat keadaan mereka. Keluarga membantu individu yang menghidap diabetes ini menjalani kehidupan yang lebih sihat, memberi sokongan bagi menyelesaikan tugasan yang diperlukan untuk mengurus penyakit diabetes mereka saban hari dan memastikan ia memberi impak minimum kepada kehidupan mereka. Ahli-ahli keluarga memberi jaringan sokongan yang penting dan tidak berbelah bahagi bagi meraikan kesan positif dan memberi sokongan emosi apabila keadaan menjadi sukar. Kami berharap agar karya seni kaum keluarga yang menginspirasikan ini akan membantu meningkatkan kesedaran tentang diabetes di seluruh dunia sempena hari kesedaran yang kritikal ini."
Bagi membantu kami meraikan peranan penting keluarga dalam penjagaan diabetes dan menunjukkan sokongan anda sempena Hari Diabetes Sedunia, sila klik suka, kongsi atau berikan reaksi anda kepada kisah-kisah yang menginspirasikan dalam kempen kami dengan mengunjungi saluran media sosial Facebook, Twitter dan Instagram Ascensia Diabetes Care.