Dr. Robert H. Xiao sampaikan ucapan dasar tentang internet dan pertukaran budaya semasa acara tersebut.
WUZHEN, China, 15 November 2018 /PRNewswire/ -- Persidangan Internet Dunia ke-5 telahpun diadakan di Wuzhen, Wilayah Zhejiang, China antara 7 dan 9 November 2018. Acara ini menghimpunkan 1,500 tetamu kehormat dari seluruh dunia yang membincangkan dan bertukar-tukar pandangan mereka tentang beberapa topik, termasuk pemupukan inovasi, keselamatan siber dan pertukaran budaya, dengan tujuan untuk meneruskan pembangunan pendigitan global dan mewujudkan dunia digital yang mampan. Menerusi jemputan daripada pihak penganjur, Ketua Pegawai Eksekutif Perfect World, Dr. Robert H. Xiao, menghadiri acara ini sebagai wakil perusahaan Cina yang inovatif dan menyampaikan ucapan dasar di Forum Pembangunan Rentas Selat & Hong Kong dan Macau, mengadakan pembentangan terperinci bagaimana untuk menggalakkan pertukaran budaya antara wilayah-wilayah dalam era internet.
"Internet mewujudkan keadaan serba baharu untuk pertukaran budaya. Perkembangan teknologi internet membawa peluang-peluang baharu untuk pertukaran budaya antarabangsa," kata Dr. Robert H. Xiao dalam ucapan beliau. "Di satu sisi, internet menjadi medium yang penting untuk pertukaran budaya dan dapat mendayakan komunikasi kebudayaan yang lebih pantas, lebih luas dan lebih cekap dengan melangkaui batasan dari segi masa dan ruang. Kesan pemboleh daripada internet adalah signifikan, membuka laluan untuk komunikasi budaya yang lebih baik melalui produk dan teknologi digital. Di satu sisi yang lain, internet telah mendorong penciptaan format budaya berasaskan internet baharu yang ideal sebagai medium internet, termasuk permainan dalam talian, kesusasteraan, muzik dan video, meluaskan dengan ketara dimensi bagi pertukaran budaya."
Sektor-sektor permainan, filem dan televisyen telah berkembang pesat sepanjang beberapa tahun lalu dan merintis pertukaran budaya antarabangsa dengan memanfaatkan kuasa internet. Perfect World bukan sahaja merupakan syarikat Cina paling ikonik yang menyepadukan segmen filem dan perniagaan permainan, tetapi juga merupakan salah satu firma inovasi Cina dalam industri berorientasi kebudayaan yang menjadi antara yang pertama berkembang ke dalam pasaran-pasaran global. Perfect World khususnya telah meninjau kaedah-kaedah unik untuk terlibat dalam pertukaran budaya dan inovasi tatkala syarikat berkembang melangkaui pasaran asalnya. Menurut Dr. Robert H. Xiao, produk-produk hiburan yang dicipta oleh Perfect World menyepadukan sepenuhnya aspek tradisional dan kontemporari berserta unsur tempatan dan antarabangsa, di samping teknologi dan kandungan. Dengan tumpuan pada strategi dua hala yang bukan sahaja merangkumi penceritaan kisah China di luar negara, tetapi juga membawa kepada China beberapa perkara yang terbaik yang ditawarkan oleh dunia, syarikat telah mencipta produk-produk hiburan premium yang menjadi popular di seluruh dunia dengan menggabungkan sumber-sumber global, yang hasilnya, mempromosi budaya Cina kepada dunia serta memudahkan pertukaran budaya antara peradaban berbeza. Memetik satu contoh, Shadow, sebuah filem seni mempertahankan diri baharu di bawah arahan pengarah Cina yang ternama Zhang Yimou, merupakan kombinasi pelbagai unsur Cina, termasuk lukisan dakwat Cina tradisional, estetika Cina klasik, komposisi muzik rakyat asli dan falsafah Cina tradisional daripada pertentangan binari Yin-Yang. Tambahan pula, Shadow membawakan pengalaman tontonan segar dengan menggabungkan nilai estetika moden. Hasilnya, filem tersebut menerima ulasan tinggi daripada kalangan pengkritik filem antarabangsa sejurus selepas membuat kemunculan sulungnya di Festival Filem Antarabangsa Venice tahun ini. Filem tersebut turut menerima 12 pencalonan di Golden Horse Awards ke-55.