omniture

Huawei Lancar Platform Digital untuk Bandar Pintar di Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar 2018

Huawei
2018-11-15 02:57 736

Platform digital Huawei berasaskan ICT baharu yang utama perkasa Bandar Pintar+

BARCELONA, Sepanyol, 15 November 2018 /PRNewswire/ -- Hari ini, di Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) 2018, Huawei mempamerkan Platform Digital berasaskan ICT baharu yang utama termasuk kecerdasan buatan (AI), internet komunikasi benda (IoT), data raya dan awan, mendayakan kecerdasan seluruh bandar dan pembangunan mampan merentas industri bandar pintar antarabangsa. Huawei dan rakan-rakan kongsi globalnya mendemonstrasikan penyelesaian berasaskan platform ini mencakupi pengurusan perbandaran, keselamatan awam dan perlindungan alam sekitar, selain pengangkutan pintar, kerajaan pintar, pendidikan pintar dan pertanian pintar. Penyelesaian-penyelesaian ini direka untuk memudahkan pentadbiran bandar, meningkatkan perkhidmatan awam dan mendayakan inovasi industri serta amalan terbaik. Semasa SCEWC, Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak Bandar Pintar Global 2018 dengan tema "Platform Digital Memperkasa Bandar Pintar+" bagi memperkenalkan Platform Digitalnya untuk bandar-bandar pintar. Di Sidang Kemuncak ini, persatuan-persatuan industri terkenal seperti TM Forum dan EUROCITIES serta wakil-wakil dari Singapura, Gelsenkirchen, Yanbu dan Jazan berkongsi idea dan pengalaman mereka tentang pembangunan bandar pintar bersama lebih 400 pentadbir bandar dari seluruh dunia.

Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) 2018 diadakan di Barcelona, Sepanyol, reruai Huawei berada di atas.
Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) 2018 diadakan di Barcelona, Sepanyol, reruai Huawei berada di atas.

 Bangunkan Platform Digital Dayakan Bandar Pintar

Teknologi digital menjadi semakin sebati dalam semua aspek kebanyakan bandar hari ini termasuk pentadbiran bandar, kehidupan bandar, keselamatan awam dan pembangunan perindustrian. Hasilnya, perlumbaan pembangunan bandar pintar dipacu oleh ekonomi digital global yang semakin berkembang berlaku di seluruh dunia. Penerimaan bandar pintar telah melalui peringkat pertama pemecahan silo data, peringkat kedua melibatkan peningkatan aplikasi Internet mudah alih dan peringkat ketiga iaitu penggunaan IoT untuk pengumpulan jumlah data bandar yang besar. Kini ia berada di peringkat keempat, yang mana bandar-bandar meningkatkan keupayaan pengurusan melalui perlombongan data didayakan AI, mencapai penyepaduan teknologi digital dan pentadbiran bandar bagi menggalakkan pembangunan bandar yang mampan.

Ma Yue, Naib Presiden Huawei Enterprise Business Group dan Presiden Jabatan Jualan Global daripada Huawei Enterprise Business Group berkata: "Pembangunan bandar pintar ialah projek yang amat rumit. Sebagai penyedia produk dan penyelesaian ICT yang terkemuka di dunia yang memberikan sinergi awan-paip-peranti, Huawei dapat mencapai penyepaduan antara awan, IoT, video dan pengkomputeran pinggir dengan teknologi AI, menghubungkan seluruh sistem saraf bandar – 'otak' (pusat arahan), 'sistem saraf pusat' (rangkaian) dan 'sistem saraf periferi' (sensor). Ini membina 'Platform Digital AI+' yang bersifat terbuka dan mendorong transformasi digital bandar-bandar masa depan. Sama seperti sistem operasi, platform tersebut serasi dengan sensor bandar berbeza, mewujudkan kembar digital bandar dan menyokong pelbagai aplikasi bandar. Platform Digital Huawei adalah amat cekap dan terbuka bagi memudahkan kolaborasi dengan rakan-rakan kongsi ekosistem. Ia turut menawarkan reka bentuk berkualiti tinggi, penyepaduan, operasi, aplikasi perkhidmatan dan keupayaan lain yang diperlukan untuk pembangunan bandar pintar yang berkesan. Pada masa depan, Platform Digital AI+ Huawei akan membentuk asas pintar untuk lebih banyak bandar, menggalakkan pembangunan bandar yang mampan di seluruh dunia. Kami berharap agar dapat menetapkan penanda aras bandar pintar bersama pelanggan dan rakan kongsi."

Pemimpin pemikiran rentas industri bertaraf antarabangsa dan pentadbir bandar juga percaya bahawa pembinaan bandar pintar global menandakan kedatangan era berasaskan platform.

Huawei Lancar Platform Digital untuk Bandar Pintar berasaskan Strategi "Platform + Ekosistem"

Di Sidang Kemuncak tersebut, Huawei melancarkan Platform Digital untuk bandar pintar. AI ialah teras bagi platform yang menyepadukan IoT, data raya, Sistem Maklumat Geografi (GIS), awan video dan sumber komunikasi tertumpu. Platform ini memperlihatkan peralihan daripada sistem maklumat tradisional dan menyediakan asas kukuh untuk pembangunan bandar pintar. Huawei juga turut membangunkan platform perisian tengah bagi menyediakan perkhidmatan kepada rakan-rakan kongsi aplikasi perisian. Ini direka bagi membantu rakan-rakan kongsi aplikasi dengan pantas membangunkan aplikasi lapisan atas bagi mempercepatkan transformasi dan inovasi dalam pengurusan bandar, perkhidmatan bandar dan pembangunan industri.

Platform Digital Huawei untuk bandar pintar memanfaatkan beberapa keupayaan unik. Pertama, Huawei ialah vendor pertama dalam industri yang menyediakan platform digital susunan penuh mencakupi teknologi awan-paip-peranti dan keupayaan Platform sebagai satu Perkhidmatan (PaaS). Kedua, Platform Digital untuk bandar pintar mempunyai komponen dan keupayaan komprehensif pada lapisan PaaS termasuk IoT, data raya, GIS, video awan, komunikasi tertumpu, AI dan keselamatan maklumat. Platform ini juga melibatkan platform pendayaan industri yang menyepadukan keupayaan ini. Kelebihan-kelebihan mampan Huawei ialah hasil daripada cip yang dibangunkan sendiri, algoritma dan reka bentuk seni bina, dengan inovasi teknikal yang dipacu oleh permintaan pelanggan, selain pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berterusan.

Setakat ini, Penyelesaian Bandar Pintar Huawei telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih 160 bandar di lebih 40 negara. Sebagai contoh, di Duisburg, Jerman dan Sardinia, Itali, penyelesaian ini memudahkan pembangunan syarikat-syarikat baharu, meningkatkan persekitaran pelaburan bandar-bandar selain kehidupan penduduk. Di Rustenburg, Afrika Selatan, dan Serbia, teknologi digital terus meningkatkan keupayaan pembangunan bandar. Sementara itu, di kepulauan gunung berapi Atlantik Utara dan Kawasan Baharu Binhai Tianjin, AI mendayakan bandar-bandar untuk memahami lebih lanjut tentang penduduk demi meningkatkan perkhidmatan bandar.

Huawei bekerjasama dengan bandar-bandar seluruh dunia bagi meneroka transformasi digital berasaskan Platform Digitalnya, penyelesaian tertumpu daripada rakan-rakan kongsi ekosistem dan sokongan bersepadu daripada semua pemegang kepentingan. Pada masa depan, Platform Digital Huawei, menerusi teknologi AI terkini, akan menjadi asas bagi bandar-bandar yang lebih pintar dan membawakan kemudahan digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) 2018 diadakan di Barcelona, Sepanyol, mulai 13 hingga 15 November. Reruai Huawei terletak di B200, dewan pameran Gran Via 2 (Dewan 2). Untuk maklumat lanjut tentang kehadiran Huawei di SCEWC, sila layari: http://e.huawei.com/topic/smartcity2018/en/index.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181113/2298393-1

 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services Trade show news