Juara Jualan Hari Bujang China untuk Tahun ke-3 Berturut-turut[1]
Lebih 1 Juta Unit Terjual Semasa Diwali di India
Produk Terlaris di Eropah Barat, Asia Tenggara dan Rusia
SHENZHEN, China, 15 November 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar baharu, inovatif dan penetap trend untuk golongan celik digital, hari ini mengumumkan bahawa jenama ini merupakan pelaksana terbaik Hari Bujang dari segi jumlah jualan dan hasil di bawah kategori Telefon Pintar melalui Tmall.com and JD.com, dua platform e-dagang yang terbesar di China. Kejayaan tersebut memperlihatkan tahun ketiga berturut-turut kehebatan jualan Honor semasa musim perayaan ini.[2]
Hari Bujang membantu melanjutkan pengaruh Honor yang semakin berkembang di Asia Tenggara. Di Indonesia, Honor menjadi produk terlaris bagi Kategori Mudah Alih dan Kategori Barangan Elektronik di shopee.com, yang berjaya menjual lebih 8,000 unit dalam tempoh 80 minit.
Tambahan pula, Honor Magic2 yang dilancarkan baru-baru ini merupakan satu lagi pelaksana jualan yang kukuh. Ia merupakan telefon pintar yang paling laris dijual dari segi jumlah jualan dan hasil bagi lingkungan harga RMB 4,000-5,000 (US$580-720) di Tmall.com dan JD.com.
Sementara itu, di India, lebih satu juta unit produk Honor telah terjual semasa tempoh promosi Diwali, peningkatan 300% berbanding tahun 2017. Produk-produk paling popular termasuk Honor 9N yang menjadi Produk Bintang pada Hari Big Billion Flipkart; dan baru-baru ini melancarkan Honor 8X, yang menjadi Produk Terlaris di Amazon India pada hari jualan pertama.
Sejak dilancarkan pada September ini, bintang Honor yang semakin menyerlah, Honor 8X Series telah terjual sebanyak enam juta unit di seluruh dunia. Ia menjadi Produk Terlaris di negara-negara atau wilayah-wilayah ini: Amazon Jerman[3]; jualan dalam talian telefon pintar Perancis [4]; GITEX, acara teknologi terbesar di Timur Tengah, Amerika Utara dan Asia Selatan.
George Zhao, Presiden Honor, mengulas: "Saya teruja kerana Honor menerima keputusan yang tiada tandingan ini meskipun berada dalam keadaan yang sukar untuk industri telefon pintar global. Penghantaran telefon pintar global bagi suku ketiga tahun 2018 memperlihatkan penurunan sebanyak 6% berbanding tahun sebelumnya, pasaran telefon pintar Cina turut mengalami penurunan dan merosot kepada 11% pada separuh pertama tahun 2018. Strategi dan usaha berterusan kami dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) menjamin bahawa Honor dapat menongkah trend global ini, khususnya dalam aspek-aspek penting melibatkan inovasi teknologi telefon pintar seperti AI, GPU Turbo dan kecemerlangan kami dalam reka bentuk telefon pintar.
Menerusi hari Jumaat Hitam (Black Friday) dan musim Krismas yang bakal tiba tidak lama lagi, Honor akan memperkenalkan lebih banyak tawaran perayaan promosi dalam pasaran globalnya dan berkongsi kejayaannya bersama peminat-peminat Honor di seluruh dunia.
Latar Belakang Honor
Honor ialah e-jenama telefon pintar terkemuka di bawah naungan Huawei Group. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna celik digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Honor secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal
https://www.instagram.com/honorglobal/
[1] Produk terlaris dari segi jumlah dan hasil dalam kategori telefon pintar. |
[2] Produk terlaris dari segi jumlah dan hasil dalam kategori telefon pintar. |
[3] Di bawah "kategori telefon pintar baru dilancarkan". |
[4] Menurut laporan GFK, W41 2018. |
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181114/2298255-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181114/2298255-1-b