omniture

Makeblock Umum Perkongsian Pendidikan dengan Penyelesaian Simpanan Gratnells

Makeblock
2018-11-15 21:08 438

SHENZHEN, China, 15 November 2018 /PRNewswire/ -- Makeblock, penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka, mengumumkan kolaborasi mereka dengan Gratnells, sistem simpanan bilik darjah yang terkenal di dunia, bagi menyediakan penyelesaian pendidikan STEAM yang canggih untuk pasaran pendidikan Cina. Makeblock akan bekerjasama dengan Gratnells untuk menyediakan sistem pengurusan bilik darjah STEAM yang mudah dan termaju, bagi mewujudkan ruang bilik darjah yang menarik yang dapat melibatkan para pelajar, membolehkan akses terurus kepada sumber dan mengilhamkan daya kreativiti.

Merangkumi kit robotik pendidikan STEAM dan sumber-sumber kurikulum, Makeblock menyediakan penyelesaian perkakasan, perisian dan kandungan paling lengkap, pengaturcaraan grafik dan pertandingan robotik tahap tertinggi, menyasarkan pasaran pendidikan dan hiburan STEAM untuk sekolah, institusi pendidikan dan keluarga dengan tujuan untuk mencapai penyepaduan mendalam antara teknologi dan pendidikan.

Makeblock’s STEAM Lab
Makeblock’s STEAM Lab

"Perkongsian kami dengan Gratnells benar-benar saling menguntungkan memandangkan ia disambut dengan semangat yang begitu tinggi daripada pendidik-pendidik di mana-mana juga," kata Jasen Wang, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Makeblock. "Kami sentiasa berusaha untuk berkolaborasi dengan syarikat-syarikat yang sealiran seperti Gratnells, yang mana tumpuan utamanya adalah untuk meningkatkan pendidikan kanak-kanak."

Makeblock ialah sebuah syarikat multinasional dengan lebih 500 kakitangan dan syarikat-syarikat subsidiari di A.S., Belanda, Jepun dan Hong Kong. Ia bekerjasama dengan lebih 1,600 rakan kongsi saluran global dan menjalankan perniagaan di lebih 140 negara dan menjalin penglibatan dengan Microsoft serta rakan-rakan kongsi strategik seperti SoftBank C&S Jepun. Lebih 20,000 sekolah di seluruh dunia mendapat manfaat daripada penyelesaian STEAM Makeblock.

"Kami teruja untuk menjalin kerjasama dengan Makeblock tatkala kami terus berkembang merentas persekitaran pendidikan," kata Spencer Randon, Pengarah Komersial untuk Gratnells. "Dengan mempaketkan Makeblock dalam bekas simpanan Gratnells, penggunaan dan simpanan Makeblock menjadi lebih cekap, membolehkan para guru meluangkan lebih banyak masa terhadap hal yang benar-benar penting, iaitu mengajar dengan tujuan untuk meningkatkan hasil pembelajaran."

Sejak 40 tahun lalu, Gratnells menjalin kerjasama dengan pembuat-pembuat perabot sekolah yang utama di peringkat antarabangsa yang mencipta dan mengkomersialkan model-model perabot menggunakan sistem bekas simpanan. Bekas simpanan Gratnells terbukti amat popular dan kini dapat dilihat hampir di setiap bilik darjah.

Bekas simpanan Gratnells yang diuji BSI dan memenangi anugerah antarabangsa direka untuk penggunaan pendidikan berat. Bekas-bekas ini didatangkan dengan 12 warna dan empat ketinggian berbeza (Bekas simpanan leper 3 inci F1; bekas simpanan kedalaman 6 inci F2, bekas simpanan kedalaman tambahan 9 inci F25 dan bekas simpanan jumbo 12 inci F3), membolehkan para guru untuk memilih bekas simpanan yang sesuai untuk keperluan mereka. Meskipun semua bekas simpanan Gratnells dibina untuk tahan lama, kesemua bekas tersebut boleh dikitar semula sepenuhnya.   

Untuk maklumat lanjut sila log masuk ke www.makeblock.com dan www.gratnells.com.

Latar Belakang Makeblock

Ditubuhkan pada tahun 2013, Makeblock Co., Ltd, ialah penyedia penyelesaian pendidikan STEAM yang terkemuka. Misi mereka adalah untuk membantu orang ramai mengubah idea mereka menjadi kenyataan dan untuk membawa pendidikan ke tahap seterusnya. Menawarkan kit robot boleh diprogram yang mudah digunakan, platform binaan blok elektronik, platform robotik Pembuat, kursus dan aplikasi pengaturcaraan visual, ia menyasarkan untuk menyerlahkan potensi penuh mereka. Dengan membangunkan produk perkakasan dan perisian ini serta acara-acara operasi, Makeblock menurunkan tahap ambang pencapaian penciptaan agar setiap orang dapat merealisasikan idea mereka dan menikmati pengalaman penciptaan.

Latar Belakang Gratnells

Gratnells ialah peneraju dunia bagi penyelesaian simpanan sekolah, mereka bentuk, membangunkan dan mengeluarkan sistem simpanan memenangi anugerah untuk pasaran pendidikan. Mengkhusus dalam simpanan sekolah dan bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi strategik bermula dengan pengeluar perabot yang terkemuka kepada pembekal kit STEAM termaju, bekas simpanan Gratnells menjadi sistem simpanan ikonik pilihan, diguna pakai oleh sekolah-sekolah dan pembekal-pembekal peralatan di lebih 65 negara. Gratnells turut meluaskan lingkungan rangka dan kart sekolah rendah dan sekolah menengah mereka bagi melibatkan taska dan pusat pembelajaran awal, selain menjadi salah satu pembekal utama kepada hospital dan penyedia perkhidmatan kesihatan.

Foto  - https://photos.prnasia.com/prnh/20181114/2299726-1

Source: Makeblock
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Education Contracts