omniture

Microland Pilih Versa Networks Perkasa Perkhidmatan SD-WAN smartBranch Microland

Microland
2018-11-15 21:22 323

SAN JOSE, California, 15 November 2018/PRNewswire/ --

Microland, pemecut digital untuk perusahaan global, hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan Versa Networks, penginovasi bagi platform perisian IP Awan Selamat Versa, bagi menyediakan penyelesaian komprehensif yang memudahkan dan menjamin rangkaian pejabat WAN/cawangan demi mencapai ketangkasan perusahaan yang lebih tinggi.

Perkongsian dengan Versa menonjolkan keupayaan perkhidmatan diurus rangkaian yang kukuh dan terbukti daripada Microland serta kepakaran produk dan teknologi Versa bagi mewujudkan pengalaman pengguna yang terbaik dalam kelasnya. Perikatan ini mengiktiraf kedudukan Microland sebagai saluran pilihan dan rakan kongsi perkhidmatan terurus untuk SD-WAN Selamat dan penyelesaian keselamatan dengan tumpuan jelas terhadap peruncitan, pembuatan, penjagaan kesihatan dan perusahaan dalam persekitaran pejabat.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Versa tatkala kami melancarkan penyelesaian SD-WAN smartBranch canggih kami. Perkongsian ini, di samping melengkapi tawaran rangkaian sedia ada kami, membolehkan kami untuk menyepadukan komponen analitik dan keselamatan yang mendayakan perusahaan untuk beralih kepada infrastruktur berbilang awan yang selamat dan pintar-aplikasi," kata Robert Wysocki, Ketua Pegawai Teknologi, Microland.

Penyelesaian SD-WAN smartBranch Microland yang dikuasakan oleh Versa ialah penyelesaian pengurusan infrastruktur cawangan berasaskan SDN/NFV generasi seterusnya yang dapat menampung kepada rangkaian cawangan yang lengkap dan keperluan keselamatan melalui model sebagai-satu-penyelesaian yang dipermudah menggunakan pengautomatan. Penyelesaian SD-WAN Versa bersepadu lancar dengan kaedah Microland dalam menangani keperluan pelanggan, manakala penyelesaian ini bersama-sama mendayakan CIO untuk beralih kepada era digital dengan berkesan menerusi perungkaian potensi pelaburan sedia ada menggunakan pengautomatan dan analitik, selain menskalakan kuasa IT bagi memacu kecekapan perniagaan yang ketara.

"Versa ialah peramal utama yang menyatukan antara sekuriti dan SD-WAN yang direka untuk mengautomasi dan menggabungkan cawangan perusahaan dan fungsi WAN," kata Atchison Frazer, Ketua Pemasaran Seluruh Dunia, Versa Networks. "Bersama-sama penyelesaian SD-WAN smartBranch Microland, kami akan memudahkan, menskalakan dan menjamin rangkaian perusahaan pelanggan kami bagi mendayakan transformasi digital mereka dan peralihan kepada infrastruktur berbilang awan."

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian SD-WAN smartBranch Microland, layari: https://www.microland.com/digital/services/digital-networks/smartbranch-sd-wan-and-security-services.

Untuk maklumat lanjut tentang Versa Networks dan penyelesaiannya, layari: www.versa-networks.com.

Latar Belakang Microland

Microland mempercepatkan usaha perjalanan Transformasi Digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka dalam menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi kepada pelanggan mereka. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 3,800 ahli profesional merentas pejabat-pejabatnya di Australia, Eropah, India, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland membolehkan perusahaan global menjadi lebih tangkas dan inovatif menerusi penyepaduan antara teknologi baru muncul dan aplikasi kecerdasan pengautomatan, analitik dan prediktif dalam proses perniagaan mereka.

Latar Belakang Versa Networks

Versa Networks ialah penginovasi seni bina IP Awan Selamat, platform perisian generasi seterusnya yang menyediakan perkhidmatan awan, perangkaian dan keselamatan bersepadu. Penyelesaian Versa, berserta kedalaman ciri dan keupayaan yang tiada tandingan, mendayakan perusahaan untuk beralih daripada WAN legasi bagi mencapai ketangkasan perniagaan, pemodenan cabang dan kelebihan TCO. Syarikat telah mengurus lebih 150,000 lesen perisian melalui penyedia perkhidmatan, rakan kongsi dan perusahaan di peringkat global. Versa Networks merupakan syarikat milik persendirian dan dibiayai oleh Sequoia Capital, Mayfield, Artis Ventures dan Verizon Ventures.

Source: Microland
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements