omniture

Universiti Chile Menang Anugerah Kepelbagaian GEDC Airbus 2018

Airbus
2018-11-16 01:07 1424

ALBUQUERQUE, New Mexico, 16 November 2018 /PRNewswire/ --

Pontificia Universidad Católica de Chile's SaviaLab diiktiraf untuk penggunaan teknologi yang inovatif bagi meningkatkan kepelbagaian dalam pendidikan kejuruteraan

Inisiatif kepelbagaian SaviaLab daripada Pontificia Universidad Católica de Chile terpilih sebagai pemenang bagi Anugerah Kepelbagaian GEDC Airbus 2018 untuk penggunaan teknologi yang inovatif bagi meningkatkan kepelbagaian dalam pendidikan kejuruteraan.

generated by system

Inisiatif SaviaLab berusaha untuk merapatkan jurang peluang dengan menawarkan pendidikan bantuan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) kepada golongan orang asli minoriti dan anak-anak muda di kawasan pedalaman di seluruh Chile.

Sejak tahun 2014, inisiatif ini memperkenalkan lebih 3,300 pelajar dari 7 kawasan menuju laluan kerjaya STEM yang berpotensi. Program 'prakejuruteraan' pendidikan ini memperkasa individu-individu lain menerusi teknologi yang kukuh dan alatan inovasi. Kesannya menjangkaui golongan minoriti luar bandar kepada pelajar-pelajar universiti itu sendiri yang mewakili golongan minoriti berkenaan.

Tiga projek peringkat akhir - NASA Swarmathon dari University of New Mexico, AS, SaviaLab dari Pontificia Universidad Católica de Chile dan Pertandingan Robot Dalam Air iSTEAM dari Hong Kong University of Science and Technology - mempersembahkan inisiatif kepelbagaian mereka kepada Juri* yang terdiri daripada pakar-pakar industri dan tetamu-tetamu kehormat di persidangan WEEF-GEDC 2018, iaitu perhimpunan pendidikan kejuruteraan yang terbesar di dunia, bertempat di Albuquerque, New Mexico, AS.

Anugerah global ini diadakan oleh Airbus, Majlis Dekan-dekan Kejuruteraan Global (GEDC) dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Sejak Airbus melancarkan anugerah ini pada tahun 2012, sebanyak 198 penyertaan yang mewakili 140 institusi dari 37 negara telah dihantar. Bagi edisi tahun 2018, 39 penyertaan diterima dari 19 negara. Daripada 18 projek peringkat akhir yang diiktiraf sepanjang enam tahun pertama anugerah, lebih 125,000 pelajar yang sebaliknya mungkin tidak memilih bidang kejuruteraan telah mendapat impak secara langsung.

Peningkatan kepelbagaian antara populasi jurutera global merupakan cabaran yang didokumentasikan dengan baik, yang menjadikan Airbus, GEDC dan UNESCO komited untuk menanganinya. Seperti sebelum ini, projek-projek peringkat akhir tahun ini dipilih menurut potensi projek-projek tersebut untuk ditingkatkan atau direplikasi di tempat lain. Airbus dengan bangganya mengumumkan hari ini tentang pelancaran e-buku yang dikhususkan kepada inisiatif-inisiatif yang paling berjaya daripada Anugerah Kepelbagaian itu, bagi berkongsi pandangan bernilai yang akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk bertindak.

Pautan

Maklumat lanjut disediakan di: https://www.company.airbus.com/diversityaward

Terokai e-buku: http://airbusgedcdiversityaward.com/

Hubungi: Dominic Sproston, dominic@petruscommunications.com, +44 7969447601

Source: Airbus
Keywords: Education Higher Education Awards