omniture

CHTF 2018 Buka Tirai di Shenzhen pada 14 November dengan "Galeri Masa" Tampilkan 20 Tahun Kenangan

CHTF Organizing Committee Office
2018-11-16 11:33 521

SHENZHEN, China, 16 November 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Teknologi Tinggi China 2018 bakal diadakan menerusi tema "Konsep Pembangunan Baharu demi Pertumbuhan Berkualiti TInggi" di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen mulai 14-18 November 2018.

Pameran Teknologi Tinggi China 2018 buka tirai mulai 14-18 November di Shenzhen, China
Pameran Teknologi Tinggi China 2018 buka tirai mulai 14-18 November di Shenzhen, China

Sejak diperkenalkan julung kalinya pada tahun 1999, CHTF, dikenali sebagai "Pameran Teknologi Nombor 1 China" menjadi jendela yang penting untuk sektor teknologi tinggi China dan merupakan platform perdagangan teknologi tinggi yang paling cekap. Sempena ulang tahun ke-20nya, CHTF akan mengundang peminat-peminat teknologi seluruh dunia untuk mengkaji semula sejarah acara tersebut dan pembangunan luar biasa industri teknologi tinggi China sejak 20 tahun lalu melalui "Galeri Masa" yang menggabungkan dokumen bersejarah yang beraneka dan menggunakan pelbagai kaedah pembentangan.

CHTF 2018 akan membawakan pameran teknologi tinggi kebangsaan, pameran komprehensif dan pameran profesional. Pameran teknologi tinggi kebangsaan dianjurkan oleh kementerian-kementerian negara. Pameran komprehensif akan mempamerkan produk-produk yang dibawakan oleh perusahaan, universiti, institusi penyelidikan saintifik, pusat inovasi dan pusat inkubasi. Pameran-pameran profesional akan mencakupi bidang-bidang IT, pemulihan tenaga, perlindungan alam sekitar, tenaga baharu, bangunan hijau, bahan baharu, kesihatan perubatan pintar, sains dan teknologi aeroangkasa, fotoelektrik, bandar pintar, pembuatan termaju, integrasi tentera dan awam, teknologi sensor dan aplikasi IT.

Lebih 1,000 produk dan teknologi baharu akan diperkenalkan julung kalinya termasuk peranti demonstrasi terapi proton yang dicipta oleh Shanghai Institute of Applied Physics dan penyelesaian pandu sendiri pertama dunia dengan radar laser.

En. Su Yanwei, Timbalan Pengarah Jawatankuasa Penganjur CHTF, berkata CHTF 2018 akan menyediakan kawasan pameran seluas lebih 120,000 meter persegi dan menarik 61 delegasi yang mengadakan pameran mencatat rekod serta lebih 3,000 pempamer dari 41 negara atau institusi antarabangsa termasuk 36 negara "Jalur dan Jalan". Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean menunjukkan semangat luar biasa tahun ini dengan Chile, Cuba, dan Peru mengadakan pameran buat julung kalinya. Terdapat juga puluhan delegasi pempamer profesional luar negara termasuk Permuafakatan Industri 4.0 Cina-Jerman, Organisasi Perdagangan Luar Jepun dan delegasi dari Daejeon Korea.

Selain itu, sejumlah besar pegawai kerajaan, pakar-pakar tersohor, para ilmuwan dan eksekutif-eksekutif korporat akan hadir ke pameran tersebut, termasuk pegawai-pegawai kanan dari Argentina, Belgium, Switzerland dan Rusia, eksekutif-eksekutif kanan daripada Microsoft, Amazon, SAP, Accenture dan Philips, serta penerima-penerima Hadiah Nobel, ahli-ahli akademik dan pakar-pakar ekonomi.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181115/2299815-1

Source: CHTF Organizing Committee Office
Keywords: Aerospace/Defense Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Trade show news