omniture

Pelanggan Huawei Diiktiraf untuk Pencapaian Bandar Pintar di Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar 2018

Huawei
2018-11-16 12:54 435

BARCELONA, Sepanyol, 16 November 2018 /PRNewswire/ -- Huawei dan tiga pelanggan Bandar Pintarnya telah memenangi atau dicalonkan bagi anugerah-anugerah terhormat di Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) 2018, bagi mengiktiraf usaha inovasi bersama mereka dan pencapaian cemerlang dalam menambah baik kehidupan penduduk, meningkatkan kecekapan pengurusan dan menggalakkan pembangunan ekonomi. Bandar Gaoqing di China memenangi Anugerah Transformasi Digital untuk Projek Bandar Pintarnya. Rustenburg di Afrika Selatan memenangi Anugerah finalis bagi Projek Tadbir Urus & Kewangan, manakala Qingdao di China memenangi Anugerah finalis untuk Projek Idea Inovasi untuk projek peningkatan padi pertaniannya. Anugerah-anugerah berprestij ini mencerminkan pengiktirafan daripada industri terhadap teknologi utama Huawei, penyelesaian yang inovatif dan hasil pelaksanaan dalam pembangunan bandar pintar.

Menurut Bank Dunia, penduduk bandar hari ini menyumbang sebanyak 55% daripada jumlah penduduk dunia, yang dijangka bertambah kepada dua pertiga menjelang pertengahan abad ini. Bandar-bandar di negara-negara maju dan sedang membangun berdepan dengan cabaran yang sama: bagaimana menggunakan teknologi digital untuk bertindak balas terhadap permintaan penduduk demi persekitaran kehidupan berkualiti lebih baik dengan cara yang lebih cekap dan dinamik selain mewujudkan persekitaran komersial yang lebih cekap. Misi SCEWC adalah untuk "memperkasa bandar-bandar dan menghimpunkan inovasi bandar di seluruh dunia" dan Anugerah Bandar Pintar Dunia bertujuan untuk mengiktiraf inisiatif-inisiatif dan projek-projek yang paling cemerlang.

Yu Dong, Presiden Jabatan Pemasaran Industri dan Penyelesaian Huawei Enterprise Business Group, berkata: "Huawei percaya bahawa pemacu utama bagi pembangunan Bandar Pintar adalah untuk menawarkan lebih banyak faedah dan kecekapan yang lebih tinggi kepada penduduk dan perniagaan. Huawei menganggap sebuah bandar sebagai hidupan organik dan berusaha untuk membina sistem saraf bandar yang akan membolehkan bandar tersebut untuk mengamati, berfikir, belajar sendiri dan berkembang. Kami telah menggabungkan elemen-elemen teras yang diperlukan untuk pembangunan bandar pintar bagi membina Platform Digital kami, yang dapat mengagregatkan pelbagai sumber bandar dan menghubungkan semua kemudahan dan aplikasi bandar bagi menjadikan penggunaan data yang cekap tersedia. Keupayaan kecerdasan buatan (AI) telah ditambah kepada Platform Digital Huawei susulan pengumuman penyelesaian AI susunan penuh untuk semua senario kami dan ini akan mempercepatkan inovasi pembangunan bandar pintar dengan ketara. Kami ingin mengucapkan tahniah kepada Gaoqing dan Qingdao di China serta Rustenburg di Afrika Selatan atas pencapaian mereka dalam pembinaan Bandar Pintar. Pembinaan bandar pintar global menandakan kemunculan era berasaskan platform. Huawei akan terus membangunkan platform digital bagi membantu lebih banyak bandar pintar mencapai pendigitalan sebenar."

Gaoqing China Menang Anugerah Transformasi Digital bagi Ciptaan Model Bandar Pintar Kecil dan Sederhana Boleh Direplikasi

Sebagai bandar pintar peringkat daerah komprehensif yang pertama di China, Gaoqing berperanan sebagai model bandar pintar untuk bandar-bandar bersaiz kecil dan sederhana. Gaoqing memanfaatkan Platform Digital Huawei bagi mencapai pentadbiran bandar yang lebih pintar, pembangunan industri dan pelbagai faedah untuk penduduk. Berdasarkan jaringan maklumat bandar yang komprehensif disokong oleh rangkaian eksklusif-kerajaan eLTE liputan penuh, penyelesaian ini menggabungkan data raya bandar, sistem maklumat geografi (GIS), awan video, sumber arahan dan penghantar serta sumber pengkomputeran awan. Selain itu, lebih 30 aplikasi pintar telahpun dilaksanakan bagi menambah baik aspek-aspek seperti pentadbiran bandar, transformasi perusahaan, pembuatan selamat dan perlindungan alam sekitar. Penyelesaian ini membantu Gaoqing mempercepatkan transformasi digital dan pembangunan mampan selain meningkatkan taraf hidup lebih 400,000 penduduk. Inisiatif Bandar Pintar membolehkan Gaoqing mencapai tadbir urus bandar moden, meningkatkan perkhidmatan kerajaan bagi memberi manfaat kepada penduduknya serta memacu ekonomi digital melalui penggunaan industri pintar. Setakat ini, Gaoqing bekerjasama dengan Huawei dan lebih 20 rakan kongsi lain untuk mewujudkan Perikatan Industri Bandar Pintar Kecil dan Sederhana China, mempromosi aplikasi penyelesaian pentadbiran bandar ke daerah-daerah sekitarnya dan bandar-bandar lain.

Gaoqing China Menang Anugerah Transformasi Digital
Gaoqing China Menang Anugerah Transformasi Digital

Rustenburg di Afrika Selatan dalam senarai finalis untuk Anugerah Tadbir Urus & Kewangan bagi Membangunkan Ekosistem Digital yang Lebih Selamat dan Lebih Pintar

Semasa dekad lalu, populasi penduduk Rustenburg meningkat sebanyak 400%, seraya membawa kepada cabaran yang berkaitan dengan keselamatan sosial dan pembangunan ekonomi. Melalui penggunaan infrastruktur pintar, projek Bandar Pintar Rustenburg menyediakan data waktu nyata dan penunjuk-penunjuk penting yang lain, menggunakan teknologi sebagai analitik data raya dan IoT bagi membuat keputusan yang tepat dan didorong data demi pembangunan bandar yang mampan. Aplikasi-aplikasi utama seperti platform pembayaran bersepadu, lampu jalan pintar, tempat letak kenderaan pintar dan sistem pengangkutan pintar telahpun dilaksanakan bagi meningkatkan pengurusan utiliti awam dan penggunakan kemudahan perbandaran. Hasilnya, penggunaan kuasa perbandaran menurun sebanyak 50% manakala penggunaan pengangkutan awam meningkat. Ketersambungan dan produktiviti bandar yang bertambah baik telah meningkatkan taraf hidup sebanyak lebih 600,000 penduduk. Dari segi keselamatan awam, pihak polis kini menggunakan sistem komunikasi, pengawasan dan analisis data video termaju menerusi sistem pengenalpastian bagi mengurangkan masa tindak balas, yang telah menurunkan kadar jenayah sebanyak lebih 50% dan menjadikan bandar tersebut lebih selamat. Dalam transformasi digital di Rustenburg, Internet percuma telah diaturkan di kawasan-kawasan yang dilanda kemiskinan dan lebih 1,500 peluang pekerjaan dicipta. Selain itu, projek Bandar Pintar di Rustenburg telah membawa kepada penciptaan pelbagai aplikasi bandar dan aplikasi keusahawanan, selain pembentukan platform keusahawanan komprehensif yang menghubungkan penduduk, kerajaan serta perusahaan bersaiz kecil dan sederhana. Bandar tersebut kekal komited untuk membangunkan ekonomi digital dan ekosistem yang inovatif.

Qingdao di China dalam senarai finalis untuk Anugerah Idea Inovasi bagi Projek Peningkatan Padi Pertanian yang Menggiatkan Semula Tanah yang Tidak Diusahakan

Ahli akademik Yuan Longping memimpin Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Padi Toleran Salin-Alkali Qingdao bagi menghasilkan sejenis padi salin-alkali. Jenis padi ini dapat menghasilkan maksimum 620 kg per mu (kawasan yang secara kasarnya bersamaan dengan 666.66m2) di China dan 500 kg per mu di kawasan padang pasir di Dubai. Pencapaian ini dikaitkan dengan dua aspek iaitu hasil ciptaan saintifik dan sistem IoT Elemen Huawei. Dalam sistem IoT, sensor permukaan dan bawah tanah mengumpul pelbagai jenis data, seperti cahaya, kelembapan, data kemasinan dan kealkalian, yang dihantar ke Pusat Data Raya Awan Huawei melalui rangkaian eLTE. Sistem-sistem dan pakar-pakar AI kemudiannya menganalisis data ini dan memberi penyemburan racun perosak bersasaran, baja dan penyelesaian kawalan serangga bagi meningkatkan prestasi dan hasil padi salin-alkali. Ini membawa kepada pengurangan penggunaan air sebanyak 30%, 40% pengurangan penggunaan baja dan 20% peningkatan faedah ekonomi. Transformasi 100 juta mu sawah padi salin-alkali dapat menghasilkan 30 bilion kg beras dan memberi makan kepada 80 juta orang. Inovasi saintifik dan berteknologi ini bakal memberi manfaat kepada orang ramai di seluruh dunia. Selain itu, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Padi Toleran Salin-Alkali Qingdao yang dipimpin oleh Huawei dan Yuan telah menubuhkan Pusat Inovasi Bersama IoT Pertanian Global bagi membangunkan "Platform Tanah Subur Pertanian" untuk industri pertanian global, yang bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan pertanian pintar 4.0 disokong oleh IoT, data raya, ketersambungan mudah alih dan teknologi pengkomputeran awan.

Penyelesaian Bandar Pintar Huawei telah menawarkan perkhidmatan kepada lebih 160 bandar di lebih 40 negara. Kongres Dunia Ekspo Bandar Pintar (SCEWC) 2018 diadakan di Barcelona, Sepanyol mulai 13 hingga 15 November. Reruai Huawei terletak di B200 di dewan pameran Gran Via 2 (Dewan 2). Untuk maklumat lanjut tentang Penyelesaian Bandar Pintar Huawei dan amalan-amalan terbaik, sila layari: http://e.huawei.com/topic/smartcity2018/en/index.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181115/2301104-1

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards Trade show news