omniture

Huawei Cloud Diperkenal di Afrika Selatan, Dayakan untuk Bangunkan Afrika Pintar Terhubung Sepenuhnya

Huawei
2018-11-16 15:15 317

CAPE TOWN, Afrika Selatan, 16 November 2018 /PRNewswire/ -- HUAWEI CLOUD, perkhidmatan pengkomputeran awan Huawei, mengumumkan bahawa ia telah memperkenalkan wilayah baharu di Afrika Selatan sempena AfricaCom 2018 pada 14 November, menjadikan syarikat ini sebagai penyedia perkhidmatan awan pertama dunia yang mengendalikan pusat data tempatan bagi menyediakan perkhidmatan awan di Afrika.

Huawei Cloud rantau Afrika Selatan akan mula menyediakan perkhidmatan awan lewat tahun ini, membolehkan organisasi-organisasi beroperasi di dalam Afrika Selatan dan negara-negara jiran bagi mengakses perkhidmatan awan dengan kependaman rendah, andal dan selamat, seperti Pelayan Awan Elastik (ECS), Perkhidmatan Volum Elastik (EVA) dan Perkhidmatan Storan Objek (OBS). Huawei Cloud turut mengindikasikan rancangan bagi memperkenalkan lebih banyak wilayah di Afrika.

Ketua Pengarah, Jabatan Telekomunikasi dan Perkhidmatan Pos Negara, Afrika Selatan, En. Robert Nkuna berkata: "Huawei menjadi rakan kongsi teknologi yang hebat buat negara kami dan mereka kerap membawakan teknologi canggih ke negara kami. Pelancaran Huawei Cloud dibuat pada tempoh yang menarik di negara kami. Sebagai satu contoh, kami sedang melabur dalam pembinaan kemahiran bersama pelbagai rakan kongsi. Kami akan melibatkan Huawei bagi memindahkan kemahiran teknologi awan kepada Afrika Selatan dan benua ini. Kami yakin bahawa kami dapat mempercepatkan kemajuan pembangunan kami sekiranya kami menjalin perkongsian dengan pemegang-pemegang kepentingan yang lain."

Li Peng, Presiden Huawei Rantau Afrika Selatan, berkata:" Huawei telah beroperasi di Afrika selama 20 tahun, menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi selain memperkayakan kehidupan penduduk Afrika menerusi penyelesaian dan perkhidmatan ICTnya. Kami mempunyai pemahaman mendalam tentang pasaran Afrika dan berupaya untuk memenuhi keperluan pelanggan semasa dan berpotensi kami. Afrika Selatan merupakan salah satu pasaran baru muncul yang paling pelbagai dan cerah yang mempunyai potensi yang besar. Dengan perkhidmatan awan, kami menyasarkan untuk menyerlahkan kapasiti pendam dengan memperkenalkan pengkomputeran awan, salah satu enjin utama yang memacu pertumbuhan dalam era ini."

Edward Deng, Naib Presiden Unit Perniagaan Awan Huawei, mengulas, "Menerusi lebih 30 tahun pengumpulan teknikal dalam infrastruktur dan produk ICT, Huawei dapat menyediakan perkhidmatan awan yang andal, selamat dan mampan kepada pelanggan seluruh dunia. Menuju masa depan, teknologi dan perkhidmatan inovatif Huawei Cloud, seperti pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan, akan membantu kerajaan Afrika, syarikat telekomunikasi dan perusahaan dalam pelbagai industri seperti kewangan, tenaga, pertanian, untuk melonjak ke era pintar yang terhubung sepenuhnya."

Dalam acara ini, Huawei Cloud melancarkan Program Perkongsian Afrika bersama rakan-rakan kongsi saluran tempatan seperti Altron, ATOS, BCX, Datacentrix, EOH, Gijima, StorTech, TCM, Tech Mahindra, T-systems dan XON.

Di samping itu, Huawei turut melancarkan InTouch Aggregator, platform PaaS dikuasakan melalui HUAWEI CLOUD, yang membantu menghubungkan syarikat telekomunikasi, menyerlahkan keupayaan telekomunikasi, mendayakan OTT dan membangunkan ekosistem awan.

Menerusi lebih 30 tahun pengumpulan teknikal dalam infrastruktur dan produk ICT, Huawei menyediakan perkhidmatan awan yang andal, selamat dan mampan kepada pelanggan seluruh dunia. Capaian global Huawei Cloud dan rakan-rakan kongsinya mencakupi Asia Tenggara, Eropah, Amerika Latin, Rusia, Afrika dan China, dengan 22 wilayah dan 37 zon ketersediaan. Semakin banyak organisasi seperti Groupe PSA, Santander Bank, European Organization for Nuclear Research (CERN), Falabella, dan Andreani, memilih Huawei Cloud dan rakan-rakan kongsinya, hasil daripada teknologi canggihnya dan sokongan teknikal tempatan yang profesional.

Latar Belakang Huawei

Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Dengan penyelesaian bersepadu merentas empat domain utama, iaitu rangkaian telekomunikasi, IT, peranti pintar dan perkhidmatan awan, kami komited untuk membawa kemudahan digital kepada setiap individu, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Huawei Cloud secara dalam talian di https://intl.huaweicloud.com/?locale=en-us 
atau ikuti kami melalui: 
https://www.linkedin.com/showcase/huawei-cloud/  
https://twitter.com/Huawei_Cloud  
https://www.facebook.com/Huawei-Cloud-1995859487299836/

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Trade show news