omniture

GAC Motor Buka Bilik Pameran Serantau Baharu, Lancar Model Baharu dan Tembusi Pasaran Baharu

GAC Motor
2018-11-16 19:56 299

GUANGZHOU, China, 16 November 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang terkemuka di China, telah bergiat aktif dalam pasaran Timur Tengah dan Asia Tenggara sepanjang dua minggu lalu, membuka pusat jualan dan perkhidmatan di Emiriah Arab Bersatu pada 31 Oktober, melancarkan GS7 GAC Motor di Kuwait pada 2 November dan memperkenalkan julung kalinya jenama GAC Motor di Arab Saudi pada 4 November serta di Filipina pada 8 November.

Pusat jualan dan perkhidmatan UAE GAC Motor dirasmikan di Dubai pada 31 Oktober. Tetamu-tetamu kehormat hadir dalam majlis perasmian dan turut memperkenalkan model GS7 dan GA8, dua model paling menarik yang ditawarkan di UAE. GAC Motor telah menandatangani perjanjian kerjasama strategik dengan Gargash Group, sebuah syarikat terkenal di UAE, untuk bersama-sama meneroka pasaran UAE.

Majlis Perasmian di Dubai
Majlis Perasmian di Dubai

Pada 2 November, GAC Motor melancarkan model GS7 dalam pasaran Kuwait. Salah satu produk cemerlang GAC Motor, GS7 dapat memenuhi kehendak pengguna Kuwait terhadap kehidupan bergerak menerusi kualiti cemerlangnya dan melangkaui jangkaan dari segi nilai.

GAC Motor telahpun berada di Kuwait selama lima tahun dan dengan bantuan daripada rakan-rakan kongsi Kuwait, ia telah bertapak dan berkembang menerusi kualiti cemerlangnya, saluran jualan yang berkesan dan jaringan perkhidmatan selepas jualan, acara pemasaran gilang gemilang serta promosi jenama yang cekap, menjadi jenama Cina yang terkemuka dari segi bahagian pasaran.

En. Cheng Yongru, Kaunselor Ekonomi & Komersial bagi Kedutaan China di Negeri Kuwait, berkata dalam ucapan beliau dalam sidang akhbar bahawa beliau amat gembira kerana dapat melihat semakin banyak produk Cina mencapai hasil yang baik di Kuwait. Sebagai perusahaan automobil yang amat cemerlang di China, GAC Motor juga layak menerima pengiktirafan atas penekanannya terhadap pembinaan jenama, kualiti produk dan perkhidmatan selepas jualan.

Sidang Akhbar di Kuwait
Sidang Akhbar di Kuwait

Pada 4 November, GAC Motor melancarkan jenamanya di Arab Saudi dan menubuhkan kedai perkhidmatan jualan dan pengalaman di negara ini, membawa pelbagai model cemerlang kepada pasaran Arab Saudi. Satu perjanjian dengan pengedar Saudi yang hebat, Aljomaih Automotive Company (AAC) untuk membina empat jaringan jualan dan titik perkhidmatan di Riyadh, Jeddah dan Dammam akan terus meluaskan operasi tempatannya, memperkayakan kenderaan ini dalam pasaran tempatan untuk pelanggan dan menyediakan perkhidmatan yang bertimbang rasa.

Dalam ucapan beliau, Shaikh Ibrahim Aljomaih, Naib Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif AAC, menyatakan bahawa penembusan GAC Motor ke dalam pasaran Saudi dan tahap kualiti serta spesifikasi yang ditawarkan oleh kereta-kereta GAC Motor akan memainkan peranan besar dalam mengubah perspektif orang ramai terhadap kereta Cina. GAC Motor menduduki tempat pertama antara semua jenama Cina dalam Initial Quality Study (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik selama enam tahun berturut-turut, menjadikannya sebagai pesaing mantap antara banyak jenama antarabangsa yang terkenal dalam pasaran Saudi.

En. Yu Jun, Presiden GAC Motor, mengulas, "Sebagaimana nenek moyang kami yang membawa sutera dan porselin terbaik ribuan tahun lalu, GAC Motor telah memperkenalkan produk-produk berkualiti tinggi kepada Arab Saudi: GS8, GA8, GS4 dan GA3S. Model-model ini telah menjalani ujian kualiti yang ketat melibatkan ruang, kuasa, keandalan, penyaman udara dan sambungan rangkaian pintar, yang akan memberikan pelanggan di rantau tersebut dengan kualiti dan perkhidmatan terbaik."

Yu Jun, Presiden GAC Motor menyampaikan ucapan di majlis perasmian Bilik Pameran GAC Motor di Arab Saudi
Yu Jun, Presiden GAC Motor menyampaikan ucapan di majlis perasmian Bilik Pameran GAC Motor di Arab Saudi

Pada 7 November, GAC Motor mengadakan acara penyenaraian jenama di Filipina. Dalam majlis pelancaran, jenama ini memperkenalkan rangkaian kenderaan mewah yang luas: sedan GA4, SUV subkompak GS4 SUV, sedan eksekutif GA8, van mini tujuh tempat duduk premium GM8 dan SUV besar GS8 yang utama.

Selepas bertahun-tahun membina kemahiran, GAC Motor berjaya mencapai kejayaan cemerlang di Timur Tengah. Pada masa kini, GAC Motor berjaya mengeksploitasi pasaran di lapan negara, membina sejumlah 21 pusat khidmat jualan di rantau tersebut dan berjaya mencipta imej jenama bernilai sederhana hingga mewah dalam pasaran. Tahun ini, GAC Motor turut menembusi Filipina bagi meneroka Asia Tenggara. GAC Motor telah menerima maklum balas positif, mendapat penilaian sebagai "Jenama Kereta Cina Terbaik" dalam banyak pasaran luar negara. 

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor  
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Hubungan Media:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829 
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181115/2301229-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181115/2301229-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181115/2301229-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation Corporate Expansion New products/services