DUBAI, UAE, 19 November 2018/PRNewswire/ --
Yayasan Pengetahuan Mohammed Bin Rashid Al Maktoum (MBRF) mengumumkan bahawa pendaftaran untuk Sidang Kemuncak Pengetahuan kali kelima kini dibuka dan boleh diakses melalui laman sesawang acara: https://knowledgesummit.org/
Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/8449651-online-registration-knowledge-summit-2018/
Di bawah naungan Y.A.M. Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, Pemerintah Dubai dan direktif Pengerusi MBRF Y.A.M. Sheikh Ahmed bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Sidang Kemuncak tahun ini diadakan di Dubai pada 5-6 Disember dan membawa tema "Belia dan Masa Depan Ekonomi Pengetahuan".
Ketua Pegawai Eksekutif MBRF T.Y.T. Jamal bin Huwaireb berkata: "Kini memasuki edisi kelima, Sidang Kemuncak Pengetahuan telahpun mengukuhkan kedudukannya sebagai acara paling penting dalam kalendar pengetahuan global, membawa pakar-pakar dan para pembuat keputusan dalam sektor tersebut dari seluruh dunia bagi membincangkan tentang pembangunan, idea baharu dan rancangan untuk mewujudkan ekonomi pengetahuan yang mantap. Dengan memajukan idea-idea hebat daripada edisi-edisi terdahulu, Sidang Kemuncak tahun 2018 berjanji untuk menjadi peristiwa penting dalam misi Yayasan untuk menghasilkan, menyetempatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan."
Sidang Kemuncak 2018 mencakupi pelbagai topik, termasuk, antara topik-topik lain, melabur dalam pengetahuan; modal pengetahuan; peranan ekonomi pengetahuan dalam mendayakan bandar-bandar pintar masa depan; bagaimana untuk mengubah masyarakat Arab daripada pengguna pengetahuan kepada pengeluar; dan peranan undang-undang dan perundangan dalam mendayakan ekonomi pengetahuan.
Sidang Kemuncak turut menangani data dan sumbangannya terhadap ekonomi pengetahuan, selain peranan pendidikan dan ekonomi Islam terhadap sektor ini dan penyetempatan pengetahuan dan kesan-kesannya terhadap penerokaan angkasa.
Keputusan daripada Indeks Pengetahuan Global 2018 akan turut didedahkan semasa Sidang Kemuncak; Indeks berkenaan diwujudkan dengan kerjasama UNDP sebagai alat pengukur bagi mengesan pengetahuan di seluruh dunia. Sementara itu, pemenang-pemenang bagi edisi kelima Anugerah Pengetahuan Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, yang mengiktiraf perintis-perintis pengetahuan di seluruh dunia, selain pemenang-pemenang pusingan pertama bagi cabaran "Buta Huruf dalam Dunia Arab" akan turut diberi penghormatan dalam acara ini.
Sidang Kemuncak Pengetahuan 2018 menghimpunkan lebih 100 penceramah termasuk pakar, pembuat keputusan dan pemegang berkepentingan dari serata dunia dalam lebih 45 panel perbincangan. Pilihan tema untuk Sidang Kemuncak Pengetahuan 2018 menegaskan komitmen MBRF untuk menyegerakkan Sidang Kemuncak dengan strategi-strategi Kerajaan UAE, yang sentiasa berusaha untuk memperkasa dan melibatkan golongan belia dalam rancangan pembangunan Negara.
Sumber: Mohammed bin Rashid Al Maktoum Knowledge Foundation (MBRF)