omniture

Microland bakal Sediakan Penyelesaian Awan Persendirian Terurus pada FlexPod

Microland
2018-11-19 11:36 364

SAN JOSE, California, 19 November 2018 /PRNewswire/ -- Microland, pemecut digital untuk perusahaan global, hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu perjanjian global untuk menyediakan penyelesaian Awan Persendirian Terurus pada platform FlexPod. FlexPod ialah platform infrastruktur tertumpu yang dibangunkan oleh Cisco dan NetApp yang mengehoskan perisian infrastruktur dan aplikasi perniagaan dalam persekitaran maya dan persekitaran logam-terdedah, bagi meningkatkan ketangkasan dan keanjalan perusahaan.

Penyelesaian Awan Persendirian Terurus FlexPod baharu dibangunkan pada FlexPod membolehkan pelanggan merealisasikan model Sebagai-satu-Perkhidmatan seakan-akan awan untuk IT dalam premis mereka. Infrastruktur FlexPod tersebut akan ditempatkan dalam premis tetapi diurus secara jarak jauh, menjamin data pelanggan yang kritikal dan memajukan keupayaan awan untuk rakan kongsi dan pelanggan mereka. Penyelesaian inovatif daripada Microland termasuk Aplikasi kepada Kontena (a2cs), Kontena sebagai satu Perkhidmatan dan sebagainya disediakan melalui katalog-katalog pada persekitaran FlexPod, seraya mempercepatkan masa untuk digunakan selepas perolehan FlexPod. Memanfaatkan teknologi generasi semasa seperti Terraform, Microland turut menyediakan pilihan untuk peruntukan logam terdedah yang merupakan salah satu tugasan penting merentas pelbagai pelanggan demi pengkomputeran yang berprestasi tinggi.

"Penyelesaian Awan Persendirian Terurus baharu yang ditingkatkan dan dikonfigurasi dengan perkhidmatan terurus Microland membolehkan kami untuk mempercepatkan lagi transformasi digital, memacu keberuntungan, meningkatkan kecekapan dan memajukan kecekapan proses dan sistem untuk pelanggan di seluruh Asia, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Amerika Utara," kata Pradeep Kar, Pengasas, Pengerusi dan Pengarah Urusan, Microland Limited. "Kami teruja dengan hubungan kami yang terjalin dengan Cisco dan NetApp bagi membolehkan penerimaan dan penggunaan penyelesaian inovatif berdasarkan platform FlexPod dengan lebih pantas."

"Kami berbangga dengan inovasi berterusan kami tatkala kami terus memperluas keupayaan berkuasa FlexPod dengan sokongan untuk aplikasi khusus-industri dan model penggunaan baharu," kata Siva Sivakumar, Pengarah Kanan, Penyelesaian Pusat Data, Cisco Systems. "Kami teruja kerana Microland akan menyediakan penyelesaian Awan Persendirian Terurus pada FlexPod. Tawaran baharu ini akan membantu organisasi-organisasi mempercepatkan penggunaan aplikasi yang penting untuk perniagaan mereka dan menyediakan infrastruktur awan persendirian yang selamat, tangkas dan anjal yang mempunyai ciri kelajuan dan kesederhanaan awan awam."

"Terdapat banyak halangan teknikal dan pengaturan yang dapat menghalang penggunaan awan persendirian," kata Ranjeet Sudan, Naib Presiden Infrastruktur Tertumpu di NetApp. "Melalui kerjasama dengan Microland kami menjadikannya lebih mudah untuk organisasi-organisasi memacu prestasi yang unggul untuk aplikasi yang penting kepada perniagaan mereka dengan penyelesaian awan persendirian terurus yang dibangunkan melalui penyelesaian infrastruktur tertumpu yang dipercayai dan berprestasi tinggi."

Latar Belakang Microland: 

Microland mempercepatkan usaha perjalanan transformasi digital untuk perusahaan global dengan mendayakan mereka dalam menyediakan hasil perniagaan bernilai tinggi kepada pelanggan mereka. Beribu pejabat di Bangalore, India, Microland mempunyai lebih 4,000 ahli profesional merentas pejabat-pejabatnya di Australia, Eropah, India, Timur Tengah dan Amerika Utara. Microland membolehkan perusahaan global menjadi lebih tangkas dan inovatif menerusi penyepaduan antara teknologi baru muncul dan aplikasi kecerdasan pengautomatan, analitik dan prediktif dalam proses perniagaan mereka.

Untuk maklumat lanjut: https://www.microland.com

Source: Microland
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements