omniture

Sanya ganding bahu dengan ejen-ejen pelancongan Jerman lancar tawaran pelancongan baharu dalam pasaran Jerman

CMPort
2018-11-20 06:57 1107

FRANKFURT, Jerman, 20 November 2018 /PRNewswire/ -- Mulai 8 hingga 12 November, Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya dan TUI Group, pemborong pelancongan luar negara yang terbesar di Jerman, bersama-sama menganjurkan acara-acara promosi di Frankfurt dan Munich, Jerman yang mana mereka menyerahkan produk-produk pelancongan Sanya kepada ejen-ejen pelancongan Jerman. Wakil-wakil dari pejabat-pejabat pelancong Frankfurt dan Munich, delegasi dari Sanya, Hainan, China dan lebih 100 eksekutif industri pelancongan Jerman menghadiri kedua-dua acara tersebut, yang mana wartawan Jerman Hilke Maunder berkongsi kisah-kisah tentang dua persinggahan beliau di Sanya, satu persinggahan pada tahun 1988 manakala satu lagi, tiga puluh tahun kemudian iaitu pada tahun 2018. Koleksi kisah tersebut, berjudul "Amazing Changes in 30 Years" ("Perubahan Hebat dalam 30 Tahun"), menginspirasikan ejen-ejen pelancongan Jerman di acara-acara berkenaan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pasaran pelancongan Sanya.

Wartawan Jerman Hilke Maunder berkongsi kisah tentang pengalaman pengembaraan beliau pada tahun 1988 dan 2018
Wartawan Jerman Hilke Maunder berkongsi kisah tentang pengalaman pengembaraan beliau pada tahun 1988 dan 2018

Di acara-acara tersebut, Sanya mempertontonkan pemandangan pantai tropikanya dan daya tarikan budaya kumpulan-kumpulan etnik Li dan Miao yang menetap di kawasan tersebut, menceritakan tentang kisah Sanya melalui video, galeri foto dan pembentangan PowerPoint.

Ketua Pegawai Eksekutif TUI China Dr. Guido Brettschneider mengadakan pembentangan tentang tawaran pelancongan Sanya khususnya untuk pasaran Jerman dan berkongsi maklumat tentang kawasan tersebut secara umum selain lawatan-lawatan yang disediakan.

Cik Maunder menyebutkan tentang perubahan yang beliau perhatikan antara kedua-dua persinggahan tersebut, menunjukkan beberapa koleksi gambar yang diambil oleh beliau semasa menjelajah ke Sanya pada tahun 1988 dan 2018, antaranya, "Perbandingan Kawasan Big Four Bay, Dahulu dan Sekarang", "Bot Memancing Kecil Di Bawah Jambatan Sanya Digantikan oleh Kapal Layar Mewah" dan "Atlantis Sanya Ialah Salah Satu Daripada Hanya Dua Hotel Atlantis di Dunia".

Zhu Weige, Konsul dan Ketua Bahagian Ekonomi dan Komersial bagi Konsulat Jeneral Republik Rakyat China di Frankfurt am Main, berkata dalam ucapan beliau bahawa China dan Jerman mempunyai pertukaran persahabatan yang lama dan jalinan kerjasama dalam industri pelancongan telah meningkatkan persefahaman dan kepercayaan bersama antara kedua-dua individu. Pasaran-pasaran pelancongan Frankfurt dan Sanya mempunyai potensi tidak terbatas dan prospek yang cerah. Beliau mengharapkan kerjasama yang lebih luas dan lebih mendalam dalam aspek pelancongan antara kedua-dua bandar.

Suruhanjaya Pembangunan Pelancongan Sanya melancarkan aktiviti promosi bersama dengan TUI Group dalam usaha untuk mengukuhkan komunikasi dan kerjasama antara Sanya dan ejen-ejen pelancongan tempatan, mencipta pakej-pakej pelancongan yang sesuai untuk pelancong-pelancong Jerman dan menjadikan tawaran tersebut tersedia kepada agensi-agensi pelancongan Jerman. Ejen-ejen pelancongan Jerman berkata bahawa Sanya, menerusi pantai tropikanya dan tarikan eksotik, pastinya menarik perhatian pelancong-pelancong Jerman.

Sanya telah mempercepatkan peluasannya ke dalam pasaran Eropah. Pada Julai tahun ini, penerbangan terus Sanya-London dilancarkan dan Thomas Cook Sanya Branch, satu agensi pelancongan usaha sama yang dilancarkan oleh Thomas Cook dan konglomerat Cina Fosun International, ditubuhkan secara rasminya di Sanya pada 15 Oktober 2018. Hainan, wilayah letaknya Sanya, sedang meninjau cara terbaik untuk membangunkan zon perdagangan bebas rintis yang mempunyai ciri-ciri Cina selain pelabuhan perdagangan bebas tatkala Sanya berusaha untuk mengubah wilayahnya menjadi destinasi pelancongan antarabangsa. Bandar ini akan terus mempercepatkan peluasan ke dalam pasaran-pasaran Eropah dengan memperkenalkannya kepada agensi-agensi pelancong dan kempen-kempen promosi yang lain.

Lokasi acara promosi
Lokasi acara promosi

 

Acara promosi
Acara promosi

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181113/2297947-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181113/2297947-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181113/2297947-1-c

Source: CMPort
Keywords: Banking/Financial Service Education Transportation Workforce Management/Human Resources