Innodisk lancar siri DRAM suhu luas DDR4 2666MT/s penuhi keperluan terhadap prestasi dalam peranti pengkomputeran pinggir paling luar
TAIPEI, Taiwan, 20 November 2018 /PRNewswire/ -- Innodisk melancarkan siri DRAM Suhu Luas DDR4 2666 tahan lasak terkini yang menumpu pada keadaan-keadaan sukar untuk aplikasi pinggir. Samson Chang, Naib Presiden Global DRAM Innodisk, berkata: "DDR4 2666 akhirnya akan menjadi spesifikasi standard dalam pasaran. Menerusi langkah ini, kami telahpun menjamin kedudukan yang baik bagi membekalkan permintaan IoT dan pengkomputeran pinggir semasa dan masa depan untuk modul-modul DRAM gred perusahaan yang berprestasi tinggi."
Siri Suhu Luas 2666 didatangkan secara tak bertimbal (dengan dan tanpa ECC) dan modul bertimbal, serta hanya menggunakan IC Tulen sahaja. Selain itu, modul-modul tersebut kesemuanya dilengkapi dengan keupayaan anti-sulfurasi dan serasi dengan platform-platform pelayan Mehlow dan Purley Intel® terkini, selain Coffee Lake.
Siri DRAM suhu luas DDR4 2666MT/s baharu ini tersedia dengan kapasiti daripada 4GB hingga 16GB, serta direka dengan sempurna untuk semua aplikasi perindustrian termasuk pelayan tahan lasak, sistem tanpa kipas, aplikasi misi-kritikal, pengawasan dan perangkaian. Menerusi peralihan ke arah pengkomputeran pinggir, memori dengan keupayaan suhu yang luas akan menjadi penting, terutamanya untuk aplikasi aeroangkasa dan dalam kenderaan.
"Kami dapat melihat peluang-peluang dalam trend pemencaran pengkomputeran pinggir dan IoT sebagai kuasa pengkomputeran melangkah semakin jauh. Siri DDR4 2666 baharu kami akan menerajui usaha kami dalam pasaran Eropah, Timur Tengah dan Cina," kata Samson Chang.
Latar Belakang Innodisk
Ditampilkan sebagai 200 syarikat Di Bawah Satu Bilion Terbaik Asia Forbes, Innodisk ialah penyedia dipacu perkhidmatan bagi ingatan kilat, modul DRAM dan produk persisian terbenam untuk aplikasi perindustrian dan perusahaan. Dengan pelanggan yang berpuas hati dalam pasaran terbenam, aeroangkasa dan pertahanan, storan awan dan banyak lagi, kami telah membezakan syarikat kami menerusi komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang boleh disesuaikan dan boleh dipercayai serta perkhidmatan yang tiada tandingan.
Ditubuhkan pada tahun 2005 dan beribu pejabat di Taipei, Taiwan, Innodisk menyokong pelanggan-pelanggan di seluruh dunia menerusi sokongan kejuruteraan dan pasukan jualan di tanah besar China, Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat.
Untuk maklumat lanjut tentang Innodisk, sila layari https://www.innodisk.com.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181113/2296621-1