omniture

Emma Beaumont Sertai AntWorks sebagai Ketua Pegawai Pemasaran

AntWorks
2018-11-21 11:17 327

SINGAPURA dan PALO ALTO, California, 21 November 2018/PRNewswire/ --

Mantan Pengarah Urusan Global, SSON, bakal perhebat rancangan berani AntWorks untuk teruskan peluasan pasaran global

AntWorks, peneraju global bagi Pengautomatan Pintar, hari ini mengumumkan bahawa Peneraju Komuniti Perkhidmatan Perniagaan ternama, Emma Beaumont telah menyertai syarikat sebagai Ketua Pegawai Pemasaran. Emma akan memimpin semua usaha pemasaran di peringkat global dan membantu meningkatkan usaha peluasan berterusan AntWorks dalam pasaran AS, Eropah dan Asia. Emma membawakan kombinasi unik antara bakat luar biasa, kepintaran komersial, pengurusan rentas fungsi yang strategik dan operasi serta jaringan industri tiada tandingan untuk mengukuhkan dan mendorong inisiatif-inisiatif pemasaran seluruh dunia AntWorks.

generated by system

Baru-baru ini, Emma merupakan Pengarah Urusan Global untuk Shared Services & Outsourcing Network (SSON), yang mana beliau memainkan peranan penting dalam memacu hala tuju strategik dan pertumbuhan menguntungkan untuk tiga saluran pelanggan individu SSON, iaitu Acara, Platform Editorial Digital dan DART (Institut Analitik Data, Penyelidikan & Teknologi) merentas 120,000 ahli SSON. Menerajui pasukan-pasukan silang fungsi global SSON melibatkan Pemasaran, Jualan, Pengeluaran, Kandungan Editorial, Penyelidikan & Analitik, IT serta lima pasaran geo, telah menyediakan Emma dengan peluang yang sempurna untuk membangunkan kemahiran demi memajukan jenama, pengalaman pelanggan dan kedudukan pasaran AntWorks.

Pernah mereka bentuk dan mengaturkan strategi-strategi pertumbuhan membuahkan hasil untuk meningkatkan jenama SSON demi menjadi penyedia acara dan kandungan premium untuk pasaran Perkhidmatan Terkongsi dan BPO global, kini Emma akan menumpu untuk mencari penemuan baharu demi mencapai cita-cita AntWorks yang sentiasa berkembang dalam pasaran pengautomatan dan membantu mengukuhkan kehadirannya di persada global. "Saya percaya peranan yang akan dimainkan oleh pengautomatan pintar dan seterusnya AI pada masa depan perusahaan adalah amat penting," kata Emma Beaumont. "Penyelesaian disruptif AntWorks benar-benar suatu revolusioner dan penyelesaian ini diiktiraf merentas spektrum, yang membawa kepada pusingan pembiayaan menarik dan perkongsian penting yang telah terjalin oleh syarikat selama bertahun-tahun. Saya berasa gembira untuk menyertai kumpulan yang mempunyai kemahiran hebat ini dan berharap dapat membantu syarikat untuk mencapai tahap pertumbuhan dan keberuntungan yang terunggul."

"Emma memiliki pengurusan pasukan, hala tuju strategik dan pasaran global yang lain dari yang lain. Pengalaman terdahulu beliau dan kecemerlangan yang tidak dapat dipertikaikan di SSON, menjadi bukti kepada kehebatan beliau sebagai individu berwawasan dalam bidang pemasaran. Saya yakin sepenuhnya bahawa rekod prestasi terbukti beliau akan menjadi satu kepentingan hebat yang dibawa masuk menerusi detik penting dalam perjalanan pertumbuhan global AntWorks ini," kata Asheesh Mehra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif AntWorks.

Berinteraksi dengan AntWorks: 

Kunjungi laman sesawang kami: http://www.ant.works

Ikuti kami di Twitter: @AntWorksGlobal

Berhubung dengan kami di LinkedIn: http://www.linkedin.com/company/antworks-reimagine-it/

Latar Belakang AntWorks: 

AntWorks™ ialah syarikat kecerdasan buatan (AI) dan pengautomatan pintar bertaraf global; mewujudkan kemungkinan baharu bersama data melalui pengautomatan, pendigitalan dan kecerdasan perusahaan. Syarikat ini menyediakan produk tahap perusahaan pengautomatan unik yang bersepadu dan pintar, dikuasakan oleh Fractal Science. Kami mencipta Susunan Pengautomatan Bersepadu Pintar yang dapat menginges dan memproses semua jenis data, bermula dengan data berstruktur kepada data tersimpul, seraya membantu mengubah operasi perusahaan dan mencipta model perniagaan baharu untuk mereka. AntWorks ditubuhkan oleh Asheesh Mehra, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan; Govind Sandhu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Kewangan.

Hubungan Media:
Dexter Villota
Dexter.villota@ant.works

Source: AntWorks
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Personnel announcements