omniture

Pengeluar Peralatan Perubatan Advant Medical Sambut Ulang Tahun ke-25

Advant Medical
2018-11-21 14:30 381

GALWAY, Ireland, 21 November 2018 /PRNewswire/ --

Advant ialah pengeluar peralatan perubatan yang berjaya, mempunyai pejabat-pejabat korporat yang terletak di Galway, Ireland. Selama suku abad lamanya, Advant menyaksikan pertumbuhan dan pembangunan besar dalam usahanya untuk berkembang ke dua lokasi di Ireland, Mexico dan Costa Rica. Dengan lebih 200 kakitangan seluruh dunia dan kumpulan pelanggan yang amat mengagumkan, 25 tahun akan datang kelihatan sama cerah seperti masa lampaunya.

generated by system

Ditubuhkan pada tahun 1993 dengan visi untuk menawarkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat multinasional terbesar dunia menerusi pembuatan peralatan perubatan, penyelesaian pempakejan dan pendispens, syarikat berjaya melangkaui visinya selama bertahun-tahun ini. Advant menyaksikan pertumbuhan luar biasa sejak ditubuhkan di bawah kepimpian Ketua Pegawai Eksekutif, Bob DiPetrillo dan Pengarah Urusan, Debra O'Loughlin.

Pertumbuhan Domestik: 

Pada tahun 2014, Advant membeli sebuah syarikat acuan suntikan di Inverin, Galway. Strategi yang bersepadu secara vertikal ini menjamin kedudukan Advant sebagai pembekal sehenti yang menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggannya yang setia di seluruh dunia.

Pada tahun 2015, Advant membuat pelaburan tambahan dalam keupayaan dan tawaran perkhidmatan dengan memperkenalkan perkhidmatan pembangunan produk baharu termasuk Pencetakan 3D. Kebolehan untuk menyediakan prototaip peralatan perubatan tepat yang menggambarkan nilai estetik produk akhir dengan cepat dan dengan harga berpatutan merupakan perkhidmatan yang tidak ternilai.

Mengulas tentang perjalanan Advant, Ketua Pegawai Eksekutif, Bob DiPetrillo berkata, "Perniagaan pembuatan kontrak Advant menumpu untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat penjagaan kesihatan seluruh dunia dengan menyediakan penyelesaian bersumber tunggal bermula dengan konseptualisasi produk, pemprototaipan pesat, pembuatan dan pempakejan komersial akhir."

Pertumbuhan Antarabangsa: 

Bob DiPetrillo menyambung, "Selama bertahun-tahun, kami semakin mendapati bahawa kami perlu membangunkan operasi di luar Ireland bagi menyokong permintaan seluruh dunia."

Pada tahun 2010 Advant melancarkan satu perkongsian dengan syarikat pembuatan di Reynosa, Mexico. Kemudian pada tahun 2017, Advant melabur dalam sebuah kemudahan kendiri di Heredia, Costa Rica. Kemudahan-kemudahan pembuatan ini membolehkan Advant menyokong peningkatan permintaan terhadap pembekalan berdasarkan lokasi geografi pelanggan.

Debra O'Loughlin, Pengarah Urusan, mengimbau sambutan ke-25 tahun syarikat dengan berkata, "Ini menjadi perjalanan paling menarik untuk diri saya dan ramai kakitangan lain yang telah lama berkhidmat. Etos pengasas kami dalam memberikan produk berkualiti tertinggi dan menyediakan khidmat pelanggan yang unggul kekal menjadi keutamaan tertinggi kami hari ini. Sedari awal lagi, kami mengimbangi pertumbuhan, inovasi dan pelaburan dengan teliti."

"Tatkala kami meraikan 25 tahun kami dalam bidang perniagaan, kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada ratusan pelanggan kami yang dihargai, kepada rakan-rakan kongsi strategik kami dan kepada kakitangan teladan kami yang kesemuanya telah menyumbang kepada kejayaan Advant Medical," simpul En. DiPetrillo. 

Untuk maklumat lanjut hubungi Karagh Kelly, kkelly@advantmedical.com

Source: Advant Medical
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals