omniture

Honor umum Artology: Explore Art & Technology with You(th) dan ganding bahu bersama Red, seniman terkenal di Asia hasilkan seni pemasangan "Aurora"

Honor
2018-11-21 19:02 1593

Pemasangan dihasilkan daripada kira-kira 2000 kepingan lapisan belakang kaca telefon pintar Honor dikitar semula dan akan diperkenalkan julung kalinya di H Queen's Hong Kong pada Disember ini

HONG KONG, 21 November 2018 /PRNewswire/ -- Honor, e-jenama telefon pintar yang terkemuka, hari ini mengumumkan pameran Artology: Explore Art & Technology with You(th) dan satu kolaborasi bersama Hong Yi "Red", seorang tokoh terkemuka dalam dunia seni Asia. Red, terkenal kerana mencipta karya seni menggunakan bahan-bahan bukan konvensional, akan mencipta karya seni eksklusif yang dibuat daripada kira-kira 2000 kepingan lapisan belakang kaca dikitar semula daripada koleksi utama Honor. Pameran dan pemasangan tersebut akan diperkenalkan julung kalinya di H Queen's, ikon seni bina berprestij dan ruang seni yang terletak di kawasan perniagaan dan jualan di Hong Kong Central pada 10 Disember 2018.

Pemasangan dihasilkan daripada kira-kira 2000 kepingan lapisan belakang kaca telefon pintar Honor dikitar semula dan akan diperkenalkan julung kalinya di H Queen's Hong Kong pada Disember ini
Pemasangan dihasilkan daripada kira-kira 2000 kepingan lapisan belakang kaca telefon pintar Honor dikitar semula dan akan diperkenalkan julung kalinya di H Queen's Hong Kong pada Disember ini

Karya seni tersebut, berjudul Aurora, melibatkan kolaborasi avant-garde antara Honor dan Red tatkala mereka menakrifkan cara baharu untuk mencipta bentuk seni yang imaginatif dan kontemporari. Pemasangan seni tersebut sentiasa berubah-ubah warnanya dan memancarkan warna aurora, yang dijayakan hasil lapisan-lapisan membran berskala nano yang terdapat dalam setiap kepingan lapisan belakang kaca Honor yang memantulkan dan membiaskan cahaya.

"Kedua-dua Honor dan Red mengimpikan suatu yang berbeza bagi mencipta karya seni yang amat penting. Red ialah seorang seniman memenangi anugerah yang "mengecat tanpa berus cat" dan merupakan salah seorang daripada usahawan seni yang terkemuka di dunia. Beliau menggunakan imaginasi beliau dan pendekatan yang tidak dijangka untuk mengubah bahan-bahan harian kepada karya agung; manakala Honor menggalakkan golongan belia untuk memecah kebiasaan sosial dan merintis laluan mereka sendiri bagi menuju kejayaan. Dengan itu, usaha untuk mencipta semula pemasangan ini bersama Red merupakan satu lagi demonstrasi komitmen Honor untuk memperkasa golongan milenia seperti beliau," kata George Zhao, Presiden Honor.

"Saya amat berbesar hati kerana diamanahkan dengan projek sebesar ini. Ketika kali pertama saya melihat lapisan belakang kaca telefon pintar tersebut, saya terpesona dengan pelbagai warna yang terpantul daripada permukaannya. Ia mengingatkan saya dengan fenomena aurora borealis. Honor telah banyak melabur dalam reka bentuk ini dan kualiti unik bahan inilah yang membolehkan kami mencipta candelier gergasi ini, diinspirasikan oleh aurora. Saya berasa teruja kerana mendapat peluang ini untuk mencipta seni moden yang menggunakan teknologi canggih," kata Red Hong Yi.

Pameran tersebut merupakan sebahagian daripada kempen jenama terkini Honor untuk golongan celik digital di seluruh dunia dan ia diikuti dengan kempen global yang berjaya, menampilkan Clara Bacou, artis digital yang berpangkalan di UK, awal tahun ini. Ia dibuka kepada orang awam mulai 11 Disember hingga 23 Disember 2018 dan masuk adalah percuma.

Sepanjang empat tahun lalu, Honor telah meluaskan jejak globalnya dan momentum pertumbuhannya dapat dirasai di seluruh dunia. Setakat Ogos 2018, kadar pertumbuhan Honor mencapai 150 peratus dalam pasaran luar negaranya, dilancarkan di negara-negara termasuk Myanmar, Vietnam, Indonesia, Turki dan Mesir.

Latar Belakang Honor

Honor ialah e-jenama telefon pintar yang terkemuka. Seiring dengan slogannya "Untuk yang Berani", jenama ini dicipta bagi memenuhi keperluan pengguna celik digital menerusi produk-produk yang dioptimumkan dengan fungsi internet, yang menawarkan pengalaman pengguna yang unggul, mengilhamkan tindakan, memupuk daya kreativiti dan memperkasa golongan muda untuk mencapai impian mereka. Dengan berbuat demikian, Honor telah menjadikan dirinya unik dengan menonjolkan keberaniannya melakukan perkara berbeza serta mengambil langkah yang diperlukan untuk mengalu-alukan kehadiran teknologi dan juga inovasi terkini untuk pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi HONOR secara dalam talian di www.hihonor.com atau ikuti kami melalui:
https://www.facebook.com/honorglobal/
https://twitter.com/Honorglobal 
https://www.instagram.com/honorglobal/ 

Latar Belakang Hong Yi "Red"

Hong Yi, turut dikenali sebagai, 'Red', ialah seorang seniman yang menumpu pada penakrifan semula bahan-bahan harian untuk karya beliau melalui pengumpulan objek-objek.

Red melanjutkan pelajaran di University of Melbourne dan TUDelft serta berkelulusan dalam Ijazah Sarjana Seni Bina. Ketika bekerja di Shanghai untuk sebuah firma seni bina Australia, HASSELL, Red menghasilkan pemasangan seni ketika hujung minggu daripada pelbagai bahan dengan harga yang berpatutan yang tersedia di pasar borong tempatan. Karya seni beliau yang menampilkan potret-potret personaliti-personaliti Cina terkenal diedarkan secara meluas dalam media sosial dan bahan penerbitan media termasuk Wall Street Journal, TIME, New York Times, CNBC dan Fast Company. Red pernah ditugaskan oleh pelanggan-pelanggan seperti Facebook, Google, Gucci, Chase JP Morgan dan Mandarin Oriental, dan mempamerkan karya-karya seni di Forum Ekonomi Dunia (Davos), Muzium Anchorage (Alaska), Design Miami (Miami) dan Muzium Seni Asia (San Francisco). Sotheby's Institute telah memilih beliau sebagai salah seorang daripada "11 usahawan dunia seni yang perlu diketahui" bagi tahun 2018.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.redhongyi.com atau ikuti beliau di Facebook dan Instagram:
https://www.facebook.com/redhongyi 
http://www.instagram.com/redhongyi

Latar Belakang H Queen's

H Queen's ialah bangunan setinggi 24 tingkat memenangi anugerah yang terletak di 80 Queen's Road Central, kedudukan yang benar-benar berprestij yang akan mengubah dinamik kebudayaan di tengah-tengah Road Central berkenaan. Bangunan ini menyediakan ruang untuk mengadakan pameran dengan tujuan untuk mempromosi seni selain memperluas audiens untuk bidang seni. Direka oleh arkitek dan artis ternama, William Lim, Pengasas dan Pengarah Urusan CL3, salah sebuah firma seni bina dan reka bentuk yang terkemuka di Asia, seni bina unik bangunan tersebut menyediakan keanjalan maksimum dan ciri-ciri mesra alam. Rekaan H Queen's mempunyai susun atur berbilang fungsi, ketinggian lantai-ke-siling yang optimum dan balkoni yang luas bagi menampung pelbagai pilihan keperluan pameran dan hiburan. H Queen's turut menampilkan unit penyelenggaraan bangunan bersepadu, termasuk sistem gondola untuk memudahkan penyerahan karya seni melalui muka bangunan dinding langsir boleh dikendalikan di setiap tingkat galeri. Dengan reka bentuk yang memaksimumkan latar belakang bandar Central, keanjalan dan kecekapan tenaga yang tiada tandingan, H Queen's ditakdirkan untuk menjadi ikon seni bina dan destinasi gaya hidup. Henderson Leasing Agency Company Ltd., sebagai subsidiari milik penuh Henderson Land Development Company Ltd., merupakan ejen pemajakan dan pemasaran bagi pembangunan H Queen's.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Peony Tam
Burson Cohn & Wolfe
e: peony.tam@cohnwolfe.com
p: +852 2963 6706 

Tiffany Wong
Burson Cohn & Wolfe
e: tiffany.wong@cohnwolfe.com
p: +852 2963 6775

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181119/2304022-1 

Source: Honor
Related Links:
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services