omniture

Era Baharu Gaya Hidup Bergerak: GAC Motor Pamer Teknologi Teras di Auto Guangzhou 2018

GAC Motor
2018-11-22 07:41 1518

GUANGZHOU, China, 22 November 2018 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat auto yang terkemuka di China, akan mempamerkan empat teknologi terasnya - reka bentuk perindustrian, kuasa alam sekitar, teknologi pintar dan sistem pemanduan - dan menonjolkan kekuatannya dalam inovasi di Auto Guangzhou 2018 ("Pameran") bertempat di Kompleks Pameran Import dan Eksport China mulai 19-25 November. Selain itu, syarikat turut mempamerkan keseluruhan barisan produknya, termasuk GS5, kenderaan konsep "2+X" baharunya dan melancarkan prajualan van mini GM6nya.

"Kami berasa bangga dapat membawa kesemua rangkaian kenderaan kami, khususnya GM6, produk van mini kedua kami ke Auto Guangzhou 2018. GM6, menerusi pertukangan aslinya, direkayasa khususnya untuk kaum keluarga dan menampilkan reka bentuk canggih yang mencetuskan nilai-nilai sentimental yang mendalam. Empat ciri utama GM6 - bahagian luar yang tirus, kabin yang luas, penyelesaian mobiliti AI Qiyun pintar dan keselamatan yang terjamin - akan dapat memenuhi keperluan keluarga-keluarga kelas pertengahan," kata Yu Jun, Presiden GAC Motor.

Yu Jun, presiden GAC Motor menyampaikan ucapan
Yu Jun, presiden GAC Motor menyampaikan ucapan

Model sederhana hingga mewah menampilkan enjin 1.5L dan 1.3T, digandingkan dengan lima kelajuan manual atau transmisi automotif enam kelajuan Aisin. Dengan teknologi-teknologi jaminan keselamatan aktif dan pasif yang cemerlang selain reka bentuk tempat duduk tanpa sempadan, GM6 merupakan kenderaan moden dan praktikal yang memanfaatkan kekuatan GAC Motor.

GAC Motor turut memperkenalkan siri konsep ruang kecil "2+X" baharunya di Pameran tersebut, yang terdiri daripada tiga model: 2U untuk wanita yang berdikari, 2US untuk pasangan dan 2ALL, model perkongsian awam elektrik yang direka untuk gaya hidup rendah karbon.

Van mini GM6 serba baharu lancar maklumat prajualan di Pameran
Van mini GM6 serba baharu lancar maklumat prajualan di Pameran

"Siri '2+X' ialah konsep termaju untuk perjalanan dalam bandar yang memanfaatkan kemajuan terkini dalam industri automotif yang dikaitkan dengan pembangunan kenderaan pintar, berangkaian dan elektrik. Siri 2+X, bukan sahaja menonjolkan idea-idea kami terhadap platform berciri elektrik sepenuhnya yang dibangunkan sendiri dan pemodulan aplikasi, tetapi turut menunjukkan keinginan kami untuk menyediakan automobil premium pintar dengan reka bentuk berbeza bagi memenuhi pelbagai kehendak perjalanan," kata Zhang Fan, Naib Presiden Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) GAC Motor.

Pacuan Inovasi

GAC Motor menekankan inovasi berteknologi sebagai asas kepada pertumbuhan berterusan jenama. Ia menunjukkan kemajuan terkininya dalam teknologi pintar, seperti versi serba baharu Little Chi, sistem interaktif pertuturan tabii, teknologi panduan sendiri dan penyelesaian kawalan dinamik kenderaan adaptif yang lebih maju di Pameran.

Sebagai sebuah perusahaan yang bertanggungjawab secara sosial, GAC Motor komited terhadap strategi pembangunan mampan dan untuk merekayasa kenderaan yang andal dan mesra alam. Enjin 2.0TM terkininya, yang diperkenalkan di Pameran, mempunyai kecekapan terma sebanyak 38.1% dan ketumpatan kuasa 70 kw/l, yang diperakui oleh syarikat rangkaian kuasa dan kejuruteraan kenderaan Jerman FEV sebagai memiliki penggunaan bahan api yang paling rendah di dunia.

Legenda Diteruskan

Sebagaimana yang disebutkan oleh Yu Jun, presiden GAC Motor dalam ucapan beliau bahawa sepuluh tahun akan datang, GAC Motor akan terus berusaha ke arah membina jenama bertaraf dunia dan sebuah syarikat bertaraf global serta sentiasa meningkatkan kemajuan pengantarabangsaan. Pada masa kini, GAC Motor telah mewujudkan jaringan jualan dan perkhidmatan global di 16 negara, termasuk Timur Tengah, Asia Tenggara, Eropah Timur, Afrika dan Amerika serta menubuhkan pusat-pusat R&D di Los Angeles, Silicon Valley dan Detroit. Menjelang akhir tahun ini, GAC Motor turut merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat jualan di Amerika Utara. GAC Motor menggiatkan usaha secara bersungguh-sungguh terhadap legenda berterusannya dalam perjalanan hebat kegigihan dan kesungguhan di dunia.

Tahun ini, GAC Motor mengambil bahagian dalam Pameran Auto Moscow (Moscow Auto Show) buat julung kalinya dan menubuhkan cawangan luar negara pertamanya, GAC Motor Russia Co., LTD. Semua tindakan ini telah menarik perhatian pelbagai rakan media dan pembekal Rusia untuk mengunjungi reruai GAC Motor di Pameran tersebut.

Seorang wartawan daripada Kommersant, Aleksandr Kataev merupakan salah seorang wartawan media Rusia yang mengunjungi Pameran tersebut. Beliau berkata, "Kami mengunjungi pusat R&D GAC selepas sesi sidang akhbar Pameran berkenaan dan berpeluang melihat gambaran penuh usaha-usaha GAC Motor dalam mereka bentuk dan membangunkan model-model baharu, selain mengekalkan pengeluaran kenderaan berkualiti tinggi. Reka bentuk dan kualiti, dua aspek ini adalah faktor yang benar-benar paling dititikberatkan oleh pengguna-pengguna di Rusia. Kami percaya bahawa GAC Motor akan dapat menguasai pasaran Rusia menerusi kesemua modelnya."

"GAC Motor beradaptasi secara positif terhadap trend pasaran baharu demi memenuhi keperluan pelanggan. Matlamat kami adalah untuk menyediakan gaya hidup mudah alih yang lebih baik dan lebih menyenangkan kepada pelanggan di seluruh dunia dengan memanfaatkan kepakaran kami dalam teknologi, kualiti dan perkhidmatan," kata Yu.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang menduduki kedudukan ke-202 dalam kalangan syarikat Fortune Global 500. Syarikat ini membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas antara semua jenama Cina selama enam tahun berturut-turut dalam Initial Quality Study SM (IQS) China J.D. Power Asia Pasifik, yang menunjukkan strategi bertumpu-kualiti oleh syarikat bermula dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif, pengilangan hinggalah kepada rantaian bekalan dan jualan & perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor
Twitter: https://www.twitter.com/gac_motor

Hubungi:

Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181121/2306486-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181121/2306486-1-b

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Transportation New products/services Trade show news