omniture

Ping An Group Lantik Penasihat Undang-undang Antarabangsa

Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd.
2018-11-22 15:57 1306

HONG KONG, 22 November 2018 /PRNewswire/ -- Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd. (selanjutnya "Ping An" atau "Kumpulan") (HKEx: 2318; SSE: 601318) mengumumkan bahawa Kumpulan telah melantik Steven D. Winegar bagi jawatan Peguam Syarikat Luar Negara dan Penasihat Undang-undang Antarabangsa. Menerusi peranan ini, En. Winegar akan menggalas tanggungjawab untuk hal ehwal undang-undang dan pematuhan seluruh dunia.

Steven D. Winegar
Steven D. Winegar

Pelantikan En. Winegar memperlihatkan komitmen Kumpulan untuk menarik bakat antarabangsa terbaik bagi meningkatkan amalan tadbir urus korporat Kumpulan sebagai syarikat senaraian dan bagi mempercepatkan transformasi antarabangsa Kumpulan.

En. Winegar mempunyai pengalaman selama lebih 24 tahun dalam firma guaman dan jawatan dalam syarikat. En. Winegar memulakan kerjaya beliau di Amerika Syarikat sebagai peguam korporat di Shearman & Sterling dan Goldman Sachs. Beliau berpindah ke Hong Kong bersama Goldman Sachs pada tahun 2005, menyandang jawatan sebagai Pengarah Urusan dan Peguam Kanan di bank tersebut sebelum kembali berkhidmat secara persendirian pada tahun 2010 apabila beliau menyertai Paul Hastings. Beliau berkhidmat sebagai Rakan Kongsi dan Pengerusi pejabat Hong Kong Paul Hastings sebelum menyertai Ping An pada bulan September.

IP So Lan, Naib Presiden Kanan Kumpulan dan ketua kawalan dalaman menyebutkan bahawa, "En. Winegar memiliki reputasi mantap dengan pengalaman luas dalam sektor undang-undang di Asia dan seluruh dunia. Kami berasa amat gembira dengan adanya beliau sebagai sebahagian daripada pasukan kepimpinan kami."

"Saya berasa teruja untuk menyertai syarikat hebat ini, yang menggunakan asas kukuhnya sebagai institusi kewangan pelbagai untuk membangunkan banyak perniagaan dipacu teknologi yang mengubah pasaran," kata En. Winegar.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

Gareth Hewett @ +852-68822027 atau gareth.john@pingan.com.hk

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181121/2306519-1

Source: Ping An Insurance (Group) Company of China, Ltd.
Related Stocks:
HongKong:2318 OTC:PNGAY Shanghai:601318
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Health Care/Hospital Insurance Internet Technology Real Estate Telecommunications New products/services Personnel announcements Financial Technology