omniture

Zoomlion Perkenal Reka Bentuk untuk Masa Depan di bauma China 2018 dengan Jentera Pintar 4.0

Zoomlion
2018-11-23 09:10 1398

SHANGHAI, 23 November 2018 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion), pengeluar jentera pembinaan terkemuka China akan mempamerkan rangkaian komprehensif produk pintar Generasi 4.0 jenama ini di bauma China 2018, yang bakal membuka tirainya pada 27 November di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai.

Zoomlion akan membawa 28 produk jentera pembinaan terkenal daripada lapan siri untuk pameran perdagangan antarabangsa dwitahunan itu, termasuk pengadun konkrit, mesin angkat, pemindah tanah, mesin pembinaan asas, mesin kerja-kerja udara dan mesin pembinaan jalan raya.

"Kami berasa teruja untuk mempertontonkan keupayaan R&D yang mantap dan pencapaian inovatif Zoomlion menerusi reka bentuk baharu yang dinaik taraf dan berkualiti tinggi, khususnya dalam bidang teknologi pintar. Selain itu, Zoomlion akan merevolusikan model perniagaannya bagi mencipta produk-produk yang lebih pintar dan menyediakan perkhidmatan lebih pintar kepada pelanggan-pelanggannya. Kami berharap dapat menonjolkan pencapaian kami dalam membangunkan produk-produk pintar yang berkualiti tinggi. Matlamat kami adalah untuk menyediakan produk dan perkhidmatan terbaik serta mencipta nilai lebih hebat buat pelanggan kami," kata Pengurus Pemasaran Zoomlion.

Paparan utama Zoomlion di bauma China 2018 ialah penyelesaian pengepaman konkrit, termasuk pengadun trak konkrit ZLJ5318GJBHE, pam trak 56m dipasang pada Mercedes 8x4 dan pam pengadun dipasang pada trak 28m, yang direka untuk kapasiti dan ruang berbeza serta menonjolkan kecekapan kerja yang lebih tinggi, penggunaan bahan api yang lebih rendah dan kitaran hayat yang lebih lama.

Zoomlion akan turut menampilkan siri produk kren seperti kren rangkak ZCC9800W, kren semua rupa bumi 6 gandar ZAT4000V, kren trak 5 gandar ZTC1300V, kren rupa bumi kasar ZRT850 dan kren menara tanpa bumbung T600-25/32U.

Bum utama berbentuk U 47m ZRT850 merupakan yang paling kuat dalam kategorinya, menyediakan prestasi mengangkat yang jauh lebih hebat daripada kren muatan yang sama, manakala T600-25/32U direka untuk projek-projek PC yang besar dengan sistem teknologi kelajuan adaptif sendiri yang dapat meningkatkan kecekapan mengangkat keseluruhan sebanyak 30 peratus.

Di samping itu, Zoomlion akan mempamerkan lima platform kerja udara dan jentera penyemburan air pintar baharu dan mendemonstrasikan operasi tanpa pemandu, mengorek dengan pola tidak teratur dan operasi pemanipulasi semburan satu sentuh di bauma China 2018.

Dengan produk-produk pintar Generasi 4.0 menjadi tumpuan utama pameran Zoomlion di bauma China 2018, syarikat akan menampilkan teknologi-teknologi revolusioner yang menggabungkan IoT, data raya, Internet mudah alih dan banyak lagi, seperti aplikasi mudah alihnya untuk pengurusan peralatan, sistem ERP untuk mengurus peralatan konkrit dan sistem pengurusan kren menara. Platform IoT Zoomlion akan turut ditonjolkan dalam pameran berkenaan.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) ialah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat menjual hampir 800 produk canggih daripada 49 barisan produk meliputi sembilan kategori utama. Zoomlion ialah syarikat jentera pembinaan pertama China yang disenaraikan dalam bursa saham Shenzhen dan Hong Kong.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://en.zoomlion.com/

Source: Zoomlion
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Trade show news