SINGAPURA, 23 November 2018 /PRNewswire/ -- Penyedia penyelesaian teknologi maklumat (IT) maritim, pelabuhan/terminal dan logistik terkemuka CyberLogitec, hari ini mengumumkan rancangannya untuk menyediakan platform berasaskan rantaian blok untuk semua penyelesaian ITnya bermula pada tahun 2019, satu langkah yang ditetapkan untuk membaik pulih ekosistem dan amalan logistik global. Platform rantaian blok ini dibangunkan dengan kerjasama Damon Corp.
Teknologi rantaian blok akan menawarkan persekitaran yang dijamin oleh kriptografi demi operasi-operasi yang cekap dan telus, dengan meraih penjimatan kos dan masa yang amat besar. CyberLogitec akan melaksanakan teknologi ini pada peringkat awalnya untuk dua penyelesaian perisian berasaskan platform – platform perdagangan kargo FREIGHT9 dan platform pengangkutan dengan trak pedalaman OPUS9 – yang seterusnya akan dilanjutkan kepada seluruh penyelesaian ITnya.
Teknologi rantaian blok dalam logistik akan memandu industri ke arah kecekapan, ketelusan dan ketepatan yang lebih baik. Perkhidmatan platform berasaskan rantaian blok baharu akan menjadi pengubah industri sebenar dalam cara pelaksanaan tugas pembawa, pengirim dan penghantar di seluruh dunia.
Kedua-dua FREIGHT9 dan OPUS9 merupakan penyelesaian yang membolehkan pembawa, pengirim dan penghantar menikmati kemudahan penghantaran tanpa memerlukan perantara dan dokumentasi berasaskan kertas. Penyelesaian ini, sama seperti penyelesaian CyberLogitec yang lain, memanfaatkan gamifikasi yang mana pelanggan berpeluang untuk terlibat dalam elemen-elemen permainan. Ditingkatkan oleh teknologi rantaian blok, proses-proses logistik hujung-ke-hujung melibatkan transaksi dan ganjaran yang kini dapat dilakukan dalam persekitaran yang amat selamat dan boleh diskala; menawarkan pulangan tinggi dalam kecekapan, ketepatan dan keselamatan.
Menurut CyberLogitec, syarikat menyasarkan untuk menetapkan piawaian inovasi dan kecemerlangan tertinggi dalam ekosistem logistik. Diharapkan agar, tatkala pengusaha-pengusaha industri logistik mengguna pakai teknologi rantaian blok, potensi penuh rantaian blok akan direalisasikan dan perdagangan global akan dirangsang.
CyberLogitec membuat pelaburan strategik dalam OPUS9 bagi memaksimumkan sinergi perniagaan. OPUS9 dilancarkan pada tahun 2017, dan pasaran mengharapkan ledakan permintaan terhadap perkhidmatan sedemikian mulai tahun 2019 dan selanjutnya. FREIGHT9 dijangka membuka pejabat Singapuranya pada suku pertama tahun 2019 dan bakal menakrifkan semula platform perdagangan kargonya.
Untuk maklumat lanjut, layari www.cyberlogitec.com dan www.opus9.com.
Latar Belakang CyberLogitec
CyberLogitec menyediakan penyelesaian perisian logistik moden untuk industri maritim dan logistik. Dengan pemahaman mendalam tentang trend dan cabaran yang dihadapi oleh industri-industri perkapalan, terminal dan logistik, pasukan inovasi membantu pelanggan-pelanggan memaksimumkan produktiviti dan keberuntungan. Mengaplikasi teknologi pintar dan penyelesaian IT bersepadu dapat memastikan keperluan pelanggan dipenuhi dan penambahbaikan kepada penilaian keuntungan dicapai dengan cepat. Dengan kepakaran tiada tandingan dalam reka bentuk pintar, data raya dan Internet Komunikasi Benda, CyberLogitec terus menerajui jalan dalam piawaian IT global di samping menambah nilai kepada perniagaan pelanggan. http://www.cyberlogitec.com
Latar Belakang Damon Corp.
Syarikat teknologi Damon Corp. ditubuhkan pada tahun 2011 dan beribu pejabat di Korea Selatan. Damon Corp. membangunkan platform pembayaran berasaskan rantaian blok yang sesuai untuk B2B. Perkongsian antara teknologi rantaian blok teras Damon Corp. dan teknologi CyberLogitec dalam penyelesaian yang telahpun terbukti kompetitif, dijangka akan memperoleh kuasa kompetitif selangkah ke hadapan dalam persaingan dengan syarikat-syarikat utama yang lain.
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181121/2306652-1LOGO