omniture

Eksport Cina ke Negara-negara BRI Cecah US$9.63 Bilion di Pameran Canton ke-124

Pameran Canton
2018-11-23 10:00 1527

GUANGZHOU, China, 23 November 2018 /PRNewswire/ -- Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) China, strategi negara untuk merangsang pembangunan ekonomi di sepanjang Jalur Ekonomi Jalan Sutera dan Jalan Sutera Maritim Abad ke-21, telah membawa lebih banyak peluang perniagaan ke Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) ke-124. Nilai pusing ganti dari negara-negara BRI di Pameran tersebut mencecah US$ 9.63 bilion, meningkat 2.7% berbanding tahun sebelumnya, yang menyumbang sebanyak 32.3% daripada jumlah eksport keseluruhan Pameran berkenaan.

Chinese Exports to BRI Countries Reach US$9.63 Billion at 124th Canton Fair
Chinese Exports to BRI Countries Reach US$9.63 Billion at 124th Canton Fair

Tahun ini merupakan ulang tahun kelima BRI. Perniagaan-perniagaan di sepanjang laluan projek ini menjadi bahagian penting dalam Pameran Canton. Meskipun terdapatnya ketidaktentuan ekonomi global, perdagangan antarabangsa antara China dan negara-negara BRI terus meningkat. "Sebagai salah satu platform perdagangan terbesar di China, Pameran Canton akan terus mempromosi peluang-peluang di sepanjang BRI untuk mengukuhkan ekonomi dan perdagangan pelbagai hala, membantu mencapai kemakmuran dan pembangunan bersama antara negara-negara berkenaan," kata Xu Bing, Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre.

Peningkatan Minat terhadap Produk Cina dari Negara-negara BRI

Menurut Pentadbiran Kastam Am Cina, jumlah nilai import dan eksport Cina ke negara-negara di sepanjang BRI mencecah RMB 16.8 trilion, memecah rekod dalam tiga suku pertama tahun ini, melonjak sebanyak 13.2% berbanding tahun lalu.

Menunjukkan minat yang tinggi dalam menjalankan perniagaan bersama China, 5 daripada 10 taburan asal pembeli utama di Pameran Canton adalah dari BRI. Seramai 84,578 pembeli dari negara-negara BRI telah menghadiri Pameran tersebut, meningkat 0.16% berbanding tahun sebelumnya dan menyumbang 44% daripada kehadiran keseluruhan.

Demi mengikuti trend ini, pempamer-pempamer membawa produk-produk setempat mereka ke Pameran tersebut. Galanz, salah satu pengeluar ketuhar gelombang mikro yang terbesar di dunia, kini menguasai 80% daripada pasaran ketuhar gelombang mikro India dan telah menggandakan importnya ke Ukraine dan Hungary. Sementara itu, Chigo Air Conditioning mengekalkan bahagian pasaran sebanyak lebih 10% dalam negara-negara BRI.

Peluang Import Ditonjolkan di Pameran Canton

Negara-negara BRI turut membangunkan potensi pasaran di China menerusi Pameran Canton. Sebanyak 381 pempamer BRI meliputi keenam-enam kategori produk manakala Korea Selatan, Malaysia, Mesir, Turki, Thailand, Pakistan dan India, setiap satunya menampilkan astaka negara.

Syarikat-syarikat perkakas terkemuka dari Indonesia, Mesir dan Turki turut menghadiri Pameran Canton bagi mempromosi produk-produk mereka. SANGTHAI Sport Blaze Co., Ltd dari Thailand memeterai perjanjian dengan pelanggan-pelanggan Arab Saudi semasa penampilan sulungnya di Pameran berkenaan. Begitu juga dengan Macau Yonghui Food Company yang memperoleh petunjuk pasaran setiap kali mereka menghadiri Pameran Canton. Mereka percaya bahawa Pameran ini merupakan cara yang hebat untuk membangunkan perniagaan baharu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.aspx

Pameran Canton

Pameran Import dan Eksport China, juga dikenali sebagai Pameran Canton, diadakan dua kali setahun di Guangzhou pada setiap musim bunga dan musim luruh. Diwujudkan pada tahun 1957, kini pameran ini merupakan sebuah pameran komprehensif yang melakar sejarah paling panjang, bertaraf tertinggi, bersaiz paling besar dan mempunyai bilangan produk terbanyak serta melibatkan taburan asal pembeli paling luas dan turut memperoleh pusing ganti perniagaan tertinggi di China.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181120/2305393-1

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news