omniture

Pameran Teknologi Tinggi China 2018 Labuh Tirai di Shenzhen

CHTF Organizing Committee
2018-11-23 21:47 1425

SHENZHEN, China, 23 November 2018 /PRNewswire/ -- Pameran Teknologi Tinggi China ke-20 melabuhkan tirainya di Pusat Konvensyen dan Pameran Shenzhen, wilayah Guangdong, pada 18 November, berjaya menarik 563,000 pengunjung dari 103 negara dan wilayah sepanjang pameran selama lima hari itu.

Sidang Akhbar "Pameran Teknologi Nombor 1 China" CHTF 2018
Sidang Akhbar "Pameran Teknologi Nombor 1 China" CHTF 2018

Han Wangxi, pengarah Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran Shenzhen CPC, mengadakan sidang akhbar pada hari yang sama. Yang Xiuyou, timbalan setiausaha agung jawatankuasa penganjur, diundang untuk merumuskan tentang pameran 2018 berkenaan.

Menurut Yang, sebanyak 41 negara dan organisasi antarabangsa yang memecah rekod, berserta 61 delegasi asing, menghadiri acara berkenaan, dengan Chile, Cuba dan Peru sebagai pendatang baharu.

Sejumlah 3,356 pempamer mempamerkan 11,322 projek berteknologi tinggi yang berkaitan dengan automobil pintar, Internet Komunikasi Benda, pembuatan pintar, kecerdasan buatan (AI), realiti maya, Internet Tambahan, bioperubatan, data raya, bandar pintar, tenaga baharu, bahan baharu dan pertanian moden.

Sementara itu, 1,746 produk baharu dan 585 teknologi canggih dilancarkan di pameran berkenaan oleh lebih 80 syarikat.

Berbanding sesi-sesi terdahulu, acara tahun ini menyaksikan penyertaan yang lebih aktif daripada perusahaan-perusahaan unikorn, termasuk SenseTime, iQiyi, Royole, Orbbec dan Qiniu Cloud, selain tiga perusahaan hebat bagi cip AI domestik iaitu Cambricon, Horizon Robotics dan DeePhi. 

Demi mendorong usaha inovasi dan keusahawanan, pameran teknologi tinggi ini menyediakan pameran syarikat baharu dan pembuat sains teknologi khusus, yang mana lebih 200 syarikat serta pembuat domestik dan luar negara telah mendaftar.    

Sesi-sesi antarabangsa yang baru dilancarkan melibatkan pameran pemadanan dan jerayawara pembiayaan turut mempromosi hubungan antara modal dan industri dengan berkesan.

Kawasan pameran koridor masa, video mikro dan hasil kerja inovasi cemerlang bagi meraikan ulang tahun ke-20 Pameran ini disanjung oleh orang ramai.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181122/2307636-1

Source: CHTF Organizing Committee
Keywords: Computer/Electronics Trade show news