omniture

RISEN ENERGY: Fabrikasi sel PERC mempasif AlOx dwisisi berskala GW pertama dunia capai pengeluaran besar-besaran

Risen Energy Co., Ltd
2018-11-26 06:09 829

Purata kecekapan melebihi 22.19%, lebih tinggi berbanding jangkaan ITRPV

NINGBO, China, 26 November 2018 /PRNewswire/ -- Risen Energy Co., Ltd. menyampaikan ucapan dasar yang menumpu pada perkembangan terkini melibatkan sel PERC mempasif-AlOx-dwisisi dalam Persidangan Solar gred silikon dan PV China ke-14 (CSPV ke-14) di Xi'an, wilayah Shaanxi, China. Persidangan ini dianjurkan bersama Chinese Renewable Energy Society, Institute of Solar Energy di Shanghai Jiaotong University, Institute for Solar Energy Systems di Sun Yat-sen University dan State Key Lab of Silicon Materials di Zhejiang University. Lebih 1,000 penyelidik, pakar industri, selain pemimpin perniagaan dihimpunkan untuk menyertai perbincangan mendalam berhubung perkembangan terkini di dunia melibatkan teknologi, dasar dan trend pasaran fotovolta.

Pengurangan kos dan penambahbaikan kecekapan menjadi keutamaan dalam industri tatkala industri PV mendekati pariti grid. Sel-sel PERC (Sentuhan Belakang Pemancar Mempasif) menjadi panas disebabkan oleh pelbagai kelebihan, termasuk kecekapan penukaran yang tinggi, pekali terma yang rendah, penjanaan kuasa yang tinggi, dan sebagainya. Menurut International Technology Roadmap for Photovoltaic (ITRPV), PERC dijangka mendominasi pasaran solar tidak lama lagi. Kecekapan pengeluaran besar-besaran PERC telah mencecah 21.6% pada separuh pertama tahun 2018 dan dijangka melangkaui 22% menjelang tahun 2020, seperti yang diramalkan oleh ITRPV.

Walau bagaimanapun, ramalan ini sebahagian besarnya berasaskan teknologi pempasifan AlOx sisi tunggal yang bergantung pada teknik pemendapan wap kimia dipertingkat oleh plasma (PECVD). Lapisan pempasifan sisi tunggal hanya terdapat pada bahagian luar sel PERC. Sebagai peneraju teknologi dalam industri, Risen Energy membezakan syarikatnya dan menyahut cabaran untuk membangunkan teknologi pempasifan AlOx dwisisi yang paling mempunyai harapan berdasarkan teknologi pemendapan lapisan atom (ALD), biarpun sejauh mana teknologi seperti ini dianggap mencabar. Teknik ini menggunakan AlOx untuk mempasifkan kedua-dua bahagian depan dan belakang sel PERC serentak.

Risen Energy ialah syarikat pertama di dunia yang mencapai pengeluaran sel PERC AlOx dwisisi sehingga skala 2GW pada tahun 2018, melalui beberapa proses pengoptimuman dalam pemancar, oksidasi, pempasifan dan pelogaman terpilih, syarikat akhirnya mencapai kemajuan penting dalam kecekapan pengeluaran sel-sel PERC mempasif AlOx dwisisi. Pada masa kini, purata kecekapan sel-sel PERC mempasif AlOx dwisisi Risen Energy adalah melebihi 22.19% dengan kecekapan tertinggi tertib pengeluaran mencecah 22.51%.

Teknologi sel PERC baharu daripada Risen Energy bukan sahaja meningkatkan kecekapan sel, tetapi turut mengurangkan degradasi cahaya dan teraruh-suhu dipertingkat (LeTID), khususnya LeTID bagi sel PERC tertakluk kepada suhu yang tinggi. Di bawah keadaan ujian dengan suhu 75 °C dan pencahayaan 1000W/m2 selama 200 jam, sel-sel PERC baharu Risen Energy menunjukkan kerintangan degradasi cahaya yang cemerlang, dengan kadar pelemahan tertinggi iaitu kira-kira 1%. Berbanding dengan keadaan ujian piawaian industri pada suhu 25 °C dan pencahayaan 1000W/m2 untuk 200 selama 5 jam, kaedah-kaedah ujian Risen Energy sebahagian besarnya lebih ketat dan berciri saintifik.

Dengan merebut peluang daripada perubahan generasi teknologi industri, Risen Energy bergerak pantas dalam menerajui kedudukan untuk sel dan modul solar berkecekapan tinggi PERC, modul dwikaca dwimuka, modul solar separa sel dan produk berkualiti tinggi lain yang canggih di seluruh dunia. Pada Oktober 2017, modul-modul separa sel berkecekapan tinggi daripada Risen diaplikasikan dalam projek "Top runner" di Yangquan, Shanxi. Pada Oktober 2018, modul-modul dwikaca dwimuka putih 370W berkecekapan tinggi Risen diaplikasikan dalam projek "Top runner" di Baicheng, Jilin. Risen Energy merancang untuk terus menambah baik produk-produk PERCnya, dengan mengukuhkan R&D dalam perekat, pelogaman dan struktur baharu dalam sel selain meningkatkan inovasi dalam penghujung modul. Modul-modul dwimuka 400W dijadual untuk dikeluarkan secara besar-besaran untuk tahun 2019.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services