omniture

Saudi Aramco Bakal Adakan Forum & Pameran IKTVA Tahunan ke-4 untuk Amalan Terbaik dalam Kandungan Tempatan

Saudi Aramco
2018-11-26 11:19 491

DHAHRAN, Arab Saudi, 26 November 2018 /PRNewswire/ --

Di bawah naungan DYTM Putera Saud bin Nayef bin Abdulaziz Al Saud, gabenor Wilayah Timur, Saudi Aramco akan mengadakan forum tahunan ke-4nya untuk program Tambahan Nilai Keseluruhan Dalam Kerajaan (IKTVA) pada 26-27 November bertempat di Pusat Ekspo Dhahran di Dammam.

generated by system

generated by system

generated by system

Acara ini akan menghimpunkan spektrum luas pelabur-pelabur tempatan dan antarabangsa bagi meninjau peluang-peluang pelaburan rantaian bekalan tenaga. Pakar-pakar dan ahli-ahli daripada pelbagai entiti dan syarikat akan menyumbang kepada perbincangan panel yang dinamik, pembentangan, bengkel dan juga seminar.

Forum & Pameran IKTVA tahun ini akan memperkukuh impak positif program terhadap ekonomi tenaga selari dengan Wawasan 2030, program pempelbagaian ekonomi Arab Saudi. Acara ini akan menonjolkan kisah-kisah kejayaan dan amalan-amalan terbaik bagi mempromosi kandungan tempatan pembekal.

Saudi Aramco mewujudkan IKTVA untuk menjadikan sektor tenaga Saudi kompetitif di peringkat global dengan menyetempatkan barangan dan perkhidmatan; mencipta peluang pekerjaan langsung dan tidak langsung untuk penduduk; dan meningkatkan eksport Kerajaan Arab Saudi terhadap barangan dan perkhidmatan berkaitan tenaga sebanyak 30 peratus.

Program ini berada dalam rangka kerja inisiatif strategik bagi Program Transformasi Kebangsaan yang bertujuan untuk memperhebatkan usaha-usaha oleh pembekal-pembekal syarikat dalam memacu pelaburan barangan dan perkhidmatan tempatan, mendayakan pembangunan tenaga kerja dan pemindahan teknologi serta menggalakkan R&D di samping menyediakan rakan-rakan kongsi dengan peluang-peluang peluasan.

IKTVA berusaha membangunkan rantaian bekalan yang andal dan mampan yang berupaya untuk menyediakan 70 peratus keperluan bahan dan perkhidmatan sektor tenaganya secara tempatan. Menjelang tahun 2030, program ini juga bertujuan untuk menubuhkan 30 pusat latihan bagi membantu 360,000 siswazah berkemahiran tinggi untuk melakukan pekerjaan masa depan.

"Tatkala mencipta peluang pekerjaan berkualiti, membangunkan tenaga kerja terlatih dan merangsang pertumbuhan ekonomi merupakan objektif-objektif utama, penyetempatan hakikatnya adalah berkaitan dengan kemampanan," kata Mohammad A. Al-Shammary, naib presiden Perolehan & Pengurusan Rantaian Bekalan Saudi Aramco. "Penyumberan rantaian nilai Saudi Aramco di negara kami sendiri merupakan satu langkah strategik terhadap penyepaduan dan ketangkasan yang lebih baik, dengan faedah-faedah perniagaan yang menggandakan sumbangan kami terhadap kemakmuran jangka panjang Kerajaan Arab Saudi secara dramatik, selain menjadi pilihan utama untuk pembekal-pembekal global kami, PKS, pengeluar dan penyedia perkhidmatan."

Forum IKTVA tahun ini dijangka menjadi tuan rumah kepada lebih 3,000 peserta dari lebih 40 negara termasuk pelabur, pembekal dan juga penyedia perkhidmatan yang baharu dan berpengalaman. Selain itu, lebih 50 peluang pelaburan rantaian bekalan akan dipromosi, selain pelbagai seminar yang menumpu pada cara untuk menjalankan perniagaan di Arab Saudi dan bersama Saudi Aramco. Forum IKTVA diperkayakan dengan pameran daripada syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa berserta akademi latihan, taman perindustrian dan entiti kerajaan.

Forum & Pameran IKTVA 2018 ialah acara rantaian bekalan tenaga global utama, menjadi tuan rumah kepada pelbagai sektor industri dari dalam dan luar negara, besar mahupun kecil. Sejak empat tahun lalu, syarikat-syarikat besar dan PKS bekerjasama dengan Saudi Aramco untuk membangunkan sektor tenaga yang bertaraf dunia dan kompetitif.

Latar Belakang Saudi Aramco 

Saudi Aramco ialah sebuah syarikat tenaga dan kimia bersepadu yang terkemuka di dunia. Kami didorong oleh kepercayaan utama kami bahawa tenaga ialah suatu peluang. Bermula dengan mengeluarkan kira-kira satu daripada setiap lapan tong bekalan minyak mentah dunia hinggalah kepada membangunkan teknologi tenaga baharu, pasukan global kami berdedikasi untuk mencetuskan impak positif dalam segala-gala yang kami lakukan. Kami menumpu untuk menjadikan sumber-sumber kami lebih mampan dan lebih berguna, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran jangka panjang di seluruh dunia. http://www.saudiaramco.com

Sumber: Saudi Aramco

Source: Saudi Aramco
Keywords: Oil/Energy Utilities