omniture

SF Express Sertai Persidangan Logistik dan Maritim Asia 2018

SF Express
2018-11-26 11:21 813

HONG KONG, 26 November 2018 / PRNewswire / - SF Express, salah satu penyedia perkhidmatan logistik ekspres yang terkemuka di China, menyertai Persidangan Logistik dan Maritim Asia ke-8 yang dianjurkan bersama oleh Kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dan Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong, yang diadakan pada 20-21 November di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong.

Acara ini bermula dengan Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong di Republik Rakyat China, Yang Berhormat Puan Carrie Lam Cheng Yuet-ngor dan Pengarah Eksekutif Majlis Pembangunan Perdagangan Hong Kong, Cik Margaret Fong memberi ucapan selamat datang dan Ketua Setiausaha Persatuan Bangsa-bangsa Asia Tenggara Yang Berhormat Dato Lim Jock Hoi memberikan ucaptama.

Suken Xiao, Naib Presiden SF Express Overseas Region, mewakili SF Express untuk Forum Pengangkutan Udara dan menyampaikan perjalanan penubuhan SF Express, gambaran perniagaan dan pencapaian kepada audiens. Sejak penubuhan syarikat, SF Express telah menumpukan kepada penyediaan penyelesaian logistik bersepadu untuk pelanggan dari pelbagai industri dengan terus menginovasi portfolio teknologi, produk & perkhidmatannya dan meningkatkan rangkaian penerbangan & perniagaan. Setakat ini, dengan lebih daripada 1,977 laluan penerbangan komersil dan udara, perkhidmatan ekspres antarabangsa SF sudah meliputi 53 negara di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Syarikat.

Encik Xiao, yang juga salah seorang ahli panel untuk perbincangan forum meja bulat, telah disertai oleh Pengurus Besar Eksekutif Cainiao Global dan Ketua Kumpulan Pegawai Rentas Sempadan Lazada Group untuk bercakap mengenai topik "Paradigma Baru Pusat Pemenuhan Pesanan E-dagang Serantau". Encik Xiao menyatakan SF Express boleh menyediakan pelbagai penyelesaian logistik, seperti Perkhidmatan Ekspres Antarabangsa, Perkhidmatan Pengangkutan Berat Antarabangsa, E-bungkusan, Perkhidmatan Ekspres E-dagang dan Gudang Luar Negara, bukan hanya untuk memenuhi permintaan yang berlainan daripada pedagang e-dagang rentas sempadan tetapi juga untuk membantu mereka menjimatkan kos.

En Xiao salah seorang ahli panel perbincangan forum meja bulat
En Xiao salah seorang ahli panel perbincangan forum meja bulat

Menerusi pelaburan berterusan SF Express dalam teknologi, pembangunan produk & perkhidmatan baharu dan perkembangan pesat di luar negara, para peniaga boleh bergantung pada SF Express dalam perjalanan mereka untuk memasuki pasaran global.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181123/2308035-1

Source: SF Express
Keywords: Air Freight Transportation