omniture

Hamad Bin Khalifa University Jadi Universiti Pertama di Rantau Timur Tengah Jalin Kerjasama Dengan edX.org dan Tawar Kursus Dalam Talian

Hamad bin Khalifa University (HBKU)
2018-11-26 14:27 440

DOHA, Qatar, 26 November 2018 /PRNewswire/ --

Perkongsian dengan platform pembelajaran dalam talian bukan untung terkemuka beri akses global kepada program-program unik 

Hamad Bin Khalifa University (HBKU), sebuah institusi Qatar Foundation yang mengkhusus dalam pendidikan tinggi, dan edX , platform pembelajaran dalam talian bukan berasaskan keuntungan yang diasaskan oleh Harvard dan MIT, menandatangani satu perjanjian yang akan menjadikan Universiti ini sebagai yang pertama di Timur Tengah untuk menyediakan kursus-kursus antara bidang melalui platform dalam talian. Kursus-kursus tersebut boleh diakses oleh berjuta-juta pelajar di seluruh dunia.

generated by system

generated by system

Dr. Ahmad M. Hasnah, presiden HBKU, dan Dr. Anant Agarwal, pengasas serta Ketua Pegawai Eksekutif edX dan profesor MIT, mengumumkan perkongsian ini dalam sebuah majlis penandatanganan rasmi yang diadakan di bandar Boston, Amerika Syarikat. Perjanjian ini ditandatangani sewaktu berlangsungnya Forum Global edX, yang diadakan mulai 15 hingga 16 November. Perhimpunan tahunan tersebut menghimpunkan jaringan rakan kongsi edX melibatkan pemimpin-pemimpin kanan dan para penginovasi pembelajaran digital daripada universiti-universiti dan organisasi-organisasi yang terkemuka di dunia untuk berkongsi ilmu pengetahuan, bertukar-tukar idea dan membentuk masa depan pendidikan secara kolektif.

Mengulas semasa majlis penandatanganan tersebut, Dr. Hasnah berkata: "Kami mengundang pelajar-pelajar dari seluruh dunia untuk memanfaatkan cara-cara inovatif bagi mengakses ilmu pengetahuan, yang akan memberi peluang yang belum pernah tersedia sebelum ini kepada golongan profesional yang bekerja bagi memajukan kerjaya mereka."

"Dengan inovasi menjadi objektif utama HBKU, kami percaya bahawa perkongsian bersama edX ini akan membolehkan kami merapatkan jurang penyebaran ilmu pengetahuan dan membolehkan komuniti global mendapat manfaat daripada tawaran-tawaran unik, yang melengkapi program-program sedia ada pada platform pembelajaran edX dan kekal peka terhadap cabaran-cabaran global yang mendesak. Sebagai sektor yang sentiasa berkembang, sejak beberapa tahun kebelakangan ini pendidikan telah mengambil pendekatan baharu yang melampaui batasan persekitaran bilik darjah yang konvensional. Tawaran edX kami merupakan manifestasi komitmen jangka panjang Universiti ini terhadap pendekatan akademik yang inovatif yang melangkaui sempadan geografi."

"Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan Hamad Bin Khalifa University ke dalam komuniti rakan kongsi global edX," kata Ketua Pegawai Eksekutif edX dan Profesor MIT Anant Agarwal. "Kedua-dua edX dan HBKU berkongsi misi yang sama untuk meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi untuk semua pelajar, di mana-mana jua dalam bidang-bidang yang dapat menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat di peringkat global. Ini termasuk keperluan untuk mengenal pasti cara-cara baharu dan inovatif bagi menyediakan tenaga mampan, yang dikemukakan dalam program Pensijilan Profesional HBKU. Kami gembira dapat menjemput Dr. Hasnah di Forum Global kami tahun ini dan kami berharap dapat melanjutkan perkongsian kami pada masa depan."

Perjanjian HBKU dengan edX menekankan komitmennya untuk meneruskan kolaborasi-kolaborasi peringkat tempatan dan antarabangsa bagi mempromosi pengalaman pendidikan yang benar-benar bersifat global dan menerobos sempadan akademik. Melalui pelbagai perkongsian strategiknya, Universiti menyasarkan untuk menjadikan program-program dan kursus-kursus penyelidikan akademik yang berkualiti dapat diakses oleh pelajar-pelajar di Qatar dan di seluruh pelosok dunia.

Program pertama "Solar Energy in Hot Desert Climates" (Tenaga Solar dalam Iklim Panas Padang Pasir) yang ditawarkan oleh HBKU pada platform edX menumpu untuk memajukan tenaga mampan dan mengatasi pemanasan global.

"Program ini memperlihatkan komitmen HBKU untuk menangani cabaran-cabaran besar tempatan yang memberi impak global. Pelancaran program ini adalah tepat pada masanya dan mampu bertindak balas kepada tindakan segera yang diseru oleh laporan Panel Antara Kerajaan PBB terhadap Perubahan Iklim yang menekankan keperluan untuk mengehadkan pemanasan global kepada 1.5°C berbanding 2°C," kata Dr. Hasnah.

Bakal pelajar kini boleh mendaftar dalam program Pensijilan Profesional HBKU di edX yang akan bermula pada 7 Januari 2019. Program tersebut terdiri daripada dua MOOC: 'Penilaian Sumber Solar dalam Iklim Padang Pasir' dan 'Penggunaan Teknologi Fotovoltan dalam Iklim Padang Pasir'. Ia akan menumpu pada anggaran sumber solar dan reka bentuk sel serta modul solar PV untuk iklim panas dan berdebu, membantu jurutera-jurutera solar, pelabur-pelabur dan penggubal-penggubal dasar tenaga untuk memahami dan mengurangkan isu-isu teknikal yang dikaitkan dengan penghasilan tenaga solar di persekitaran padang pasir. Program-program Pensijilan Profesional di edX merupakan siri kursus yang disediakan oleh pemimpin-pemimpin industri dan universiti-universiti terkemuka untuk membina dan meningkatkan kemahiran profesional kritikal yang diperlukan untuk berjaya dalam bidang-bidang yang paling mendapat permintaan pada masa kini.

Untuk mendaftar bagi menyertai program, sila layari https://www.edx.org/school/hbkux

Latar Belakang Hamad Bin Khalifa University 

Menginovasi Hari Ini, Membentuk Masa Depan 

Hamad Bin Khalifa University (HBKU), anggota Qatar Foundation untuk Pendidikan, Sains dan Pembangunan Masyarakat (QF), ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai sebuah universiti intensif penyelidikan yang bertindak sebagai pemangkin demi perubahan transformatif di Qatar dan wilayah tersebut sekaligus memberi impak global. Terletak di Bandar Pendidikan, HBKU komited untuk membina dan memupuk keupayaan manusia melalui pengalaman akademik yang diperkaya, ekosistem inovatif dan perkongsian yang unik. HBKU menyediakan program-program ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana pelbagai bidang melalui kolej-kolejnya, serta menyediakan peluang-peluang penyelidikan dan biasiswa melalui institut-institut serta pusat-pusatnya. Untuk maklumat lanjut tentang HBKU, layari http://www.hbku.edu.qa.

LATAR BELAKANG edX 

edX ialah destinasi pembelajaran sumber terbuka yang bukan berasaskan keuntungan yang menawarkan program dan kursus pendidikan dalam talian di edx.org dengan kerjasama lebih 130 institusi ahli, yang terdiri daripada universiti-universiti dan kolej-kolej global yang terkemuka serta pelbagai kumpulan organisasi ternama dari seluruh dunia. Ditubuhkan oleh Harvard University dan Massachusetts Institute of Technology (MIT) serta berpangkalan di Cambridge, Massachusetts, A.S., edX menumpu untuk mengubah pembelajaran dalam talian dan di bilik darjah melalui kaedah-kaedah perintis, pengalaman pendidikan seakan-akan permainan dan penyelidikan termaju pada platform sumber terbuka. Untuk maklumat lanjut tentang edX, layari http://www.edx.org.

Sumber: Hamad Bin Khalifa University (HBKU)

 

Source: Hamad bin Khalifa University (HBKU)
Keywords: Education